September 27, 2018, 8:54 am
Pernahkah anda dengar cerita dari pekerja syarikat swasta yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu sampai takde masa untuk keluarga. Nak kata gaji tinggi sangat tu takde la. Tapi, apa yang teruk adalah, bila keperluan untuk support syarikat disebabkan syarikat running 24x7. So...walau pun ada masa cuti, tapi kena panggil datang office / kilang untuk kerja jugak. Dan masa hanya untuk tidur sahaja.
Contoh, pergi kerja awal pagi, matahari tak naik lagi, anak2 pun masih tidur lagi...then, balik tengah malam, anak2 pun dah tidur selama beberapa tahun disebabkan syarikat yang sudah sign contract tu memerlukan pekerja tersebut kerja pulun gila2 untuk syarikat...
Kemudian, cuba untuk tukar kerja, naik gaji sikit...tapi rupanya, sama jugak, masa takde....dan tangungjawab lebih tinggi dan yang paling menyedihkan, gaji dah sampai tahap gaji mati (ceiling)....kecuali boss dia berhenti kerja atau mati....baru ada chance nak naik pangkat dan naik gaji...
Saya kongsikan sahabat saya dulu, kerja company Jepun, bila lama dah kerja, naik pangkat....gaji makin besar, tapi tanggungjawab makin besar....lepas tu sampai takde masa untuk family bertahun2...dan akhirnya....saat yang paling memeranjatkan apabila isteri beliau memohon untuk diceraikan disebabkan tidak tahan hidup dengan suami yang tiada masa. Duit masa tu cukup untuk hidup selesa, tapi masa pulak takde.
Kemudian, pada masa yang sama, company pulak downsize dan nak pindahkan beliau ke Singapore dengan gaji yang sama. Akhirnya..beliau terpaksa tolak sebab kos sara hidup di Singapore lebih tinggi..kalau dengan gaji yang sama....mcm mana nak survive?..
Jadi beliau terpaksa tolak dan akhirnya beliau takde kerja. Company beri pampasan dalam 40K...cukup untuk survive dalam 5 bulan sebab kena tanggung anak dan isteri. Isteri pulak minta pisah....memang jammed kepala masa tu...
Tapi, akhirnya beliau merenung nasib beliau dan terfikir untuk buat business dalam perancangan kewangan (sebab modal kecil dan cuma gunakan skill dan knowledge serta effort sahaja)....ikuti kisah beliau.....
Sekiranya anda pun antara orang yang mengalami cabaran seperti ini dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Boleh PM saya di http://financialcoach.wasap.my untuk saya kongsikan peluang untuk menjadi usahawan dalam bidang perancangan kewangan.
Berikan peluang kepada diri anda untuk membuat sesuatu yang boleh bawa anda ke arah FINANCIAL FREEDOM pada masa akan datang.
PM whatsapp segera : http://financialcoach.wasap.my
AAR
↧
October 7, 2018, 11:29 am
Alhamdulillah, sekarang nie ramai dah orang mula nak berniaga. Tapi, berapa ramai orang yang berniaga, tapi tak tahu apa yang mereka buat. Maksudnya mereka tiada pengalaman dan tiada pengetahuan. Jadi, untuk menjadikan meniaga tu lebih mudah dan boleh berjaya dengan leih pantas....cari la MENTOR.
Bila dah dapat mentor pulak....kena ada sagu sikap iaitu GOOD FOLLOWER. Jangan hanya suka belajar, tapi tak suka apa yang dipelajari dan tak suka buat apa yang dipelajari. Itu kebanyakkan orang yang berniaga punya perangai pada awal2 mereka berniaga.
Dalam bidang takaful, sama jugak. Just ikut apa orang dah berjaya buat. In sha Allah kita akan dapat macam mana orang berjaya dapat...
So, ikuti perkongsian sahabat saya...yang buat sales production sebanyak RM 500,000 setahun untuk beberapa tahun dan beberapa kali mencapai MDRT (Million Dollar Round Table)....antara anugerah pencapaian tertinggi dan dikenali diseluruh dunia dalam bidang insurance dan juga takaful..
Sekiranya anda ingin mendapatkan tambahan income secara part time atau ingin menukar angin / kerjaya dalam bidang takaful. Kami sedia membantu anda...kami sediakan pelbagai platform untuk pastikan anda berjaya dalam bidang ini. In sha ALLAH.
↧
↧
October 7, 2018, 12:11 pm
Berapa ramai agent2 takaful atau insurance sanggup buat kerja lebih dari biasa..untuk dapatkan hasil yang luar biasa?..
Kalau anda tanya saya...memang tak ramai. Tapi..saya bawakan salah seorang sahabat saya dalam business yang berusaha untuk buat sesuatu yang luar biasa demi untuk mendapatkan result yang luar biasa.
Beliau menetapkan standard dalam kerja beliau sebagai agent takaful dan...beliau usaha keras untuk pastikan apa yang patut beliau capai dalam tugas2 rutin harian, beliau capai....dan banyak kali juga lebih dari standard...
So, ikuti perkongsian beliau dalam video di bawah ni.
Terima kasih.
↧
Ramai yang nak berjaya, tapi tak nak sertakan dengan usaha keras dan pengorbanan.
Ada juga yang bekerja keras pada awal permulaan untuk berjaya, bila dah sampai satu tahap....terus complacent...dan akhirnya kembali ke pada peringkat lebih bawah.
So, saya kongsikan kepada anda, macam mana nak buat kita sentiasa ada passion dengan apa yang kita buat....untuk berjaya.
Antaranya..adalah...ALWAYS UPGRADE OUR GOAL.
Selebihnya..boleh tengok video nie..
Kalau anda ingin menambahkan pendapatan anda...boleh cuba untuk jadi takaful consultant...kita bagi advice kita akan dapat income atas advice kita kepada client...simple....then in sha Allah boleh bantu anda untuk tambah income. Click http://financialcoach.wasap.my sekarang.
↧
October 9, 2018, 11:31 pm
![]()
[ BILA PATUT PLAN? ] Saya ada baca muka depan paper The Sun Daily awal bulan ni. Headline dia amat menarik perhatian saya. RETIREMENT AGE REVIEW? Kalau sekarang nie retirement age 60 tahun...then issue utama adalah masih ramai lagi umur 60 tahun tak boleh nak retire (terpaksa kerja) sebab tak cukup fund untuk retire. Living expenses terpaksa kena tanggung dan duit dalam EPF tak cukup untuk mereka berhenti kerja dan enjoy retirement day. Bila patut plan untuk retirement nie?... Bila saya buat survey pasal retirement nie, ramai yang saya jumpa (buat survey) dalam lingkungan awal 20-an, mereka langsung tak fikir pasal retire sebab mereka baru je start kerja. Untuk yang 30-an, mereka tak fikir lagi sebab mereka rasa mereka baru nak established dan stabilkan keadaan kewangan diri dan keluarga. Untuk yang 40-an mereka tak fikir lagi sebab mereka kena focus untuk besarkan anak dan anak2 nak belajar dan ada yang mula nak leisure2 dengan bercuti ke luar negara dan cuba untuk menikmati kehidupan yang diimpikan masa muda dulu...sebab masa muda2 dulu mungkin teringin tapi tak mampu. Akhirnya...bila start umur 50..baru fikir dan..ada masa 5-10 tahun sahaja untuk merancang dan masa tu sumber dah semakin terhad...dan akhirnya?...tak sempat.... So, terpulang kepada anda bila untuk anda start fikir.....sebab yang pasti..kalau umur panjang...memang akan sampai untuk untuk retire...sama ada kita suka atau tak suka..nak ke tak nak ke...memang tak boleh nak elak...RETIREMENT IS NOT AN OPTIONS...IT'S COMPULSORY...START TO PLAN NOW!! Kalau anda tak tahu macam mana nak mulakan....follow FB saya..in sha Allah saya akan kongsikan bagaimana untuk buat perancangan dari awal. Terima kasih.
Aziz Riadi
019-323 2121
www.fb.com/abdazizriadi
↧
↧
October 13, 2018, 6:56 am
SAKIT KRITIKAL atau CRITICAL ILLNESS merupakan penyakit yang semakin common (biasa) pada masa sekarang ni. Kalau 10-20 tahun dulu, kes-kes seperti cancer, sakit jantung atau sakit buah pinggang amat jarang kita dengar atau lihat. Tapi, semenjak akhir2 nie, banyak case2 baru berlaku.
Mungkin ia berlaku kepada orang yang jauh dari kita, atau yang kita langsung tak kenal. Kemudian terjadi kepada orang2 disekeliling kita yang kita kenal, tapi tak rapat...dan semakin lama, semakin ramai kenalan yang rapat dengan kita pun ada mengidap sakit kritikal nie ada juga yang dari keluarga kita.
Oleh kerana penyakit ini dikategorikan sebagai penyakit yang boleh memberi kesan yang besar kepada sesiapa yang mengidapnya, ia dinamakan KRITIKAL..iaitu bahaya dan boleh membawa maut. Yang paling biasa adalah, ia akan memberikan kesan secara kewangan, emosi dan juga kesan-kesan sampingan lain.
Cuma, saya nak kongsikan kepada anda, mengenai kesan kewangan akibat mengidap penyakit kritikal nie.
Kepada anda yang ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai pelan perlindungan perubatan dan juga sakit kritikal boleh DM saya di http://financialcoach.wasap.my.
Terima kasih.
AAR
↧
October 13, 2018, 11:07 am
Saya pernah dapat feedback dari netizen pasal kalau betul la Takaful nie betul boleh bantu orang...dan bagi pampasan juta2 atau ratus2 ribu...kenapa dia tak pernah tengok atau jumpa orang yang dapat pampasan takaful kaya raya...
So, saya nak jawab sikit pertanyaan ni..
1) Biasanya kalau pun waris dapat pampasan juta2...mereka takkan hebah2kan..sebaliknya senyap2 sebab takut nanti ramai yang ambil kesempatan. Sedangkan duit pampasan tersebut adalah untuk kegunaan waris2 yang telah pun ditinggalkan oleh pemilik sijil takaful apabila musibah datang. Atau sebagai living expenses sekiranya lumpuh kekal atau tak mampu nak bekerja sama ada disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.
2) Kalau dapat claim pun, ia bukan untuk jadikan waris kaya raya, tapi lebih kepada untuk dapat kembalikan kepada kepada tahap hidup dari segi kewangan sama seperti orang yang ditimpa musibah masih sihat dan mampu sediakan duit belanja..
Saya ada video di bawah nie, kisah benar, client saya meninggal dunia dan dapat pampasan 1/2 juta lebih...
Kepada yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kewangan atau business...boleh DM saya di http://financialcoach.wasap.my
Terima kasih.
AAR
↧
October 15, 2018, 12:25 am
Kebanyakkan kalau saya jumpa agent2 yang baru nak up nie, atau pun agent2 yang dah lama tapi hilang momentum. Antara cabaran utama adalah untuk consistent. Dulu ok, sekarang slow. Dulu semangat, sekarang kurang semangat.
So, actually...nak jadi consistent ni...kita boleh belajar. Cuma sama ada kita sanggup tak sanggup buat sahaja. Nak bagi kita sanggup..kita mestikan ada matlamat yang jelas dan bermakna pada kita. Kalau matlamat tak jelas, then takde makna dalam hidup kita....kalau kita jumpa cabaran sikit je, kita terus tak de semangat dan akan focus kepada benda yang negative. Sebaliknya kalau kita punya dream tu sangat jelas dan bermakna pada kita...kalau ada sebarang masalah, cabaran dan dugaan sekali pun, kita akan tetap teguh dengan apa yang patut kita buat (process) untuk kita berjaya. Sebab process tersebut adalah apa yang kita boleh control. Result kita tak boleh control.
So, saksikan video di bawah untuk dapatkan tips untuk consistent.
Encik Dzulkarnaen - merupakan MDRT 4 tahun dengan purata production RM 500,000 dan ke atas. Consistent....Sekiranya anda berminat untuk tambah income seterusnya boleh menjadi pemula dalam mengejar impian ke arah Financial Freedom..boleh DM saya di http://financialcoach.wasap.my.
Terima Kasih
Aziz Riadiwww.azizriadi.comwww.fb.com/azizriadi
↧
October 16, 2018, 6:29 am
Apa itu Takaful?
Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.
Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep “Aqilah” yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.
Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur :
- Riba (bunga),
- Maisir (perjudian) dan
- Gharar (ketidakpastian)
Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.
Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.
Perbezaan antara Takaful dan Insurans
Gambar Penuh : https://flic.kr/p/2c31p5f
Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:
Hukum
Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.
Kontrak asas yang digunapakai
Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’)
Kontrak-kontrak lain
Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)
Tanggung jawab pemegang polisi
Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.
Saluran pelaburan
Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).
Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.
Perjalanan operasi
1. Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.
2. Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
3. Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.
4. Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.
Aspek perundangan
Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).Namun pada tahun 2013. Semua Akta Takaful telah tertakluk kepada akta terkini iaitu IFSA 2013 (Islamic Financial Services Act 2013)
Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.
Artikel asal : https://ustazsaifudin.wordpress.com/2008/08/26/perbezaan-antara-takaful-dan-insurans/
↧
↧
October 31, 2018, 11:10 pm
Semenjakbeberapa tahun kebelakangan ini...khususnya selepas keluar akta yang berkaitan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan kewangan Islam pada tahun 2013...landscape perkhidmatan kewangan mengalami beberapa perubahan dan penambahbaikkan...
Selain dari Akta, sekarang nie ramai yang lebih prihatin berkenaan dengan keperluan ilmu kewangan...
Saya nak kongsikan sikit, benda yang simple...common sense...tapi ramai yang ambil mudah atau tak amik kisah....Sebab apa?..sebab mereka tiada kesedaran tentang pentingnya ilmu kewangan...
Ada yang meniaga dahsyat, tapi bab pengurusan kewangan, mereka lihat macam tak berapa penting...yang penting sales...sales....sales...
Berbalik kepada topic yang saya kongsikan tu...Macam mana nak adakan nilai 100,000 dengan RM 30.00?
![INCOME PROTECTIONS OPENING IDEA]()
Sebenarnya apa yang saya cuba sampaikan adalah bagaimana kita rancang sebahagian kewangan kita untuk digunakan oleh orang yang kita tinggalkan bila kita dah takde.
RM 30 dan RM 100,000 adalah sekadar contoh nombor2 yang biasa saya gunakan untuk tingkat kesedaran mengenai peri pentingnya kita allocate sebahagian duit kita untuk yang ter sayang.
Saya buat satu senario...
RM 30.00....bagi sesetengah keluarga....mungkin amount ini tidak begitu significant disebab oleh kos sara hidup yang tinggi pada masa sekarang...tapi, kadang2...ada sesetangah orang....RM 30 kalau dibelanjakan...tak tahu pun ke mana duit itu dibelanjakan pada penghujung hari...
Tapi, cuba bayangkan...ketika mana seorang bapa atau suami, meninggal dunia.....ditinggalkan juga balu dan anak2....dan juga ditinggalkan RM 100,000 hibah takaful kepada keluarga tersebut.....agak2nya ada tak perbezaan keadaan keluarga yang ditinggalkan...berbanding kalau tak tinggalkan apa2 langsung..atau lebih teruk tinggalkan hutang dan bebanan perbelanjaan yang lain kepada balu dan anak2.
Apa kaitannya RM 30 dengan RM 100,000.....
Kaitannya adalah....dengan caruman RM 30 dalam takaful...peserta tersebut layak untuk dapat pampasan hibah takaful sebanyak RM 100,000 (bergantung kepada umur dan jenis pekerjaan).....
RM 30 sebulan...RM 360 setahun...10 tahun RM 3,600....tapi....sekiranya ditakdirkan meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan...RM 100,000 akan diberikan kepada waris atau peserta (sekiranya lumpuh)....bukankah ia akan memberi kesan berbeza daripada tidak tinggalkan apa2...
Ikhtiar RM 1.00 sehari...mampu memberi pengalaman berbeza kepada waris yang ditinggalkan...khususnya untuk seorang Balu yang terpaksa menyara anak2.....apatah lagi kalau anak masuk kecil.. dan..balu pula tidak bekerja...
Itu sahaja yang saya nak kongsikan...keputusan ditangan anda....untuk menilai. Anda boleh bertindak segera...boleh PM Whatsapp saya di http://financialcoach.wasap.my
Sekian...
Terima Kasih.
↧
November 1, 2018, 6:21 am
Saya ingin kongsikan kepada anda semua, berkenaan dengan jumlah claim penyakit kritikal...oleh client2 Prudential sepanjang tahu 2017.
Terdapat pelbagai jenis penyakit kritikal...pelbagai jenis latar belakang dan peringkat umur. Apa yang pasti adalah...penyakit kritikal boleh menyerang tak kira sama ada sesorang itu kaya atau miskin, tua atau muda, kerja pejabat atau kerja yang melibatkan kerja-kerja manual....risiko tetap ada...
Jadi, tonton video ni dan kongsikan kepada sahabat2 anda agar ia dapat memberi sedikit kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan juga perlunya back up kewangan untuk penyakit2 yang merbahaya ini..
Sekiranya anda ingin mempunyai pertanyaan berkenaan plan sakit kritikal, medical card dan juga hibah takaful...boleh PM saya di Whatsapp http://financialcoach.wasap.my
Terima kasih....
AAR
↧
November 1, 2018, 8:11 am
Apabila meninggal je sesorang yang mempunyai harta pusaka....waris kena bertanggungjawab untuk menguruskan pembahagian harta pusaka. Tapi, kebanyakkannya tak tahu berapa arif tentang proses tersebut.
Jadi, saya kongsikan sedikit, process yang mudah untuk difahami untuk oleh agent2 takaful atau pun sesiapa sahaja yang memerlukan ilmu ini...
Part 1
Part 2
Part 3
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan...boleh PM Saya di 019-323 2121.
Sekian.
Aziz Riadi
↧
November 11, 2018, 6:51 am
Ramai orang nak belajar mengenai perancangan kewangan. Tapi, kekadang confuse sebab banyak version dan cara.
Betul...memang ada banyak cara dan kaedah...semuanya betul. Tapi, bagaimana anda faham mengenai kaedah tu pun sangat penting.
Jadi, saya kongsikan video mengenai asas pemahaman berkenaan kewangan....
Semoga bermanfaat.
Anda boleh like page fb saya di http://www.fb.com/abdazizriadi untuk lebih banyak video.
↧
↧
November 11, 2018, 10:10 pm
Cash Flow....apa itu cash flow? atau aliran tunai?..bahasa simple yang nak bagi anda senang faham "duit keluar dan masuk"....
Tak kisah sama ada anda kerja makan gaji, kerja sendiri atau buat business....basic cash flow kena jaga.
Jangan banyak complaint...belajar..dam amal. Kalau nak tahu lebih lanjut. Tengok dua2 video nie.
Nak belajar tingkatkan pendapatan dalam business atau property... klik http://financialcoach.wasap.my
Thank you.
AARCash Flow Part 1
Cash Flow Part 2
↧
December 20, 2018, 7:35 am
DISRIBUTION CHANNEL - atau pun rangkaian pengedaran untuk product atau perkhidmatan kita antara kunci utama business kita terus berkembang.
Beberapa bulan lalu saya ada pergi trip percuma yang ditaja oleh company saya sebab achieved target jualan...Jadi, kami pergi beramai2 sebab ramai yang capai target jualan tersebut.
Memang seronok dapat bercuti dan tengok negara orang. Tapi, kalau saya berjalan ke luar negara ni mmg tak sah kalau saya tak lihat dan belajar apa2 yang saya boleh saya dapat untuk ilmu business dan kewangan saya.
Apa yang saya nak kongsikan adalah berkenaan dengan bagaimana sesebuah perniagaan tu boleh berkembang maju, sampai ada pelanggan tetap sama ada pelanggan yang sama atau berbeza, tapi memang akan ada pelanggan...
Antaranya adalah..
1) Kualiti barang yang dijual
2) Pemasaran - bagi orang tahu brand kita. Dan seterusnya brand kita akan berkembang...jadi buah mulut orang.
3) Tambahkan distribution channel....so, bila banyak distribution channel ni, banyak la peluang untuk kita tambahkan jualan seterusnya tambah keuntungan..
So, selebihnya saya kongsikan dalam video di bawah.
Kepada anda yang ingin mendapatkan tips kewangan atau ingin tambah pendapatan secara part time dalam bidang kewangan. Boleh PM saya di http://financialcoach.wasap.my
AAR
www.azizriadi.com
↧
December 27, 2018, 9:17 am
PNB dah declare dividen untuk tahun 2018. So, pelbagai reaksi daripada masyarakat atau netizen....So, saya nak kongsikan kepada anda apa yang saya buat dengan ASB nie...
Antaranya, adalah seperti berikut...
Ramai yang tanya semalam, ok ke 7%?...bagus ke 7%?....boleh untung ke 7%.
Macam2 soalan, saya terima. Tak sempat nak reply semalam. Busy sikit uruskan business dan ada 2 unit vacant property saya tenant nak masuk....😀.
1. Kalau tanya saya dividen dan bonus 7% ASB, pada saya ok je. Sebab bergantung kepada matlamat kewangan dan strategy pelaburan masing2.
Strategy saya -
i. ASB ni adalah tempat untuk saya simpan cash untuk jangka masa panjang kalau tak guna. So, pokok (unit) dijamin oleh kerajaan, 1 on 1...so, tak pening kepala dah kat situ. Habih tu, kalau nak pakai untuk peluang pelaburan macam mana?...Ohh...yang tu saya dah ada Account Overdraft yang saya pledge dengan sijil ASB 10 tahun lepas...So, rolling kat situ je la. Interest OD yang kita pakai?, rolling pakai cash flow dan pada masa yang sama dividen ASB tetap terkumpul kat dalam account ASB.
ii. ASB adalah tempat saya nak longgokkan semua cash saya bila nak retire nanti. Sebab ASB ni ada limit. ASB 1 : 200,000...ASB 2 : 200,000 kalau ada anak setiap anak RM 200,000 (baru di naikkan, sebelum nie RM 50,000 sahaja).....
Kalau saya dan isteri dan 2 anak...saya ada allocation RM 1.2 juta ASB.
Suami : 200K + 200K = 400KIsteri : 200K + 200K = 400KAnak 1 = 200KAnak 2 = 200K
Total RM : RM 1,200,000
So, katakan dengan dividen terkumpul dan tak keluarkan...selama 30 tahun 7% setahun return on average "jumlah terkumpul" ada dalam RM 9.5 juta.
So, cuba kira...kalau dapat return 7% setiap tahun dari RM9,500,000...setahun RM 665,000 dividen. So sebulan RM 55,000 (tak kena income TAX)....ada faham ke?
Cuma wajib kena ZAKAT. Kalau tak nanti jadi bahan bakar je kat akhirat nanti...so, ZAKAT 2.5% je...
So, by the time lepas 30 tahun nanti......mana2 unit property yang nak di liquidate sebab tak nak handle dan maintain...cash tersebut....boleh le longgokan kat ASB tu. Sebab kalau kita punya ASB limit akan ikut jumlah tertinggi yang pernah ada dalam account tu.
Contoh...ASB account kita pernah cecah 500K...then, kita keluarkan RM 300K untuk another investment or business....so, kita punya allocation untuk ASB masih tetap 500K..so, kalau ada duit kat tempat yang kurang bagi return, boleh pindahkan ke ASB untuk dapatkan return yang lebih tinggi.
Lebih baik dari letak kat FD. Sebab FD paling tinggi pun saya pernah dapat offer 4%....biasa2 dapat 3.5% sahaja.
So, itu strategy saya.
Makkk aii...macam mana nak penuhkan ASB semua tu....?...
Kalau takde ilmu memang semua jadi gelap gelita...kalau tahu cara, mudah je....cuma perlukan ilmu, tindakan yang konsisten, attitude yang bagus....dan beberapa step lagi...
Saya?...saya penuhkan dengan beberapa cara....ni saya kongsikan semuanya.....takde rahsia2 dah....
1- Start buat business untuk tambah income2- ASB - OD - ASBF
Ini link saya share kat blog saya pasal OD - ASB. Tahun 2008 saya buat... http://www.azizriadi.com/2009/09/over-draft.html
3- Business + OD = Property.4- Property = Capital Appreciation + Cashflow rental + Refinance + Flipping5- Return from other investment (yang lebih tinggi risiko tapi lebih tinggi return)....bukan MLM or scam scheme ya...saya hanya terlibat dengan genuine shariah investment sahaja.6- Keep kembangkan business portfolio.
2. Boleh untung ke 7%...
Kalau kita start awal...in sha Allah boleh untung....tapi kalau cuma niat dan minat je, sampai sekarang tak buat tindakan....kou tengok je la orang buat huntung....saya tahu pasal dividen ASB nie since tahun 2000 (18 tahun lepas) dan saya dah start....OD-ASB tahun 2008...10 tahun lepas....saya tahu, saya belajar bagi faham dan saya start bertindak.
Kuncinya adalah BERTINDAK. Bukan asyik
THINK...THINK...THINK....DO NOTHING...
3- Okey ke 7%....?
Untuk saya, dalam keadaan market yang lembab, saham pun banyak yang menjunam...pada saya..OK. Orang lain?...saya tak tahu, sebab matlamat kewangan berbeza2...Saya tak focus pada orang lain..saya focus dengan matlamat kewangan saya.
4- Bagus ke kalau invest sekarang?....
Tak bagus invest sekarang....habih tu bila yang bagus?..tahun depan?....Tak....30 tahun lepas....kalau you dah terlepas 30 tahun lepas tu....yang ada masa adalah sekarang....so, start la sekarang....
5- ASB hanya untuk bumiputera...kalau dapat kat Non-Bumi....bayangkan semua duit diorang dalam FD diorang campak kat ASB....macam mana?..mmg sekejapan je penuh quota. So, kita bumiputera ni kena le rebut peluangg....untuk yang nak. Yang tak nak, ada je banyak lagi cara lain....
Oklah....itu sahaja perkongsian saya hari ni....benda tak best sangat pun....simple2 je. Sifu2 lain ilmu lagi hebat...saya nie...kira cap ayam je...sikit2 invest...mana yang mampu. Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dan happy apa yang saya buat dan hasil yang saya dapat.
Kalau anda jenis yang bebetul nak belajar dan ada commitment nak buat...boleh click kat sini
http://financialcoach.wasap.my/
http://financialcoach.wasap.my/
Kalau tak nak, takpe, mungkin boleh tekan butang share, sebab mungkin ada kengkawan anda yang nak. So, kalau kita tak nak, kita boleh kat orang yang mungkin kita nak. Kalau kita tahu, tapi kita simpan (dah le kita tak nak, share kat orang pun tak nak)....memang tak boleh nak buat apa laa...🙂.
Sekian dari saya....untuk yang bertanya...kalau tak faham lagi..boleh DM saya.
Thank you.
AAR.www.azizriadi.com
↧
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semenjak posting saya di facebook menjadi perhatian ramai orang.
Baca link kat sini :
https://www.facebook.com/1408186252/posts/10218509702999672/
Ramai yang mula PM saya, whatsapp saya macam mana nak mulakan benda yang saya buat tu?
Dan antara soalan yang paling banyak ditanya adalah berkenaan perbezaan antara Pelaburan di ASB melalui simpanan sendiri berbanding dengan Pembiayaan dari bank.
Saya pun buat la kiraan untuk memudahkan anda semua faham dan bukti dalam bentuk kiraan lebih senang nak bandingkan.
Tapi, terpulang kepada kekuatan cashflow (Income dan Expenses) masing2...ini saya tunjukkan contoh sahaja. Sebab tu, kalau kalau anda baca saya punya posting berkenaan dengan pengurusan kewangan...memang saya akan tekankan berkenaan dengan peri pentingnya income yang tinggi.
Kita kena pastikan income kita lebih tinggi daripada perbelanjaan kita. Yang ni saya akan kongsikan dalam entri yang lain. Buat masa nie, fahamkan dulu mengenai perbandingan kiraan ni..
Saya harap anda boleh belajar sesuatu daripada apa yang saya postkan ni...
Sekiranya anda sebarang pertanyaan, boleh comment kat posting nie.
Kalau anda berminat nak tahu macam tips and tricks pasal kewangan..boleh like fb page saya http://www.fb.com/abdazizriadi
Aziz Riadi.
↧
↧
Assalamualaikum semua pembaca saya yang budiman...
Saya nak kongsikan antara strategy saya dalam pelaburan hartanah.
Macam biasa...bila kita dah ada keluarga dan anak2 pun dah makin besar (dari kanak ke remaja)...antara benda yang paling diorang suka adalah mandi kolam. Bila tidur hotel, benda yang diorang tak habis2 tanya adalah BILA NAK MANDI KOLAM...
So, masa anak2 saya kecik, saya terfikir..kalau dapat buat kolam renang kat umah, layan jugak....then, tengok ada rumah banglow kawan2 yang ada kolam, nampak macam best. Tapi, bila tanya2 lebih details...bab keselamatan dan maintenance tu buat saya tak jadi nak teruskan.
Apa yang saya buat lepas tu....?
Lebih baik saya beli apartment atau kondo yang ada kolam renang dan juga beberapa facilities kondo..yang saya dan keluarga saya boleh gunakan...then...pada masa yang sama..saya boleh sewakan pada orang lain bila saya tak gunakan...sebab kita nak mandi kolam bukan selalu...sesekali je...
So, tonton video saya kongsikan mengenai strategy saya kali ni...
Ini sebahagian dari gambar unit saya....Fully Furnish...
↧
Assalamualaikum..
Perhatian kepada semua peserta program ABC 21 - 24 January 2019. Sila penuhi langkah berikut :
1. Lengkapkan online form di link di bawah untuk memilih bahasa untuk workbook semasa program ABC Janda Baik.
https://goo.gl/forms/pKivOxa4isb9uMqD3
2. Sila download document yang disenaraikan di bawah ini dan print serta ikut arahan seperti yang dinyatakan.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi ORGANIZER ABC 21-24 January 2019 -
Encik Ariff (014-6687697)
Sekian...
Master Coordinator
AAR
↧
January 16, 2019, 5:37 pm
↧