Quantcast
Channel: Tips Urus Wang Anda
Viewing all 205 articles
Browse latest View live

PELUANG BELAJAR ILMU KEWANGAN PERCUMA

$
0
0
Dalam dream board masing2 ada yang letakkan kereta idaman...So, kalau ada kereta idaman yang CC besar2 tu...kena buat kira2 jugak maintenance tetap setiap tahun, Insurance dan Road Tax....jangan nanti, mampu bayar bulanan dan maintenance dari segi wear and tear je....Road Tax dan Insurance kena masukkan jugak dalam budget. Tapi, kalau ada ilmu Financial Freedom dan juga ilmu bisness....setakat roadtax dan insurance tu, takde masalah dah sebab ada sumber lain yang cover dah. Sebab tu pentingnnya ILMU KEWANGAN. Kekadang, orang yang belajar FINANCE kat Universiti pun belum tahu tahu semua tricks nie....sebab mereka belajar untuk bekerja dengan orang..bukan untuk diri sendiri sangat... So, kalau sesiapa yang nak belajar ilmu kewangan untuk keuntungan diri sendiri... oleh le datang sessi Financial Talk kami di pejabat kami di Prima Klang Avenue (maps : https://goo.gl/maps/N2VfoorWAbM2https://goo.gl/maps/N2VfoorWAbM2)
So, luangkan masa sikit, belajar macam mana ilmu kewangan boleh bantu anda untuk capai FINANCIAL FREEDOM lebih awal. Kalau susah sangat nak faham pasal FINANCIAL FREEDOM nie…bagaimana nak capai PENCEN AWAL (kerja ke tak kerja ke, income tetap ada untuk cover perbelanjaan)…

dan mungkin lebih lagi utk pergi bercuti bersama keluarga...

PM saya di http://financialfreedomabc.wasap.my sekarang….

Jangan tunggu lama2. Tempat terhad.


Sessi Coaching berterusan dan percuma.


Apa kelebihan kalau belajar dengan kami?…
Nota : Gambar - Contoh harga roadtax kalau kereta idaman anda CC dia 3.8 liter. Kalau nak murah, boleh pakai Sabah/ Sarawak pnya roadtax. Tapi kalau kena tahan JPJ, sendiri tanggung la...:D



AAR
Pendidik Kewangan
www.azizriadi.com

NEW ASSOCIATES SELECTION FORM

Info mengenai Pelan Takafulink (Takafulink dan Takafulink Cerdik serta Medical Card)

$
0
0
ANDA MENCARI PLAN MEDICAL CARD, TAKAFUL ATAU INSURANS?...Layari blog saya, In sha Allah Anda akan memperolehi maklumat yang dicari. Untuk penerangan lanjut, boleh hubungi saya di 019-323 2121 - Aziz Riadi atau 013-388 2177 - Pn Iera



Latest Updatess!!!.....Software utk SQS Ver 3.4.0.0 (NOV 2017)...sedia utk didownload....sila click link download ini atau image download di bawah.



________________________________________________________________

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung sekalian....
Selamat datang kepada anda semua. Laman ini direka khas untuk sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pelan-pelan takaful dari Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN).Antara maklumat yang anda boleh perolehi :




Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan Takaful PruBSN ini, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz) atau email : abdriadi@prupartner.com.my.

Selain itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Agent PruBSN Takaful secara Part Time / Full Time, juga boleh hubungi saya seperti yang tertera di atas. Sertai kami, syarikat yang sentiasa mendengar dan memahami..."We Understand, We Care"..

Kami membantu merealisasikan impian anda untuk menjadi JUTAWAN dalam industri takaful di Malaysia.



Pengumuman : Quotation untuk Takafulink SQS Ver 3.3.1 (MARCH 2017) sedia untuk di download.....


Kepada pembaca2 yang belum jadi agent, berminat nak jadi agent dan tambah income....contact saya segera, latihan akan diberikan secara percuma....HUBUNGI.. 019-323 2121 (Aziz Riadi)
 
Banner Fb Page Version 2.1

FINANCIAL FREEDOM FRAMEWORK SEMINAR 2019

$
0
0
Beberapa hari lepas, saya terbaca satu artikel berkenaan dengan bekas pemain bola sepak era 90-an yang hidup tinggal dalam kereta wira disebabkan masalah kewangan.

Dalam artikel berikut, ada dinyatakan bahawa player tersebut antara player yang ada nama pada zaman kegemilangannya. Mendapat bayaran yang agak lumayan RM 6,000 pada tahun 1990-an bersamaan RM 19,000 lebih kalau dinilaikan pada masa sekarang.....Dulu kalau income RM 6,000 sebulan, memang besar dan boleh buat macam2. Tapi, bila dibaca respond dari pemain tersebut.....ia memberi satu inspirasi kepada saya untuk berkongsi kepada ramai orang mengenai perancangan kewangan.

“Lepas bersara main bola, saya ada berniaga jual ikan tapi berapa sangat pendapatan yang saya dapat. Ketika masih bermain, kehidupan saya mewah kerana menerima gaji yang besar."

“Namun, kesilapan saya tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik ketika itu menyebabkan kini menjadi gelandangan dan hidup tidak terurus,” katanya.


Jadi, saya berpendapat yang mana, walau pun income besar, tapi kalau ilmu perancangan kewangan tidak ada, besar kemungkinan apabila kita diuji dengan cabaran tiada income, disebabkan oleh peluang pekerjaan atau kesihatan...kita mungkin boleh terjerat dengan masalah kewangan yang teruk sehingga terpaksa melarat.

Saya dengan rasa rendah diri dan azam yang tinggi, ingin berkongsi kepada anda ILMU PERANCANGAN KEWANGAN iaitu... 


FINANCIAL FREEDOM FRAMEWORK (3F)


Apa itu FINANCIAL FREEDOM FRAME WORK atau (3F) ni?

3F nie adalah satu sessi di mana saya akan berkongsi kepada anda, apa level2 yang kita patut capai sebelum kita capai tahap paling ok iaitu FINANCIAL FREEDOM. Ada beberapa step atau level yang kita kena tahu dan belajar untuk capai sebelum kita meneruskan usaha untuk capai financial goal kita...




Dalam 3F nie...anda akan didedahkan dengan 5 kerangka asas (basic framework) penting dalam kewangan iaitu...


1- FINANCIAL AWARENESS & ACCEPTANCE

Ini penting untuk kita sedar mengenai tahap kewangan kita dan belajar untuk menerima reality tahap semasa kita. Ramai yang tak sedar dan tak boleh nak accept...menyebabkan mereka tak move on dan leka terbelenggu dengan "rat race" kewangan dan akhirnya penat dan mula mengalami masalah kewangan lebih besar.

2- FINANCIAL EFFICIENCY

Pada tahap ini, saya akan kongsikan bagaimana untuk pastikan tahap kewangan anda sekarang atau apa yang anda buat dengan kewangan anda sekarang memberi kesan yang besar dalam usaha kita untuk mencapai matlamat kewangan.

3- DEBT MANAGEMENT & FREEDOM

Tahap ini, saya akan kongsikan bagaimana cara untuk menguruskan hutang2 dan beberapa tips untuk mempercepatkan pembayaran hutang agar anda bebas dari hutang yang tidak baik. Hutang baik boleh dikategorikan kepada hutang yang dibuat untuk membina asset. Hutang jahat adalah hutang yang dibuat untuk menanggung liabiliti.

4- FINANCIAL INDEPENDENT

Pada tahap ini, anda akan diajar bagaimana dengan sumber yang ada, anda boleh jana pendapatan extra dari pelaburan dan juga sumber income yang lain dengan memanfaatkan peluang yang ada pada sekeliling kita. Kalau ada ilmu ini, anda akan melihat apa yang berlaku dan lalu depan anda, anda akan nampak ia adalah peluang untuk jana pendapatan....jangan risau, saya akan kongsikan cara yang patuh shariah.

5- FINANCIAL FREEDOM

Akhir sekali, step ini, bagaimana kita boleh membina portfolio pelaburan yang boleh memberi pulangan yang stabil dan reliable dan jumlah pulangan tersebut melebihi dari jumlah perbelanjaan kehidupan anda dan anda ada pilihan untuk bersara sekiranya anda mahu. Sebab apa?....Sebab masa tu. Income pasif sudah melebihi dari jumlah expenses atau nilai asset bersih sudah mampu memberi pulangan melebihi jumlah perbelanjaan (desired lifestyle) untuk setahun...

Jadi, kepada anda yang ingin belajar memperbaiki tahap kewangan anda, anda dijemput untuk hadir ke seminar ini. 

Hubungi kami melalui whatsapp di link berikut


TEMPAT ADALAH TERHAD

BAHAYA DIGITAL BANKING - PLEASE ALERT!!

$
0
0
[ BAHAYA DIGITAL BANKING - PLEASE ALERT !! ]





Satu hari saya buka account maybank2u...tertiba baki account jadi "0"...Cuak la jugak memula sebab duit commission baru masuk ratus2 ribu...sekali, tetiba baki jadi kosong. Dah le masa tu belum habis lagi bayar instalment bulanan...

(Gambar screen shot seperti di atas tu)


1- Untuk yang ada banyak account. Dan banyak duit dalam account. Please record your balance for your copy. Trust No One. System yang canggih dengan security tebal macam mana pun, boleh ada hiccup. So, lepas buat sebarang transactions, please captured gambar dan print pdf balance. Memang leceh...kena buatnya jadi macam nie dan kita takde simpan record kalau figure berubah, mana kita nak tahu?...Lepas tu, bila kita buat complaint, dia suruh kita buat report polis bagai and diorang amik masa berbulan untuk settlekan.

2- Saya pernah terfikir satu masa dulu, since dah takde hard copy, buku dan sebagainya....so, kita takde salinan untuk pada kita selepas selesai sebarang transaksi selain kalau kita ada awareness untuk simpan sebagai kita punya record then ok. What if kalau takde record. Macam mana nak trace and nak make sure figure sama macam yang sebelum zerorize?....Tetiba zerorize geng...gila tak?

3- Hebat macam mana pun system...yang buat system tu manusia.....akan ada kemungkinan kesilapan dan macam2 issue. So, be alert...

4- So, what do you feel now?..Feel secured with DIGITAL Things?....please be aware...simpan record secara manual.

PLEASE TAKE NOTE SEMUA UNTUK SIMPAN RECORD BALANCE SECARA MANUAL UNTUK SALINAN KITA WALAU PUN SYSTEM BANK MEMPUNYAI SECURITY LEVEL YANG SANGAT TINGGI....

AAR.

KENAPA ORANG MUDA KENA BELI HARTANAH SEGERA PADA USIA MUDA?

$
0
0
[ KENAPA ORANG MUDA KENA BELI HARTANAH SEGERA PADA USIA MUDA? ]




Masa saya lepas habis belajar je, saya kerja sebuah company IT bumiputera...Hei Tech Padu Berhad. Masa tu senior2 system Engineer semua umur hujung 30-an dan awal 40-an...

Bila lepak dengan diorang petang lepas kerja. Memasing sembang pasal umah sewa, pasal penyewa, pasal jenis rumah, pasal tenant dan pasal duit sewa, downpayment rumah, bank mana offer interest dan pakej bagus, developer mana buat rumah bagus, pakej free or discount ....masa tu, saya? Blur-blur. Tak tahu apa. Sesekali tanya soalan yang sangat basic.

Tapi rupanya lepas 4-5 bulan lepak dengan diorg, dari perbualan mereka, saya mula belajar something. Pasal macam mana nak mulakan hidup kat Bandaraya Kuala Lumpur ni...

Gaji fresh RM 1,800...so, benda yg diorg tekankan adalah kena kumpil downpayment, then pada masa yg sama survey rumah yg boleh suite dengan income kita utk buat loan...then saya muda lagi masa tu, just follow je la...

Alhamdulillah, selepas 19 tahun, betul la org cakap, dengan siapa anda berkawan tu amat penting. Kawan dengan kengkawan invest property...dpt la ilmu property sesikit...

Then lps tu, saya semakin faham pasal kewangan dan property...saya teruskan misi utk tambah income dan seterusnya tambah asset lagi. Pelbagai tools kewangan saya belajar dan saya pakai. OD-ASB, refinancing, ASBF dan mcm2 lagi.

Alhamdulillah....setiap peningkatan umur saya, sama mula tambah asset.

And ada beberapa Tips yang saya nak kongsikan kepada Anak muda.

Main Property ni adalah long term game. So, jangan kalut nak invest bulan ni, bulan depan terus dpt untung 40-50%. Memang ada yang boleh buat macam tu. Tapi untuk ya g baru2....Rileks...fahamkan game dengan cari ilmu, himpit orang2 yang ada boleh belajar, fahamkan apa yang mereka ajar dan start buat. Sedikit demi sedikit dan improve dari semasa ke semasa.

✅ Main property, kena fahamkan apa anda punya matlamat bila nak masuk dlm arena ni. Jangan main ikut2 tak tahu matlamat. Matlmat anda menentukan apa strategy yang anda kena guna....sebab tu kena belajar.

Nak mula invest property, lepas timba ilmu, adalah kewangan. Profil kewangan kita kena cun. Sebab apa kena cun? Sebab BANK SUKA BAGI PINJAM DUIT PADA ORANG YANG ADA DUIT DAN BANYAK DUIT, bukan ORANG YANG TAKDE DUIT...so, kena buat sampai bank nampak kita ada duit. Kena belajar improve profile kewangan.

Kena rajin spend masa dan duit timba ilmu dan juga survey2 property yang kita target nak beli. Kalau kepala minat nak invest dalam property, tapi bila nak suruh belajar dan buat, sibuk ada hal itu laa...hal ini laaa..so, kalau tak sanggup spend duit dan masa utk belajar...mencabar sikit laa....Ada pulak yang rajin belajar online je, pastu confused sebab banyak mazhab bab property ni.

Dari segi income pulak, kalau kira2 macam tak cukup, gunakan masa yang ada untuk tambah income. Jangan besarkan alasan penat, nak rehat, nak duduk umah lepak2 layan TV, now trend anak muda layan online game, layan social media melampau2 dan tidak mendatang hasil. Kalau bersocmed tapi ada mission utk timba ilmu dan income, masih ok lagi.

Mental kena kuat. Jangan mudah panik atau susah nak buat decision. Berani buat keputusan lepas dah kira semua risk. So, kita buat decision, akan ada risk, tapi calculated risk yang kita boleh manage...bukan main gamble je...ramai yang terduduk tu sebab nya buat decision tak buat kira2 dengan betul, sekali ada problem dgn property yg kita beli tu, dah sangkut bertahun duit kita kat situ.

Hati2 dengan offer Too Good To Be True. Sebab banyak scam dari betul.

Sementara property kita siap atau ready utk diduduki, boleh timba ilmu dan juga belajar tambah income. Kalau untuk proeperty undercon. Kalau subsale atau lelong, cepat je vacant possession dah boleh duduk atau rent out.

Property nak naik harga amik masa
Dan nak dapatkn balik keuntungan amik masa. So, Beli dan tunggu...bukan tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu....tak beli2....Last sekali. Mula masa muda baru la masa tua nanti (in sha Allah kalau umur panjang) boleh kutip hasil...😄

Oklah..:banyak benda lagi. Cuma hadamkan yg ni dulu. Saya kongsikan lain kali.

Gambar tu Tenancy Agreement 1/1/2019...hari lahir saya...dpt signed satu agreement. Alhamdulilah. Boleh le tambah2 income dari property ni.

Last sekali, kalau kita tak mampu nak jana income semasa kita tidur, dikhuatiri, kita kena kerja walaupun dah terlalu tua untuk bekerja...

Happy investing

#financialmanagement
#financialfreedomframework
#muqmeengroup
#belidanbela

AAR
Pendidik Kewangan
www.azizriadi.com

CARA NAK LARI DARI EJEN INSURANCE?...

$
0
0
Saya dapat posting dari FB pasal video yang diorang bg tips macam mana nak lari dari Ejen Insurans. Masa memula tengok, pelik jugak, and macam biasa, orang Melayu memang suka video2 macam nie. Tengok sahaja, dalam masa 9 jam, dan beribu like dan beratus shares...

Video nie dari page ML Studio....saya tak tahu apa motive sebenar, maybe just untuk joke dan suka2. Tapi saya nampak lebih kepada marketing je, nak dapatkan engagement tinggi.



Memula tengok tu, nak jugak comment pasal apa dia buat macam nie, sedangkan kerajaan sendiri, bank negara sendiri, even banyak institusi yang berkaitan dengan kewangan menyebarkan kesedaran akan kepentingan takaful dan insurance.

Tapi, saya tak de heran sangat dengan cara2 yang dia bagi tu. Sebabnya, kita memang dah biasa dah dengan benda2 nie...zaman saya jadi agent 16 tahun lepas  pun orang dah share benda nie, cara2 nak lari dari ejen insurance.

Then, teknik2 macam nie, agent insurance pun dah advance dah...mereka dah belajar NLP, dah belajar soft skill, dah belajar marketing, dan belajar macam mana nak deal dengan orang, macam mana nak manage rejection dan sebagainya....Dah biasa sangat dah dan part of the game. Macam main bola kena tackle la...kalau tak nak kena tackle, tak yah la main bola. Duduk kat tempat penonton je...jadi penonton...

Cuma apa yang saya nak share adalah, kami yang memang dalam bidang insurance nie, tak pulak kena game macam yang video tu share...sebabnya...

Cuba tengok gambar2 kat bawah nie. Bila kami buat roadshow, buat booth, kat mana2 la...shopping complext ke, pasar tani ke, even kekadang pacak depan bank pun....ramai je yang datang tanya, ada yang signup on the spot, ada yang tanya plan untuk hibah, ada yang tanya pasal untuk cover hutang, ada yang tanya pasal sakit kritikal, ada yang tanya pasal medical card.

Jadi, takde la masalah sangat pun, kalau setakat 5 dari 50 orang yang nak lari dari ejen, kalau ada 45 orang yang nak dengar...dan dari 45 orang yang dengar tu, kalau 10 orang yang sign up pun, Alhamdulillah...dah boleh le bayar CP500 RM 3000 - RM 4,000 setiap 2 bulan. Selain boleh bayar zakat...dan bantu diri dan keluarga....
Ini sebahagian contoh la. Banyak lagi, video pun ada, siap kita buat event direct approach, ada yang sign up RM 1,000 sebulan, ada yang ambil satu family RM 2,000 hingga RM 3,000 sebulan...siap bayar setahun terus lagi.

So, setakat ada 3-4 orang yang memang nak lari dari ejen...takde hal lah. Ada jugak yang ejen insurance lari dari prospect, sebab dah sakit dan juga kekadang memang dari segi kewangan, keutamaan lebih kepada manage cash flow dan gunakan untuk perkara asas yang lebih utama dulu.

So, kat bawah nie saya kongsikan kepada anda, gambar2 yang sempat kami ambil sepanjang roadshow bulan Feb 2019 di sekitar Lembah Klang...

Alhamdulillah, sambutan amat baik...dan setiap hari, ada sahaja yang sign up on the spot. Sign terus, tanpa perlu balik nak fikir...


Tengok gambar semua kat bawah nie...






































So, boleh le tengok sendiri...

Ini baru yang offline baru 2 tempat. Belum lagi tempat2 lain, group2 lain...unit2 lain....dan belum lagi yang secara online. Secara face to face approach, yang door to door approach, yang sebar flyers...banyak cara lagi ...

Alhamdulillah, rejection dan objection lebih membuatkan ejen2 lebih matang, lebih sabar dan lebih tekun dalam mendidik masyarakat.

Sebab, apa2 pun keputusan di tangan masing2...kalau sendiri tak de perlindungan takaful sebagai risk management....sendiri dan keluarga sendiri tanggung.

And tak per jangan risau, rakyat Malaysia pun pemurah...kalau minta derma online, cepat je penuh tabung derma. Apa ada hal kan?


Tapi...kami tetap dengan usaha kami, mendidik masyarakat...khususnya melayu bumiputera Islam..

Whatsapp : http://financialcoach.wasap.my untuk dapatkan khidmat nasihat kewangan.

#financialmanagement

#financialplanning
#financialfreedom
#insurance
#takaful
#prubsnwarisan



Sekian


Aziz Riadi
Shariah RFP
Pendidik Kewangan
www.azizriadi.com






FINANCIAL AWARENESS : FINANCIAL HEALTH CHECK SHEET

$
0
0
FINANCIAL FREEDOM FRAMEWORK : FINANCIAL AWARENESS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dalam process untuk mencapai tahap bebas kewangan atau financial freedom. Antara bahagian yang penting adalah berkenaan dengan keadaan semasa seseorang individu tersebut.

Jadi, dalam konteks ini, saya nak kongsikan apa tools yang saya gunakan (basic tools)..kalau nak advance atau scale yang lebih besar, kena pakai format lain....so, saya gunakan FINANCIAL HEALTH CHECK SHEET.


Boleh download kat sini : http://bit.ly/2EGhhdj

Tools ini saya develop untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk tahu keadaan kewangan semasa mereka, jadi mereka boleh adjust atau fine tune untuk detect ke mana duit mereka mengalir.

Saya kongsikan bagaimana nak isi dalam video di bawah.



Sekiranya anda ada sebarang comment atau pertanyaan, boleh hubungi saya di whatsapp http://financialcoach.wasap.my


Aziz Riadi

Shariah RFP
Pendidik Kewangan
www.azizriadi.com

MASJID AL NOOR, CHRISTCHURCH & MASJID AL KHALIL (IBRAHIMI MOSQUE) HEBRON

$
0
0

Semalam, sebelum nak gerak keluar office untuk solat Jumaat…aku dengar bunyi tembak2 kat office. Aku  ingat ada orang main PUBG, …then aku tanya bunyi apa tu. Then salah sorang dari agent aku cakap..”VIDEO ORANG TEMBAK JEMAAH DALAM MASJID KAT NEW ZEALAND”…Alamak…apa tu?

Aku pun google, betul la…ada kejadian orang menembak kat masjid dan bunuh ramai orang. Setakat yang aku tengok masa tu dalam 40 orang meninggal dunia dan 20 orang cedera…

Fikiran aku terus teringat pasal Masjid Al Khalil, (Masjid Makam Nabi Ibrahim) di Hebron…pada 25 Feb 1994….case yang sama…30 orang terbunuh termasuk yang melakukan tembakan…



Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand

Perjalanan menuju ke Masjid Al Khalil, Hebron, Tebing Barat.

Dewan Solat Masjid Al Khalil, Hebron, Tebing Barat.



Sebab, aku terbayang suasana dalam Masjid Al Khalil yang aku pernah lawati…, sunyi, tenang, damai ….dan lepas aku dengar berita kisah Masjid An Nur, aku teringat terus bagaimana kisah Masjid Al Khalil nie…

Sebelum pergi ke masjid tu, aku dah study sikit dan diberitahu pasal kisah tembak jemaah masjid. Korang boleh google cari le kisah tu kalau nak tahu. 

Then berbalik kepada feeling aku…masa aku ziarah Masjid Al Khalil, lepas solat Tahiyatul Masjid aku duduk kat saf, tengah tunggu waktu untuk solat Zohor…then aku terbayang macam mana keadaan orang yang bawak senjata then tembak secara rambang ahli kariah yang duduk dalam masjid tu….hati aku sebak…sedih, geram, marah, tertanya2….banyak persoalan…tapi, aku teringat maksud ayat Qur’an pasal jangan fikir kita ni dah bebetul beriman kalau kita belum di uji..

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:“Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput (dari azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu.
Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang.Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
QS, Al ‘Ankabuut 29:2-5

Then, hati aku tenang balik…then focus nak solat Zohor kat Masjid Al Khalil tu.

Semenjak terjadinya kes tembakkan tersebut, masjid tersebut telah dibahagikan kepada 2 bahagian, untuk orang Islam dan juga untuk orang Yahudi. Dan untuk pengetahuan korang, masjid tersebut berada di Hebron, tanah Palestine yang dijajah oleh Israel. Boleh buat research online.

So, lepas solat Jumaat semalam, aku dapat video tu dari group whatsapp…dan aku tengok sekali…kali ni lagi remuk hati bila rakaman tersebut dibuat secara live dan bebetul macam game PUBG. Dah tengok sekali aku terus tak tengok dah. Dan betul ada sorang post kat Twitter…dia kata , jangan share video tu, sebab memang itu la yang penembak tu nak kan…Sebab dia bukan nak sakitkan orang yang dibunuh, tapi nak sakitkan hati dan perasaan orang Islam seluruh dunia….

Benda nie sangat memberi kesan pada aku. Aku semak diri aku, kat tempat lain orang nak solat di masjid sampai dihalang, dibunuh, disekat…tapi di Malaysia nie, Allahuakbar…aku rasa aku jadi antara orang yang paling tak bersyukur dalam keadaan macam nie…Ya Allah, ampunkan aku….

Kisah ini berlaku, amat menyakitkan hati kita sebagai orang Islam. Aku pun sama…sangat2 sakit hati. Tapi, bila dilihat dari sudut lain, Allah ingin menguji kita semua….kita sedih dan simpati kepada mangsa, tapi, kita tak tahu apa yang Allah dah sediakan untuk mereka di Akhirat?…Dan juga, kita rasa marah pada Penembak…sangat marah, tapi, takkan la kita pun nak buat benda yang sama…adakah Allah dan Rasulnya mengajar kita untuk buat benda yang sama kepada orang yang tak bersalah?…Tak…sekali-kali tidak…Islam tidak ajar umatnya untuk buat sesuatu yang mendatangkan mudharat. Sebab Islam itu adalah agama sejahtera bukan hanya untuk manusia, tapi seluruh alam. 

Tapi…. ,hati nie, sepanjang malam semalam macam tak boleh nak move on…tapi, teringat kata Ustaz Tadabbur aku kat office…Ustaz Syahmi dari tabdabbur center….ayat ke 4 dalam surah Al Fatihah. “ Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)”….dan sudah pasti Allah yang paling layak membalas apa yang telah berlaku. Alhamdulillah…aku lega sikit….

Ayuh sahabat2 lelaki sekalian…marilah kita makmurkan rumah2 Allah…semoga Allah memelihara diri kita daripada fitnah akhir zaman. Aku pesan kepada diri aku, anak lelaki aku dan juga sahabat2 aku…sama2 kita renung, muhasabah dan perbaiki diri. Aku berdoa agar Allah memberi ganjaran yang paling tinggi kepada mangsa2 tembakkan di Masjid Al Noor, Christchurch dan juga Masjid Al Khalil, Hebron.

Ya Allah, ampun dosa aku dan ahli keluarga aku….jadikanlah kami antara hamba2 Mu yang bersyukur.

#prayforchristchurh


Aziz Riadi
019-323 2121

RAMAI YANG MASIH TAK TAHU PASAL HIBAH DAN HARTA PUSAKA

$
0
0
RAMAI YANG MASIH LAGI TAK TAHU....



Saya dan team saya, setiap hari Ahad pagi bermula pukul 7.00 am hingga 12.00 tghari, mengadakan kempen kesedaran perancangan kewangan kepada orang ramai.

Sambutan amat baik cuma apa yang agak membimbangkan saya adalah, 6-7 orang dari setiap 10 orang yang kami approach dan jumpa, mereka tidak begitu faham mengenai perancangan kewangan. Terutamanya berkenaan perlindungan kewangan dan juga pembahagian kekayaan serta pengurusan harta pusaka. 

Sekiranya kita gagal merancang kewangan kita, sama lah juga macam kita merancang untuk gagal. Jangan biarkan perkara itu berlaku. Merancangan kewangan amat mudah dan simple. Cuma, anda perlu beri oeluang kepada diri anda untuk belajar atau dapatkan maklumat mengenai pengurusan kewangan.

Saya merupakan salah seorang Perancang Kewangan Shariah Berdaftar (SRFP - Shariah Registered Financial Planner) dan saya ingin membantu anda untuk membuat perancangan kewangan dan seterusnya menguruskan kewangan bagi mencapai matlamat kewangan anda.

PM Whatsapp di http://financialcoach.wasap.my

Aziz Riadi
Shariah RFP
www.azizriadi.com
019-3232121

ISSUE TABUNG HAJI [ BAD INVESTMENT DECISION? ]

$
0
0




Trending pasal TH bagi 1.25% Hibah....ada yang ok, ada yang tak ok...ada yang buat tak tahu, ada yang tak tahu, ada tak amik tahu.
.
Saya?..
.
Saya amik tahu, dan saya sendiri rasa TH untuk buat masa sekarang ni bukan tempat yang bagus untuk letak duit untuk amount yang banyak. So, cukup untuk simpan untuk pergu menunaikan haji. Ini pendapat peribadi saya.
.
Antara statement yang menarik perhatian saya adalah..."BAD INVESTMENT DECISION"....bila kita dah serahkan duit kita kat orang lain untuk kita sangka ia berikan pulangan yang ikut kita punya financial goal, dan orang lain buat bad decision...so, itu lah dia outcome yang kita kena terima.
.
Jadi, kalau dah tahu macam nie, tak payah kecoh2...pindahkan ke tempat lain yang kita rasa boleh berikan apa yang kita nak, yang penting shariah compliance...dan anda tahu kenapa anda masukkan kat situ....bukan main2 ikut2 orang tanpa ada ilmu 'langsung'...kalau tak arif pun, kita boleh minta khidmat nasihat penasihat kewangan bertauliah, namun kita pun kena tahu risikonya...bukan main ikut buta2.
.
Kalau ASB1 belum penuh, penuhkan la ASB1 dulu..kalau ASB1 dah penuh ASB2 ada, kalau ada anak, ASB untuk anak PNB dan naikkan ke RM 200,000 limit, sebelum nie, 50K je...so, gunakan la....pelaburan dalam hartanah pun ada, pelaburan dalam saham2 bursa Malaysia pun ada dan saham2 luar negara pun ada....banyak je...amik masa sikit, belajar dan dan amal apa yang dipelajari.
.
.
Then, pada masa yang sama, belajar la jugak macam mana nak laburkan duit dalam business sendiri (kalau buat business)...kalau tak buat business...mungkin pelbagaikan dalam unit trust swasta (banyak je yang perform lebih bari dari TH)...amik masa sikit, belajar....bukan susah sangat....cuma kalau mindset nak DUDUK DIAM DAPAT DUIT je...itu yang biasanya akan melenting bila harapkan pulangan dapat tinggi tettiba dapat rendah. Sebab expect dapat tinggi supaya boleh terus DUDUK DIAM..tapi tak tinggi, terpaksa BANGUN BUAT KERJA...:D.
.
After all, saya nasihatkan, banyak lagi tempat boleh generate pulangan yang baik. Tapi, kalau ada yang nak stay kat TH punya account pun, tiada masalah...duit anda, anda bertanggungjawab dengan duit anda...kan?
.
Cuma pada satu sudut yang lain, saya pun kesian dengan pakcik2 atau makcik2 yang kat kampung yang mungkin tak tahu pasal ilmu kewangan nie...antaranya adalah mak mertua saya...bila dia dengar 1.25% je dia kata..."Alahai, rendahnya.."...so, macam tu la keadaan orang kampung yang mungkin sumber terhad.
.
Untuk yang ada sumber2 masa, tenaga, ilmu, dan macam2 lagi...gunakan la untuk dapatkan pulangan yang lebih tinggi dari Tabung Haji...
.
Saya ada je ramai yang tanya pendapat saya...pasal TH punya hibah nie...and saya biasanya tanya balik...you ok tak dengan return tu?...dia kata "Tak Ok"..kalau tak ok, pindahkan je la...apa nak pening2 kepala...
.
WANG ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA.

AAR
Pendidik Kewangan.
www.azizriadi.com

#financialfreedom
#financialplanning
#hibahtakaful
#estateplanning
#muqmeengroup


PERANCANGAN KEWANGAN ITU MUDAH....

$
0
0
Masih sibuk dengan Hibah Tabung Haji ke?..

Tak takpe teruskan perbincangan. Saya akan teruskan tugas saya berikan awareness mengenai backup income kepada orang ramai.
.






Cuba rileks sekejap, tarik nafas dalam2...tenang, dalam keadaan sedar, nikmati dan rasakan udara tu masuk dalam hidung, lalu kat kerongkong dan masuk ke dalam peparu, then meresap dalam rongga peparu untuk process penukaran oksigen dan Karbon dioksida....kemudian rasakan ia keluar pulak...
.
Then, bayangkan wajah2 orang yang bergantung kepada kita untuk mereka menjalani kehidupan seharian...lepas tu...bayangkan....kalau lah semalam tak boleh nak bernafas lagi....bagaimana mereka menjalani kehidupan untuk hari2 mendatang dalam menguruskan perbelanjaan mereka, atau mungkin hutang yang kita pernah ada tapi tak sempat nak langsaikan......kalau anda tak boleh nak bayangkan sebab anda tak pernah nak fikir untuk sediakan backup plan untuk mereka....takpe, anda masih belum terlambat....buatlah perancangan sekarang...
.
Perancangan apa?
.
1. Perancangan kalau kita boleh kerja sebelum kita bersara.
.
2. Perancangan kalau kita tak sempat sampai umur kita bersara.
.
3. Perancangan kalau kita masih ada lagi walau pun kita dah bersara.
.
4. Perancangan kalau kita ada anak, dan kita nak anak kita ada foundation yang kukuh untuk mereka mulakan kehidupan sebagai orang dewasa...
.
5 Perancangan untuk uruskan harta kita setelah kita tiada di dunia...
.
Nak buat perancangan ni tak susah berbanding nak decide untuk buat perancangan....So..apa yang penting adalah DECIDE NOW!...kalau tidak, mungkin anda terlupa dan apa bila anda tersedar, umur sudah hampir nak bersara....masa tu..sumber paling berharga sudah semakin berkurang..iaitu MASA.

Kalau anda nak tahu bagaimana nak mulakan perancangan kewangan...boleh click http://financialcoach.wasap.my 

Penerangan PERCUMA on the PLANNING CONCEPT.

"PERANCANGAN KEWANGAN ITU MUDAH"

Sekian

Aziz Riadi
Shariah RFP
Pendidik Kewangan
www.azizriadi.com
019-323 2121

#financialfreedom
#financialplanning
#hibahtakaful
#propertyinvestment



PELABURAN TAK MEMENUHI TARGET PULANGAN YANG KITA NAK?

$
0
0


[ TAK MEMENUHI SPEC KITA, MOVE ON JE ]

Kenapa BANK RAKYAT boleh bagi 13%, kenapa TH cuma bagi 1.25% je?

Kalau anda rasa letakkan duit kat institusi yang tak berikan anda punya expected return of investmet rate. Belajar la urus duit sendiri. Belajar melabur sendiri kat bursa atau ada banyak lagi instrument pelaburan yang boleh berikan return yang lebih tinggi.

Cuma harus diingat, tinggi pulangan tinggi risikonya. Cuma risiko ni boleh dikira dengan kita timba ilmu dan pastikan amalkan ilmu yang ditimba tu. Bukan banyak belajar ilmu melabur, tapi bila mula melabur, kena control dengan emosi pulak. Itu yang banyak terpongkes.

Jangan cuma tahu complaint, dengar macam-macam ulasan orang lain, tapi kita masih macam tu jugak. Duit kita jugak yang tak berkembang. Bila duit kita tak berkembang, bukan ada orang nak kisah pun. Sebab duit masing-masing, tanggungjawab masing-masing.

Duit kena mengalir untuk dapatkan pulangan, kalau duduk diam je, maybe dapat la pulangan tapi sikit. Keluarkan sebahagian untuk laburkan yang tempat yang boleh bagi pulangan lebih tinggi. Risiko tinggi? kawal dengan ilmu. Kalau ada ilmu, risiko boleh dikurangkan.

Move on cecepat. Speed is WEALTH.

Nak belajar urus kewangan anda supaya lebih effisien? 

click http://financialcoach.wasap.my

#financialfreedom
#financialplanning
#financialprotection
#muqmeengroup

Aziz Riadi.
Shariah RFP.
Pendidik Kewangan.
www.azizriadi.com



MD2 UNIT TASKS MANAGEMENT SYSTEM

PENGALAMAN KENA AUDIT DENGAN LEMBAGA HASIL...NAK TAHU?

$
0
0
Saya start buat business tahun 2003. Setiap tahun semenjak saya kerja makan gaji, memang saya declare income tax. Then, selama berbelas tahun declare dan bayar, tak pernah kena audit, tapi, tahun 2017, saya kena audit. Memula risau jugak. Tapi bila saya engage dengan tax agent yang bertauliah dan berpengalaman, Alhamdulillah, saya upgrade ilmu percukaian saya. Semuanya undercontrol.

So, sekarang saya nak kongsikan kepada anda perlu upgrade ilmu percukaian dengan segera..


Saya share sikit, kenapa anda kena tahu dan bijak dalam menguruskan pendapatan dan cukai pendapatan?

1. Bila anda income dan bayar cukai, ini bermakna income kita sah dan bank suka berikan pinjaman kalau kita bayar cukai setiap tahun dengan cara yang betul.

2. Bila bayar cukai dengan bijak, kita boleh dapat jimat dari segi denda, sebab kebanyakkan orang yang kena bayar cukai, bukan sebab cukai sahaja yang kena bayar, denda tu yang kekadang lebih banyak dari cukai. Kan dah rugi.

3. Sebab kita biasanya kalau bab transaksi duit semua memang berterabur, jadi, kalau kena audit dan document semua ke laut, memang senang2 je kena denda sebab kekadang apa yang kita laporkan bukan jumlah sebenar, tapi jumlah anggaran. Jumlah anggaran, LH0N pun buat anggaran lebih tinggi dari jumah yang patut kita kena bayar…rugi kan?

Ini saya nak bagi senarai MASALAH CUKAI yang sering kita hadapi:

❌ Dokumen transaksi perniagaan tidak disimpan dan rekod tak lengkap.

❌ Bukti pelepasan yang dituntut hilang

❌Tidak tahu bagaimana cukai dikira

❌Tidak faham bagaimana pelepasan boleh dituntut.

❌Tidak pernah didedahkan dengan pengecualian dan galakan cukai
❌Membayar cukai lebih dari sepatutnya

❌Sering dikenakan penalti dan kompaun

Saya nak kongsikan ada satu Ebook yang ditulis oleh sahabat saya, Saudara Khairul Amal Hashim  yang pada saya sangat bagus. Di mana pengalaman saya sendiri yang dah pernah kena audit dan pengalaman penulis yang banyak bantu orang dalam permasalahan cukai.

Fahami strategi kurangkan cukai dan dapat pula manfaat daripada cukai yang kita bayar.
✔️Ebook 101 Rahsia Penjimatan Cukai.
✔️Ebook Tips Jimatkan Cukai Bisnes.
✔️Setiap muka surat berwarna.
✔️Ilustrasi santai dan menarik.
✔️Tulisan mudah difahami.

Harga promosi RM50 saja, dapat 2 ebook hebat ni. For limited time only tau. Harga sebenar adalah RM100 ya.
Jadilah pembayar cukai yang bijak. Masa dah suntuk sangat ni. Klik link untuk lebih detail dan terus beli sekarang.


* https://penabiru.onpay.my/order/form/go/128
* https://penabiru.onpay.my/order/form/go/128
* https://penabiru.onpay.my/order/form/go/128




Aziz Riadi
Shariah RFP
Pendidik Kewangan

www.azizriadi.com


Soal Jawab Produk PruBSN Takaful (FAQ)

PRUBSN ASAS LINK

$
0
0
Product terbaru dari Prudential BSN Takaful adalah PruBSN ASAS LINK. Ia merupakan product yang berkaitan dengan pelaburan (Investment Link Products - ILP). Apa bestnya products ASASLINK nie?..

FLEXIBLE - ya, anda boleh memilih untuk menentukan untuk mendapatkan perlindungan yang ideal, berpatutan dan mudah. Apa yang penting adalah plan ini dapat membantu anda memenuhi keperluan perlindungan seperti :


  • Perlindungan Penggantian Pendapatan ( Income Replacement) disebabkan kematian atau hilang upaya
  • Perlindungan Perubatan (Medical) akibat penyakit atau kemalangan
  • Hibah dan Pengurusan Harta Pusaka
  • Perlindungan Penyakit Kritikal untuk menampung perbelanjaan kehidupan. Sebab biasanya dah sakit kritikal tak boleh nak bekerja dan mungkin akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.
  • Perlindungan kemalangan (kematian atau lumpun kekal)
  • Peluang pelaburan dalam dana takaful.

Product Asas link terbahagi kepada 2 jenis iaitu



PRUBSN SETIA


190212_PruBSN_Setia_BrochureBM 1


Berikut adalah beberapa ciri-ciri istimewa Products PruBSN Setia.
190212_PruBSN_Setia_BrochureBM 3


Seperti yang terpapar dalam gambar di atas. Terdapat beberapa manfaat dalam products PruBSN SETIA.


SENARAI MANFAAT PRUBSN ASASLINK

1. Kematian + Total Permanent Disable 

Manfaat ini akan membayar pampasan sekali gus kepada peserta sekiranya berlaku kematian atau lumpuh kekal keseluruhan (TPD). Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan kepada waris dan sekiranya berlaku TPD, pampasan akan diberikan kepada peserta. Sekiranya peserta tidak mampu untuk menguruskan pengeluaran duit pampasan untuk kegunaan diri dan waris, boleh lantik waris untuk bantu buat pengeluaran (ada beberapa kaedah, sekiranya ingin tahu, boleh hubungi saya di 019-323 2121)

2. Medical Card Health Protector

Manfaat yang menawarkan pembayaran balik bil perubatan tanpa Had Tahunan dan juga Had Seumur Hidup sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Terdapat beberapa pakej yang anda boleh pilih. Sila klik PAKEJ KAD PERUBATAN untuk penjelasan lanjut.

3. Crisis Protector

Manfaat ini akan membayar pampasan sekali gus sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu dari 43 jenis penyakit kritikal. Terdapat juga 4 jenis penyakit kritikal iaitu cancer akan dapat pampasan sekiranya berlaku pada early stage. Sila hubungi 019-323 2121 untuk maklumat lanjut mengenai early stage cancer nie.

4. Accidental Medical Protector

Manfaat ini akan menanggung kos rawatan hospital disebabkan oleh kemalangan. Kemalangan bukan hanya kemalangan jalan raya. Apa2 kecederaan yang akibat sesuatu yang tidak disengajakan adalah kemalangan. Termasuk bersukan, atau ketika berada di rumah.

5. Accidental Income Protector

Manfaat ini menawarkan pendapatan gantian sekiranya peserta mengalami hilang upaya menyeluruh sementara atau separa hilang upaya menyeluruh sementara. Kira macam elaun MC (Cuti Sakit) akibat dari kemalangan. Cuma, penentuan sama ada Temporary Total Disable dengan Temporary Partial Disable, bergantung kepada pengesahan Doktor yang merawat.

6. Accidental Protector Plus

Manfaat ini menawarkan pampasan sekali gus sekiranya berlaku kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. So, kalau client ada amik manfaat ni, sekiranya kematian atau TPD akibat kemalangan, akan dapat pampasan No. 1 dan juga No. 6


7. Simpanan dan Pulangan Pelaburan

Plan ini adalah plan yang berasaskan pelaburan, dan ada sebahagian caruman akan dilaburkan dalam dana takaful. Akan tetapi, jumlah nilai tunai yang akan diperolehi bergantung kepada prestasi semasa pasaran dan tidak dijamin. Sebab ianya adalah pelaburan. Mungkin akan dapat lebih dan ada juga kemungkinan dapat lebih rendah. Ini amat penting untuk anda faham.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai plan ini atau sekiranya anda ingin mendapatkan sample quotation, kami sedia membantu. Sila click link berikut :


In sha Allah saya akan berikan penjelasan lanjut.

Nota : Brochure boleh diperolehi dari website Prubsn www.prubsn.com.my

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN
www.azizriadi.com

#medicalcard #educationplan #prubsntakaful #takaful #familyplan #medicalcardnolimit #hibah

PRUBSN IMPIAN

$
0
0
PRUBSN IMPIAN


Plan PruBSN Impian adalah satu sub product dalam PruBSN ASAS Link. Plan ini lebih focus kepada account perlindungan dan juga simpanan untuk pendidikan anak-anak.

190528_PruBSN_Impian_BrochureBM 2

Antara ciri-ciri utama yang terdapat dalam plan ini adalah..

1- Persediaan untuk anak belajar. Plan ini adalah menyediakan simpanan untuk anak belajar. Yang paling penting adalah, sekiranya parent meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan atau disahkan menghidap salah satu dari 43 jenis penyakit kritikal, caruman bulanan untuk anak akan jadi percuma.

2- Perlindungan Awal - Plan PruBSN Impian boleh dimulakan bermula dalam kandungan lagi. Iaitu seawal 14 minggu kehamilan dan juga lindungi ibu daripada komplikasi kehamilan. 

3- Plan yang Komprehensif. Iaitu ia menyeluruh. Cover semua bahagian perlindungan kewangan dan risiko untuk anak dan ibu dengan harga yang berpatutan.

4- Plan ini menawarkan flexibility kepada peserta untuk memilih sama ada lebihkan perlindungan atau simpanan atau kedua-duanya sekali. Bergantung kepada kemampuan anda.


190528_PruBSN_Impian_BrochureBM 3

MANFAAT TAMBAHAN DALAM PLAN PRUBSN IMPIAN


1- VITAL CARE PLUS

Perlindungan untuk penyakit tertentu bagi kanak2 sehingga anak anda berumur 25 tahun. Sebab masa baby kadang2 kita tengok sihat je, bila semakin besar, baru penyakit akan muncul dan kalau masa tu tiada sebarang protection, sudah tentu akan banyak duit dihabiskan untuk kos rawatan.

2- HEALTH PROTECTOR

Ia ada lah manfaat medical (perubatan) untuk bayar balik semua kos rawatan disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Ia biasa dipanggil sebagai medical card.

3- TAKAFUL SAVER IMPIAN

Simpanan tambahan (bukan dari account perlindungan) untuk anak-anak belajar pada masa akan datang.

4- INFANT SECURE

Manfaat tambahan semasa dalam kehamilan dibawah manfaat Penjagaan Kehamilan dan juga Manfaat Penjagaan Anak.


190528_PruBSN_Impian_BrochureBM 4


Plan PruBSN Impian ini menyediakan persediaan untuk perlindungan kewangan pada setiap peringkat pembesaran anak bermula dari dalam kandungan, hinggalah umur anak 25 tahun.



Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai plan ini atau sekiranya anda ingin mendapatkan sample quotation, kami sedia membantu. Sila click link berikut :

https://infoplantakaful.wasap.my

In sha Allah saya akan berikan penjelasan lanjut.

Nota : Brochure boleh diperolehi dari website Prubsn www.prubsn.com.my

Terima kasih.


Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN
www.azizriadi.com

#medicalcard #educationplan #prubsntakaful #takaful #familyplan

Apa itu Takafulink?

$
0
0
1. Apa dia Takafulink?

Merupakan plan takaful berasaskan pelaburan (investment link). Terbahagi kepada 3 komponen utama.

-Perlindungan

-Simpanan

-Perubatan

Ketiga-tiga komponen ini disatukan dalam satu akaun, membolehkan ianya mempunyai ciri-ciri komprehensif, fleksible dan memberi pulangan yang lebih (disebabkan ada elemen pelaburan).

Namun begitu, akaun ini mempunyai risiko pelaburan (dana pelaburan). Jadi, anda perlu mengetahui tahap penerimaan risiko anda (risk tolerance), atas dana-dana yang anda pilih.

Terdapat 3 dana utama

- Dana Ekuiti

- Dana Urus

- Dana Aman

Antara ketiga-tiga dana di atas, Ekuiti merupakan dana yang aktif dan mampu memberi pulangan yang lebih tinggi, tetapi risikonya juga agak tinggi. Diikuti dengan Dana Urus dan akhir sekali Dana Aman.

Anda boleh merujuk harga pasaran dana-dana tersebut di akhbar-akhbar utama setiap hari.

2. Apa dia Takafulink Cerdik?

Mempunyai ciri-ciri yang sama dengan takafulink dari segi manfaat, akan tetapi polisi ini khusus untuk simpanan pelajaran anak pada masa akan datang. Perbezaan utama dalam polisi ini adalah, caruman percuma sekiranya pembayar (penjaga atau parent) mengidap penyakit kritikal, mati atau lumpuh kekal keseluruhan. Jadi, sama ada pembayar ada atau tiada, simpanan untuk anak tetap ada.

Manfaat lain sama dengan Takafulink.

3. Bagaimana cara hendak keluarkan nilai tunai yang ada dalam polisi?

Apabila nilai tunai telah mencecah RM 4,000, lebihan selepas RM 4,000 itu boleh dikeluarkan. Caranya adalah dengan kita mengisi borang untuk pengeluaran di mana-mana pejabat Prudential, dan cek akan disediakan dalam masa 3 atau 4 hari bekerja.

4. Adakah pulangan dalam Takafulink ini dijamin keuntungannya?

Pulangan tidak dijamin disebabkan ianya dilaburkan ke Dana Amanah, jadi, harga tertakluk kepada keadaan pasaran semasa.

5. Berapa tempoh matang untuk Takafulink dan Takafulink Cerdik?

Takafulink matang sehingga umur 80 tahun dan Takafulink Cerdik sehingga umur 25 tahun.

6. Apa dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun Takafulink?

Salinan IC dan caruman bulanan pertama. Kemudian anda dikehendaki menandatangani borang permohohanan dan borang pembayaran caruman secara automatik (autodebit dari akaun bank). Sekiranya anda membayar menggunakan credit card, bayaran pertama akan ditolak terus dari credit card.

7. Apakah cara yang ditawarkan bagi pembayaran caruman bulanan?

- Credit Card

- Autodebit Bank

- Arahan tetap (Standing Instruction)

- Biro Angkasa

Sekiranya terdapat soalan yang tiada dalam senarai FAQ ini, anda boleh emailkan soalan tersebut ke abdriadi@prupartner.com.my, Insyallah, saya akan updatekan dalam blog ini untuk kemudahan orang ramai.

Click http://infoplantakaful.wasap.my untuk mendapatkan info berkenaan plan dan product serta quotation percuma.

Sekian.

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN
www.azizriadi.com


#medicalcard #educationplan #prubsntakaful #takaful #familyplan #medicalcardnolimit #hibah

Apa itu Smart Saver 300 dan bagaimana ia berfungsi?

$
0
0
Soalan : APA ITU SMART SAVER DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI


Smart Saver 300

Smart saver 300 adalah pakej yang ada dalam medical card PruBSN sama ada Health Protector atau Medic Protector.

Di Prudential BSN Takaful terdapat beberapa jenis medical card yang menawarkan beberapa jenis plan dan pakej.

Berkenaan dengan soalan yang diberikan, saya nak kenalkan anda dengan beberapa term yang berkaitan degan medical card.

a. Full Coverage

Medical card ni cover 100%. Semua bill akan ditanggung oleh medical card. Tapi utk Asas Link (medical card Health Protector) tak offer pakej ni. Pakej ni harga dia lebih tinggi berbanding smart saver 300.

b. Smartsaver 300 (SS300)

SS300 adalah pakej yang lebih jimat sebab client kena bayar sebahagian dari total bill hospital iaitu RM 300 setiap kali masuk hospital. 

Akan tetapi untuk kemasukkan berikutnya dalam masa 90 hari selepas keluar ward yang sebelumnya, client tak perlu bayar RM 300 tu lagi. Tapi dengan syarat disebabkan oleh penyakit yang sama atau berkaitan dengan penyakit yang sama dengan penyakit yang warded sebelumnya.

Kalau berbeza dan selepas 90 hari. Kena bayar lagi RM 300 untuk setiap kali masuk wad. 

Kelebihannya dari segi harga caruman, ia lebih jimat berbanding full coverage.

c. High Deductible (HD)

Apa maksud “Deductible”.

Deductible bermaksud, jumlah yang client kena bayar dulu then lebihan dari jumlah tersebut barulah syarikat takaful akan bayar. 

Sebagai contoh Deductible RM 20,000. Untuk bil rawatan RM 20,000 pertama, client kena bayar dan takkan dicover oleh Syarikat Takaful. Tapi kalau bill rawatan tu mencecah lebih dari RM 20,000, baru lah syarikat Takaful akan bayar bil rawatan tersebut. Contoh mudah macam nie. Katakan client sign up pakej Deductible RM 20,000

*UNTUK SINGLE WARDED bukan accumulated banyak2 kali.

Contoh 1 : Bil Rawatan RM 19,000 (memang tak cover sebab dibawah amount deducttible)

Contoh 2: Bil Rawatan RM 20,000 (masih tak cover lagi sebab masih belum cukup syarat lebih dari RM 20,000 (amount deductible tu).

Contoh 3 : Bil Rawatan RM 40,000 (RM 20,000 client kena bayar sendiri, dan baki RM 20,000 akan dibayar oleh syarikat takaful).

Kenapa ada option deductible nie?..Sebab


  • Mungkin ada client yang dah ada existing medical card dari company dia kerja, tapi limit sedikit. Jadi sesuai amik plan deductible. Sebab lebih murah.
  • Mungkin ada client yang dah ada policy medical dari company lain atau company yang sama tapi limit sikit, jadi nak tambah limit, lebih baik amik deductible sebab lebih murah dan jimat.
  • Mungkin sebagai backup kalau tak cukup cash, sebab mungkin client dah standby cash kalau sakit, tapi takut tiba2 bil shoot up sampai ratus ribu?..Mungkin client akan kehabisan wang simpanan. Jadi amik plan nie lebih murah.

Untuk manfaat medical card Health Protector. 

Antara ciri penting adalah tiada had tahunan dan juga had seumur hidup. Tapi, anda perlu memilih options SMART VALUE POINT (SVP) (untuk menentukan pakej yang anda pilih)…

Smart Value Point nie macam prepaid la. 

Bila kita sign up je, kita ada credit dalam medical card kita iut jumlah smart value point tu, bila kita claim, ia akan berkurangan. 

Terdapat 3 Pilihan Smart Value Points. 

RM 1,000,000
RM 1,500,000
RM 2,000,000

Semakin tinggi SVP, semakin tinggi harga caruman. 

Bagaimana Smart Value Point ni berfungsi. Saya buatkan contoh.

Katakan client ambil SVP 1 million dan Smart Saver 300. Client kena sakit teruk, bill sampai RM 300,000 setahun. Then client boleh claim RM 300,000 tu dan hanya bayar RM 300 smartsaver. (Sekiranya plan smart saver dipilih).

Katakanlah client keluar masuk hospital and habis SVP 1,000,000. So, untuk bil berikutnya sekiranya client masuk wad lagi, propotion 80:20 antara client dan juga client. Katakan dah habis 1 juta, client masuk wad lagi bill RM 50,000.

So 80:20. Prubsn akan bayar 40,000 dan client kena bayar 10,000. Sampai bila portion 80:20 ni? Sampai bila2 selagi ada hayat peserta / client. Sebab takde had seumur hidup.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai plan ini atau sekiranya anda ingin mendapatkan sample quotation, kami sedia membantu. Sila click link berikut :

https://infoplantakaful.wasap.my

In sha Allah saya akan berikan penjelasan lanjut.

Sekian.

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN
www.azizriadi.com
HP : 019-323 2121

#medicalcard #educationplan #prubsntakaful #takaful #familyplan #medicalcardnolimit #hibah



Viewing all 205 articles
Browse latest View live