Quantcast
Channel: Tips Urus Wang Anda
Viewing all 205 articles
Browse latest View live

Kalau masuk wad atau dapatkan treatment, kena bayar sendiri ke?

$
0
0
Soalan : Kalau masuk wad atau dapatkan treatment, kena bayar sendiri ke?

Sebelum saya terangkan lebih lanjut berkenaan dengan soalan ini. Saya rasa anda semua kena atau perlu fahamkan asas manfaat medical card. 

Manfaat ini hanya untuk warded di hospital sahaja. Bukan untuk outpatient.

Untuk case outpatient hanya untuk case berikut. 
  • Pre hospitalization iaitu sebelum warded, client pergi klinik utk check up, dan selepas tu Dr kat clinic tu refer ke hospital sebab kena dapat rawatan lanjut di ward. So, bil ni boleh claim, tapi kena bayar dulu pakai duit sendiri then claim later. Tempoh untuk prehospitalization adalah 90 hari sebelum warded.
  • Post hospitalization iaitu rawatan susulan selepas warded. Yang ni sama juga seperti di atas. Kena bayar dulu pakai duit sendiri then claim later. 
  • Rawatan outpatient akibat kecederaan. Yang ni boleh dapatkan rawatan di klinik sebagai pesakit luar dan macam biasa, bayar dulu pakai duit sendiri dan claim later.
Nota : Sila sediakan resit bayaran original. Salinan takkan diterima.

Untuk kemasukkan ke dalam ward. Sekiranya client dapatkan rawatan di hospital panel (boleh refer di website prubsn. http://www.prubsn.com.my), client tak perlu bayar bill pakai duit sendiri dulu. Sebab bayaran bill hospital panel akan claim direct dengan PruBSN. So, hassle free. Client cuma kena bayar RM 300 smart saver sahaja.

Untuk smart saver pula. Sebagai contoh.

Masa nak warded, hospital biasanya akan minta deposit. Let say RM 500. So, bila nak keluar ward, hospital akan pulangkan balik RM 200. RM 300 adalah smart saver 300 yang saya beritahu kat atas tadi.

Kalau katakan hospital minta deposit RM 300. So, masa nak keluar nanti, hospital takkan pulangkan apa2 duit lagi dah. 


And kalau ada kos2 rawatan yang tak dicover oleh PruBSN contoh kalau client pakai phone hospital atau request service yang tak dicover oleh takaful, client kena bayar sendiri.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai plan ini atau ingin mendapatkan sample quotation, kami sedia membantu. Sila click link berikut :

https://infoplantakaful.wasap.my

In sha Allah saya akan berikan penjelasan lanjut.

Sekian.

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN
www.azizriadi.com
HP : 019-323 2121

#medicalcard #educationplan #prubsntakaful #takaful #familyplan #medicalcardnolimit #hibah



Apa beza manfaat Sakit Kritikal dan Kos Perubatan?

$
0
0
SOALAN : Kalau saya dah ambil manfaat sakit kritikal RM 70,000. Sekiranya kos perubatan tak cukup, boleh ke saya gunakan dana yang 1 Million tu?

Persoalan yang ditanya : 

Kalau tak cukup 70K untuk Crisis Protector tu boleh ke pakai 1 million tu?

Yang ni kena fahamkan basic dia.

a. RM 70,000 adalah duit pampasan (cash) yang akan diterima sekiranya client menghidap salah satu dari 43 sakit kritikal. 

b. RM 1,000,000 tu adalah smart value point untuk medical card. Untuk cover kos rawatan. Macam credit prepaid la. Dan tak boleh convert jadi cash.

Kalau client kena sakit kritikal, kos rawatan tak perlu pakai RM 70,000 tu, pakai la medical card. Sebab medical card tu ada credit 1,000,000 boleh pakai. And bukan hanya untuk sakit kritikal. Untuk rawatan sakit lain pun boleh asalkan WARDED a.k.a INPATIENT. Kalau outpatient tak boleh kecuali untuk pre and post hospitalization dan juga injury due to accident.

So, Crisis Protector RM 70,000 akan dapat cash untuk KOS KEHIDUPAN SELPAS KENA SAKIT KRITIKAL (LIVING COST)

Smart Value Point RM 1,000,000 macam credir prepaid. Boleh gunakan kalau warded untuk bayar KOS RAWATAN.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai plan ini atau ingin mendapatkan sample quotation, kami sedia membantu. Sila click link berikut :

https://infoplantakaful.wasap.my

In sha Allah saya akan berikan penjelasan lanjut.

Sekian.

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN
www.azizriadi.com
HP : 019-323 2121


#medicalcard #educationplan #prubsntakaful #takaful #familyplan #medicalcardnolimit #hibah

Apa maksud Free Look Period dan Waiting Period dalam Takaful?

$
0
0
Soalan : Apa maksud Free Look Period dan juga waiting Period? Kenapa pemegang policy kena tahu?



Sand Clock


Salam Sejahtera...

Pada zaman sekarang nie, insurance atau takaful sudah menjadi satu perkara penting yang mana diperlukan oleh setiap orang. Walau pun ia mungkin tak mampu dimilik oleh semua orang, sebab insurance atau takaful ni dibeli dengan UMUR dan KESIHATAN, dan di bayar dengan DUIT.

Apa yang saya nak kongsikan kali ini adalah, ada ramai yang bertanya atau confuse dengan beberapa term atau syarat yang ada dalam policy takaful. Untuk kali nie saya nak focus kepada 2 perkara iaitu :

1- Free Look Period

2- Waiting Period


FREE LOOK PERIOD

Free look period adalah satu tempoh masa yang diberikan kepada client yang sign up plan insurance atau takaful untuk review policy yang baru lulus dan diterima oleh client. Ada juga yang menggunakan term "Tempoh Bertenang". So, ada beberapa persoalan yang anda kena tahu berkenaan dengan FREE LOOK PERIOD ni.


Kenapa perlu ada FREE LOOK PERIOD ni?

Kalau dalam keadaan lain, kita beli barang, kita akan dapat barang tu dan kita boleh check keadaan barang yang kita beli tu, sama ada dalam keadaan baik, berfungsi seperti yang kita nak, tiada sebarang kerosakan sama ada dalaman atau luaran, then barulah kita beli dan ambil. Itu pun, biasanya ada warranty dalam tempoh yang ditetapkan. Kalau barangan elektrik, biasanya dalam masa setahun. Kalau pakaian kat DECATHLON (pakaian sukan)...boleh pulangkan balik dalam masa setahun (dengan syarat masih dalam keadaan asal dan price tag masih ada) sekiranya barangan yang kita beli. 

Jadi, kalau kita beli policy insurance, kita tak dapat barang, kita dapat policy document sama ada dalam bentuk booklet atau softcopy PDF. Macam mana kita nak tahu manfaat apa yang kita ambil masa deal dengan agent adalah sama seperti apa yang kita dapat?..Dan ada tak tertulis dalam certificate atau policy takaful tu?. Dan masa agent terangkan bukan semua term and condition yang diterangkan. So, dalam policy le ada semua details tu, apa yang dicover, apa yang tak, apa yang dicover dengan syarat dan sebagainya.

Kalau ada term and condition dalam policy tu yang tak memenuhi kehendak dan jugak keperluan kita, kita boleh cancel dan kita akan dapat balik caruman kita. Tapi ada syarat dari segi tempoh masa, saya akan terangkan details kat sub topic di bawah.

Secara rumusannya..

Free Look Period ni adalah satu tempoh yang diberikan kepada client (peserta takaful) untuk menyemak syarat2 dan manfaat yang ditawarkan kepada mereka, sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan manfaat dan syarat yang ditawarkan dalam policy. Sekiranya setuju, policy tersebut boleh diteruskan, sekiranya tidak, policy tersebut boleh dikembalikan dan wang caruman yang telah dibayar akan dipulangkan

Itulah dia antara tujuan utama free look period.


Apa kelebihan FREE LOOK PERIOD ni?

Adil kepada client, sebab mereka berhak untuk mendapatkan manfaat perlindungan yang dijanjikan oleh agent dan syarikat takaful atau insurance. Kita ia melindungi hak client.


Bila tempoh FREE LOOK PERIOD ni dan macam mana nak tahu bila start?

Tempoh Free Look Period adalah 15 hari dari tempoh client dapat policy. So, sebab tu, sebagai agent, once dapat policy sahaja, kena terus berikan kepada client. Cuma, sekarang nie, ada yang E-Certificate, yang mana policy diberikan dalam bentuk PDF kepada client melalui email atau boleh didownload daripada portal pelanggan.

Macam mana pulak nak trace date dia?...so, kalau nak trace date senang je...anda boleh kira dalam masa 30 hari dari policy tersebut berkuatkuasa. Kalau lebih dari tarikh tu, takut2 tak boleh nak return balik dan dapatkan balik caruman yang kita dah bayar. 

Kenapa 30 hari?

Ok macam nie. 

1 hari hingga 15 hari dari tarikh policy approved, adalah process untuk company prepare document dan hantar ke agency office. Then, syarat FREE LOOK PERIOD adalah 15 hari dari tarikh client terima policy. So, secara teknikalnya, agent sepatutnya terus belikan kepada client sebaik sahaja policy tu sampai di office agent. 

Apa jadi, kalau agent tak hantar?...Masalah ni memang ada berlaku. Apa yang anda boleh buat adalah, anda contact agent anda dan tanya macam mana status policy anda, bila boleh dapat sebab you nak review. Kalau agent dah hilang, boleh contact HQ, nanti HQ akan assign leader kepada agent yang hilang tu untuk follow up dan bantu client.



WAITING PERIOD.



Waiting period ni pulak apa dia?..

Waiting period ni adalah satu tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak syarikat takaful sebelum manfaat tersebut boleh digunakan. Terdapat pelbagai jenis manfaat dan setiap manfaat mempunyai tempoh menunggu (waiting period) yang berbeza2.


Kat sini saya senaraikan beberapa jenis manfaat dan waiting period.


1- Death / Total Permanent Disable (immediate selepas policy lulus)

Immediate selepas policy lulus

2- Critical Illness ( 30 hari dan juga 60 hari)

Ada jenis2 penyakit yang dicover selepas 30 hari dari policy lulus dan juga dicover selepas 60 hari dari tarikh lulus policy.

Sila rujuk 43 jenis Penyakit Kritikal yang dicover oleh PruBSN.

Waiting Period selepas 60 hari.

  • Angioplasty and other invasive treatment for coronary artery disease.
  • Cancer
  • Coronary artery by-pass surgery
  • Heart Attack
  • Serious Coronary Artery Disease


Waiting Period selepas 30 hari.

Semua yang tersenarai dalam 43 jenis penyakit kritikal kecuali yang disenaraikan dalam waiting period 60 hari.

3- Accident / Injury (Immediate selepas policy lulus / bermula)

Immediate selepas policy lulus

4- Medical Card


  • Kemalangan - immediate selepas policy Lulus
  • Selepas 30 hari - Semua jenis penyakit kecuali penyakit specific
  • Selepas 120 hari - Semua jenis penyakit dan juga penyakit specific.
Senarai penyakit Specific.
  • Hypertension, diabetes mellitus and cardiovascular disease; or
  • All tumors, cancers, cysts, polyps; or
  • Stones of the urinary system and biliary systems; or
  • Any disease of ear, nose (including sinuses) and throat conditions; or
  • Hernias, haemorrhoids, fistulae, hydrocele, varicocele; or
  • Any disease  of the reproductive system including endometriosis; or 
  • Any disorders of spine (including a slipped disc) and knee conditions.

5- Komplikasi Kehamilan (365 hari selepas policy lulus)

Kena berlaku selepas 365 hari dari policy start. Contoh, client ambil policy yang ada manfaat komplikasi kehamilan, selepas 365 hari baru benda tu berlaku, then boleh claim. Kalau sebelum tu, tak boleh claim.

6- Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan (36 bulan selepas policy lulus)

Untuk policy anak2. Sekiranya anda belajar pandai dan dapat keputusan yang bagus, contoh 6A dalam UPSR, pemegang policy layak claim duit bonus kecemerlangan pelajaran dari syarikat takaful. Tapi, kena tunggu 36 bulan selepas policy approved. Maksudnya event tersebut (peperiksaan) berlaku 36 bulan selepas policy approved. Kalau policy start masa umur anak 11 tahun. Selepas 24 bulan (2 tahun), EXAM UPSR umur 12 tahun.dapat result bagus, tak layak claim. Sebab tak cukup syarat 36 bulan. Sebab tu kalau untuk anak2 kena buat plan takaful awal untuk diorang.


Selain dari waiting period yang ada dalam manfaat, ada juga waiting period dalam value added service yang ditawarkan. Seperti Hospital Alliance Services iaitu perkhidmatan pembayaran direct ke hospital. Client tak perlu bayar duit dulu then claim. Bayaran terus akan dibuat ke hsopital dan hospital yang akan berurusan dengan pihak syarikat takaful.

Untuk service nie, 90 hari pertama dari tempoh policy lulus, client kena bayar dulu, claim kemudian. Selepas 90 hari baru boleh pakai service online nie...


Itu sahaja setakat ni yang saya rasa anda perlu ambil tahu. Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkenaan plan takaful, atau ingin mendapatkan plan takaful yang sesuai dengan anda, boleh click link di bawah ni.


https://infoplantakaful.wasap.my

https://infoplantakaful.wasap.my

https://infoplantakaful.wasap.my



Sekian.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Financial Coach
www.azizriadi.com

#waitingperiod #takafulplan #Familyplan #medicalcardfamily #hibah

Demo Presentation Menggunakan PruBSN Sales Kit

$
0
0
Kepada anda yang ingin belajar macam mana cara nak gunakan sales kit. Boleh tengok link di bawah ini.



Sales Kit Ebook Cover
  • Sales Kit Presentation Demo Part 1



  • Sales Kit Presentation Demo Part 2


  • Sales Kit Presentation Demo Part 3


  • Sales Kit Presentation Demo Part 4


  • Sales Kit Presentation Demo Part 5


  • Sales Kit Presentation Demo Part 6


  • Sales Kit Presentation Demo Part 7

  • Sales Kit Presentation Demo Part 8

Kepada sesiapa yang nak order sales kit. Boleh klik http://www.aarassociates.com/sales-kit

Terima kasih.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Agency Manager Prudential / PruBSN

Demo Presentation Menggunakan PruBSN Sales Kit Part 2

$
0
0
Berikut adalah cara macam mana nak gunakan sales kit selain yang saya share pada part 1.

IMG_7349


1. Concept Presentation 28,000 Lucky Number




2. BWRD (BORN, WORK, RETIRE, DEATH)



3. Sales Concept 3H (Harta, Hutang dan Hibah)




Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan sales kit ini, boleh beli secara online di http://www.aarassociates.com/sales-kit

Sekian, selamat belajar dan amalkan.


Aziz Riadi
Shariah RFP
Pendidik Kewangan

CLAIM PROCESS

$
0
0
Bila sembang pasal insurance atau takaful nie, memang tak boleh lari dari persoalan mengenai claim. Jadi, saya nak berkongsi kepada rakan-rakan agent secara umum dan maybe ada beberapa case yang agak teknikal, bagaimana process claim. 

Video ini sebagai ilmu asas mengenai business process yang berkaitan dengan claim.




Claim Process Volume 1




Claim Process Volume 2






Claim Process Volume 3

 




Claim Process Volume 4





Claim Process Volume 5




Claim Process Volume 6




Claim Process Volume 7




Claim Process Volume 8



Sekian, semoga bermanfaat.


Kayuh Basikal

$
0
0
Macam biasa, minat saya kayuh basikal start dari kecik, sambung ke Universiti, dan sampai sekarang nie....Beberapa activity kayuh basikal bersama kawan2 saya..

- Denai Alam - Saujana Utama


- FRIM


- Kg Kemensah


Gambar dan cerita saya akan update bila ada kelapangan.

Kembali ke Hobby dan Outdoor

NEW ASSOCIATES SELECTION FORM


PLAN TAKAFUL UNTUK BABY

$
0
0

Untitled

Anak adalah antara anugerah terindah yang Allah kurniakan kepada setiap pasangan. Dan sudah tentu, ia sangat istimewa. Jadi bila ia istimewa, sekiranya anda sebagai ibu dan bapa, apakah perancangan yang anda harus lakukan bagi menyediakan satu platform yang kukuh apa bila anda anda dewasa nanti?

Salah satu perkara yang anda sebagai ibu bapa patut fikirkan adalah dari segi perancangan kewangan untuk baby anda.

5 stage yang anda patut fikir untuk perancangan dari segi kewangan bagi baby anda.


1. Perlindungan kewangan ketika dalam kandungan (Pre-natal)

2. Perlindungan kewangan selepas anak lahir hingga dewasa


3. Perancangan kewangan untuk anak belajar diperingkat sekolah hingga ke universiti.


4. Perancangan kewangan untuk anak apa mereka telah habis belajar dan ingin memulakan pekerjaan.


5. Perancangan kewangan untuk anda yang mulakan kehidupan sebagai seorang dewasa dan berdikari dengan menurunkan ilmu kesedaran dan kepintaran kewangan atau financial intelligence.





1. Perlindungan kewangan ketika dalam kandungan (Pre-natal)

Perlindungan kewangan ketika dalam kandungan atau Pre-Natal ini merujuk kepada coverage baby dalam perut.

Apa kelebihan coverage baby dalam perut ni?


a. Coverage start awal bermula dari 14 minggu kandungan. Jadi, apa2 komplikasi yang berlaku disepanjang tempoh mengandung akan dapat coverage.

b. Boleh mengurangkan risiko pre exisiting illness especially yang melibatkan penyakit baby baru lahir seperti pneumonia, acute bronchitis atau broncholitis, asma, demam virus dan penyakit2 yang mudah menjangkit kepada baby baru lahir. Walau bagaimana pun, untuk manfaat medical card, ia akan active selepas 14 hari dari tarikh baby dilahirkan. Namun, ia lebih baik berbanding kalau dah lahir baru nak amik, sebab mungkin akan menyebabkan delay (Sebab parent maybe sibuk dengan ibu berpantang dan ayah pula mungkin sibuk dengan urusan kerja dan yang lain2). 

c. Peace of mind. Parent lebih lapang minda disebabkan baby dah ada protection seawal 14 minggu dalam kandungan.

d. Kalau ambil plan baby ketika dalam perut, kalau selepas lahir, tiba-tiba baby mengidap penyakit congenital yang agak kritikal sebagai contoh jantung berlubang, atau apa2 penyakit congenital yang lain, medical card dah ada, untuk penyakit lain selain dari congenital dah start cover cuma penyakit congenital tak cover. Berbanding kalau ambil medical selepas baby lahir dan kemudian detect ada congenital yang agak kronik, berkemungkinan langsung tak dapat medical card.

e. Saving untuk baby akan start awal, sekiranya anda ingin mencarum untuk tujuan pendidikan anak pada masa akan datang.



Apa yang PRUDENTIAL BSN boleh offer?

Untuk plan takaful PruBSN dibawah plan PRUBSN IMPIAN, ia menawarkan coverage berikut.


  • Pregnancy Care Benefit
Untuk Benefit ini, coverage yang disediakan adalah Pregnancy Complications, Pregnancy Complications accompanied by GDM (Gestational Diabetes Mellitus) atau kencing manis ketika mengandung dan Kematian Fetus

Selain itu, plan ini juga akan cover kematian ibu ketika mengandung.
  • Child Care Benefit
Untuk manfaat child care pula, antara yang dicover adalah 


  1. Kematian Bayi (dalam masa 30 hari selepas lahir)
  2. Incubation Cover (kalau kena jaundice)(dalam masa 60 hari selepas lahir)
  3. Neonatal Jaundice cover (dalam masa 60 hari selepas lahir)
  4. ICU / HDU (sekiranya bayi dimasukkan ke dalam ICU atau HDU) (dalam masa 1 tahun selepas lahir)
  5. Hospital Reimbursement disebabkan congenital (penyakit sejak lahir)
  6. Bayaran sekali gus untuk penyakit berjangkit.

Berikut adalah manfaat untuk PREGNANCY CARE BENEFIT dan juga CHILDCARE BENEFIT


SUMMARY COVERAGE UNTUK IBU DAN ANAK DALAM KANDUNGAN

Untitled


PREGNANCY CARE BENEFIT
Untitled



CHILD CARE BENEFIT 
Untitled

CHILD CARE BENEFIT - CONGENITAL CONDITION

Untitled



CHILD CARE BENEFIT - INFECTIOUS DISEASE
Untitled



CARA LATIH ANAK SIMPAN DUIT BELANJA SEKOLAH

$
0
0
FInancial Management Poster.002


PERSONAL FINANCIAL MANAGEMENT UNTUK ANAK BERSEKOLAH Sepanjang saya berkecimpung dalam kerjaya sebagai penasihat peranangan kewangan peribadi, ada beberapa perkara yang bebetul menarik perhatian saya. Bila saya biat sharing, live FB atau buat training dalam kelas, atau dalam seminar, ramai yang tanya cara secara teknikal. Tapi, tak ramai yang tanya macam mana nak control behavior. Sebab, ilmu2 perancangan kewangan nie, tidak banyak diajar bermula dari rumah dari kecil. Sebab parent bagi duit kat anak pergi sekolah, diorang tak ajar pun macam mana nak allocate sikit duit sekolah, simpan 10% - 20% ... Contoh, duit belanja sekolah RM 3.00, simpan 10% atau 20% , maksudnya dia kena simpan dalam RM 0.30 hingga RM 0.60 sehari. Tapi, berapa ramai parent yang ajar anak dia macam nie? Saya pernah sharekan benda nie dengan beberapa orang, tapi, apa yang mereka respond? " Alaa, budak nak makan kat sekolah, nak sekat2...tak payah la...dah besar nanti pandai la dia manage duit..""Tak sampai hati aku nak suruh dia cut down makan kat sekolah, sebab barang makanan kat kantin pun mahal2 dah sekarang nie" Oklah, saya tak nak argue benda nie....tapi itulah dia...kekadang parent sendiri tak faham macam mana tricks kewangan nie, jadi, mereka nampak benda nie macam susah...tapi, sebenarnya kita kena creative. Sebab tu untuk latih anak pintar kewangan, parent kena latih dulu. Sebab kat sekolah pun rasanya susah Cikgu nak ajar. Sebab Cikgu yang mengajar pun, dia ada anak, dia tak ajar anak dia pasal ilmu kepintaran kewangan dari kecil. Menurut kajian, tak semua golongan professional tahu atau fully aware pasal kepintaran kewangan nie. Jadi, tak kisah sama ada parent budak tu Doktor, Lawyer, Hakim, Pensyarah, IT Professional atau apa sahaja....kepintaran kewangan bukan satu benda yang semua orang tahu. Berbalik pada trick kat atas tadi. Macam mana nak bagi anak simpan RM 0.60 sehari (20% sehari) duit belanja sekolah.... Macam nie tricks dia ✅ Mungkin susah kalau nak simpan hari-hari 20% dari belanja sekolah. Kena buat kira-kira sikit. RM 0.60 sehari, 5 hari persekolahan = RM 3.00 = sehari belanja sekolah. Jadi, 5 hari sekolah, Anak kena simpan 1 hari belanja sekolah dia. ✅ Apa yang anda boleh buat, in fact saya pernah ajar anak saya, dan ia berkesan. Dan ada benda lagi best saya belajar dari anak saya. Baca posting nie sampai habis. ✅ Kena pre-condition anak dengan project (Financial Intelligence) ni dengan anak dan bagitau apa kebaikkan nya pada masa akan datang. Gunakan le kepintaran anda untuk buat sampai anak setuju. Focus dia personal motivation. ✅Macam saya, saya bagitau, duit yang terkumpul tu adalah duit dia dan dia boleh beli apa sahaja yang dia nak. So, masa tu anak saya darjah 4-5, macam biasa, dia suka mainan...dan dia nak beli mainan...saya cakap DEAL... ✅ So, apa yang anda boleh buat, dalam 5 hari dia sekolah tu, minta satu hari dia bawa bekal dari rumah. So, masa rehat, dia makan bekal dan bawak air sendiri....kalau dia berjaya ikut apa yang kita cadangkan, dia dah boleh kumpul RM 3.00 (mission accomplished)...seminggu RM 3.00, sebulan RM 12.00. .......setahun RM 144.00 ✅ Bila duit tu dah terkumpul like macam RM 50 ke atas... boleh la ajak dia pergi ke bank, ajar dia masukkan duit dalam account simpanan. Suruh dia yang ambil borang, tulis nama dia dan nombor account dia. (macam saya, saya masukkan dalam account tabung haji dia)...Biar dia ada feeling untuk menyimpan....otak dia dah diprogram, untuk menyimpan..... ✅ Jangan lihat dari segi figure?..sebab tujuan kita buat benda tu adalah untuk PEMBENTUKAN BEHAVIOR anak....so, kalau dari kecik dah biasa manage duit, in sha Allah dah besar nanti dia boleh manage lebih baik. Akhir sekali, kalau kita nak bantu generasi akan datang pintar kewangan dan tidak terjebak dengan masalah kewangan, kita kena didik anak2 kita yang kat sekolah rendah sekarang. Meluntur Buluh Biar Dari Rebung.... Saya akan kongsikan untuk posting akan datang bagaimana saya train anak saya pulak. Nota : Ada sesiapa yang nak tahu cara nak tambah income part time RM 1,000 hingga RM 2,000 sebulan? Click kat sini. https://bit.ly/2Smfqknhttps://bit.ly/2Smfqknhttps://bit.ly/2Smfqkn Sekian, Aziz Riadi Shariah RFP Senior Agency Manager Muqmeen Group. Follow FB page saya Abd Aziz Riadi dan Subscribe Youtube Channel saya di https://www.youtube.com/user/azizr3130 #financialplanning #financialintelligence #financialmanagement

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) AGENT BARU

$
0
0
Soal Jawab AAR


Saya ingin kongsikan kepada anda semua beberapa soalan yang biasa ditanya oleh agent baru kepada saya bila mereka mula-mula join sebagai agent yang berdaftar.


1. Ke mana duit yang pergi kalau kata seseorang tu ditakdirkan kanser selepas 8 bulan mencarum takaful?
Duit caruman yang dibayar oleh client akan dimasukkan dalam beberapa tabung. Iaitu ISA (Individual Special Account), PUA (Protection Unit Account) dan IUA (Investment Unit Account) mengikut peratusan tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

ISA - Account untuk pencarum dan jumlah terkumpul dalam account ini hanya boleh diperoleh apabila sijil matang atau client surrender sijil

PUA - Account ini adalah tabung perlindungan yang mana semua pencarum dalam satu syarikat akan mencarum dalam account ini dan sesiapa perserta yang ditimpa musibah kematian, lumpuh, kemalangan, sakit kritikal dan juga memerlukan kos rawatan akan munggunakan duit daripada tabung ini.

IUA - Account ini adalah account di mana duit caruman client dilaburkan di saham amanah dana takaful yang telah dipersetujui oleh client semasa permohonan di buat. Client boleh membuat pengeluaran bila2 masa dalam account ini. Minimum pengeluaran adalah RM 500 setiap kali pengeluaran dan boleh keluarkan 100% dalam tabung ini.

Jadi, untuk soalan ini, sekiranya client disahkan kena kanser dan tuntutan diluluskan, duit dalam PUA akan diberikan mengikut pampasan yang layak.



2. Macam mana kalau orang yang kanser tu nak buat bayaran sedangkan dia tidak boleh bekerja..baru mencarum dalam tempoh 8 bulan sahaja

Untuk soalan ini, sebab tu, seseorang perlu ada takaful yang lengkap.

- Manfaat Asas : Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan

- Manfaat Sakit Kritikal - Pampasan sekiranya disahkan sakit kritikal (untuk kanser manfaat ini akan terpakai)
- Manfaat Kemalangan - Pampasan sekiranya ditimpa kemalangan
- Manfaat Perubatan dan Hospital - Kemudan mendapatkan rawatan di hospital swasta tanpa keluar duit sendiri dahulu.
- Manfaat Caruman Percuma - Bayaran selepas disahkan sakit kritikal (dalam kes ini adalah kanser dan caruman akan jadi percuma. Client tidak perlu bayar caruman yang seterusnya. Akan tetapi kalau client tak ambil manfaat ini, beliau terpaksa kena bayar lagi caruman seterusnya, kalau tidak sijil akan luput (lapsed) atau dalam bahasa mudahnya adalah "TAK COVER"


3) Kalau anak autism boleh tak nak buatkan takaful
Berdasarkan pengalaman saya, untuk case autism, pihak takaful setakat ini tidak dapat menawarkan sebarang perlindungan disebabkan oleh penyakit sedia ada.


4) Macam mana kalau anak tu dah carum awal2 sblm tahu dia autism? 

Penyakit autism adalah penyakit sejak lahir atau dinamakan sebagai congenital. Apa-apa penyakit yang berlaku sebelum ambil takaful secara umumnya memang tak cover. Tapi kalau semasa ambil sign up takaful tu ibubapa kepada anak tu tak tau yang anak mereka ada autism, dan mereka mencarum dalam takaful, apabila anak semakin besar, baru tahu ada tanda-tanda autism, apa yang agent dan client perlu buat adalah, memaklumkan kepada syarikat takaful dan syarikat. takaful ada procedure untuk case-case sebegini. Apa keputusan akhir syarikat sama ada boleh meneruskan sijil atau tidak, ia bergantung kepada undewriter (pihak yang buat penilaian) syarikat takaful tersebut.


5) Anak diserang sawan sblm mencarum takaful, kes dia boleh dipertimbangkan ke?

Boleh dipertimbangkan. Pemohon perlu sertakan semua report yang diperlukan oleh syarikat takaful. Dan akhir sekali, pihak syarikat akan memberikan keputusan sama ada permohonan diluluskan tanpa sebarang syarat tambahan, atau ada syarat tambahan, atau ditolak, atau ditangguhkan.


6) Keguguran ada cover ke?
Keguguran bergantung kepada umur janin. Kalau kurang dari 20 minggu, tiada dapat pampasan. Kalau lepas 20 minggu baru ada pampasan kematian janin iaitu RM 2,000. Tapi client perlu ambil plan takaful untuk pre-natal. Dan tidak semua plan ada menawarkan coverarage untuk wanita mengandung. Plan yang ada menawarkan coverage untuk ibu mengandung adalah PRUBSN IMPIAN.


7) Kalau masalah kandungan macam mana % perlindungan?
Plan perlindungan biasa yang tiada manfaat komplikasi kehamilan, memang tiada sebarang pampasan. Plan yang ada pampasan disebabkan oleh komplikasi kehamilan adalah

- Health Protector di bawah Plan PruBSN Asaslink. Plan ini akan berikan pampasan komplikasi kehamilan sehingga RM 5,000.

- Medic Protector di bawah Plan Anugerah Plus. Untuk manfaat pelan perubatan  Plan 300 dan Plan 400. Coverage medical untuk komplikasi kehamilan adalah RM 6,000 setahun dan RM 10,000 setahun masing2. Untuk maklumat lanjut mengenai plan ini, boleh click di link ini http://infoplantakaful.wasap.my


8) Kalau ditimpa kemalangan dalam tempoh waiting period, macam mana?

Untuk perlindungan kemalangan, tiada tempoh menunggu atau waiting period. Jadi, once sijil dah lulus sahaja, coverage akan terus bermula. Sama ada untuk pampasan kematian, pampasan kecacatan kekal disebabkan oleh kemalangan atau pun perubatan.


9) Andai kata berlaku sesuatu dalam waiting period, apa pertolongan awal yg kita boleh suggest?
Berlaku sesuatu tergantung kepada apa yang berlaku. Kalau kemalangan, kita boleh nasihatkan untuk dapatkan rawatan segera. Kalau minor injury, tak perlu warded, boleh dapatkan di mana-mana klinik dan kalau perlu masuk ward, nasihat untuk masuk ward di mana-mana hospital panel PruBSN Takaful.

Sekiranya yang berlaku adalah penyakit, dan kita sendiri tak tahu bila ia mula berlaku, kita sebagai agent boleh menasihatkan client untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan terlebih dahulu. Selepas waiting period baru dapatkan rawatan di hospital swasta. Tapi, kena tanya bila symptom mula terjadi. Sebab ada banyak kes, nak dapatkan rawatan selepas waiting period, tapi symptom terjadi sebelum ambil plan takaful...lepas tu nak claim...kalau benda nie berlaku, sure kena investigate dan tak boleh nak claim terus.



10) Kenapa ada waiting period?

Waiting period ni adalah salah satu mekanisma untuk risk management. Kalau takde waiting period, bayangkan, orang baru bayar sebulan, bulan depannya, terus nak claim sakit kanser dan pampasan RM 50,000 dan kos rawatan pulak RM 100,000, jadi, macam mana company takaful nak ada duit untuk buat bayaran. Client baru je bayar sebulan.

Selain itu, untuk mengelakkan sebarang penipuan (fraud)..dah sakit sign up takaful, lepas tu, dah cover terus buat rawatan dan lepas buat rawatan, tak nak sambung bayar pulak. Macam mana company nak sustained?



BERSAMBUNG....



Untuk sebarang persoalan, boleh hubungi saya terus denan click link di bawah http://infoplantakaful.wasap.my atau call saya di 019-3232121.

Sekiranya berminat ingin menjadi agent, boleh click di link http://jomextraincome.wasap.my


Terima kasih


Aziz Riadi
Follow saya di FB http://www.fb.com/abdazizriadi 
Subscribe channel youtube di https://www.youtube.com/user/azizr3130


#financialplanning #rumahsewa #pelaburanhartanah #financialprotection #medicalcard #prubsn #prubsntakaful #parttimeincome #ejentakaful #familytakaful #medicalcardfamily #retirementplan #hibah #estateplanning #businessprotection #kitajagamalaysia #asb #asbfinancing #financialplanner

5 KATEGORI INDIVIDU BINA ASET

$
0
0


5 KATEGORI ORANG BINA ASET

Pengalaman saya bina asset dan bercampur dengan ramai orang yang bina asset, saya boleh kategorikan kepada beberapa bahagian. 

Buat masa nie, saya nampak ada 5 kategori.

1- AGRESIF
2- MODERATE
3- SLOW
4- STATUS QUO (IGNORANCE)
5- NEGATIVE

1- AGRESIF

Individu jenis nie, dia nak untuk banyak dan cepat. So, kira jenis high risk taker untuk dapatkan maximum return. Kalau ada risiko rugi pun tak pe, sebab diorang jenis yang memang dah allocate modal untuk rugi...mentally memang dah ready.

Bila sembang dengan orang jenis macam nie, memang dia akan nampak dominant dan kalau boleh semua jenis asset accumulation technique dia nak explore dan dia jadi expert. Ada yang jenis sembang melangit dan memang power. Ada yang jenis sembang melangit, tapi isi kosong. Ada yang cool tapi, isi padat....

2- MODERATE

Yang jenis nie, lebih kepada nak optimumkan return, dengan minimumkan cost. Kos nak rendah, tapi kalau boleh dengan kos yang dikeluarkan tu berbaloi untuk. dapatkan return. 

Orang jenis nie, kalau boleh dia punya pokok pelaburan tu tak nak berusik...kalau rugi pun, sikit je dia boleh accept. Sangat berhati-hati dalam buat keputusan. Banyak survey dan jaga resources supaya jangan lost.

3- SLOW

Yang nie, jenis yang nak ada return, tapi tak kisah sangat kalau return tu sikit dan tak kisah kalau tunggu lama. Dan orang jenis macam nie, dia ok dengan hidup serba sederhana...dan malas nak stress nak kejar financial target atau sebagainya. Kalau ada peluang dia untuk buat untuk cepat pun, dia prefer untuk pilih cara yang paling selamat, dan langsung tak nak rugi / ada pengurangan dari segi modal dia.

4- STATUS QUO (IGNORANCE)


Orang jenis nie, dia buat tak tahu je. Dia hidup follow the flow. Ikut je la apa yang ada. Prefer untuk berada pada tahap yang sama sebab malas nak fikir lebih-lebih atau nak stress lebih-lebih. 

Orang macam ni pada saya agak bahaya sikit sebab dia rasa dia ok dengan tidak berbuat apa-apa perubahan dalam hidup dia. Tapi hakikatnya, semua benda berubah dan bergerak, so, kalau dia remain stand still, yang lain-lain bergerak ke depan, eventually dia akan tertinggal kat belakang.

Saya kalau sembang-sembang dengan orang macam nie, bila nampak dia macam tak minat nak ubah hidup dia dan prefer hidup pada tahap yang sama je, saya respect. decision dia, dan saya prefer untuk sembang dengan orang lain.

5- NEGATIVE

Yang nie, jenis kalau kita sembang2 pasal nak bina asset. je, dia punya membangkang itu susah, ini tak boleh, itu payah, ini mahal, itu bahaya, ini penat dan 1001 macam alasan.

Orang macam ni, kalau saya jumpa, saya akan sembang-sembang dengan dia dan sepanjang saya sembang, tu setiap kali dia bagi alasan saya akan kira...dan lagi dia bagi alasan banyak, lagi saya kira...dan biasanya bila nak minta diri, saya akan bagi dia summary..

"Bang, sepanjang aku sembang dengan kou dan cerita pasal asset accumulation ni...tak kurang < jumlah alasan> alasan kou. So, takpe lah, hidup kou, kou decide sebab apa?..Sebab hidup kou, anak bini kou tetap tanggungjawab kou selagi kou hidup. Kita jumpa lain kali ya.." Saya akan minta diri...

So, semoga anda tahu anda ni jenis yang macam mana. 

Tapi sebelum tu, dalam kita bina asset ni, jangan lupa, kita kena juga LINDUNG ASET ni....iaitu kena fikirkan protection planning dia.

Macam bawak kereta F1, lagi laju kereta tu boleh pergi, lagi tinggi protection dia kena ada, dengan helmet, driving suite, itu tak masuk lagi kereta punya safety system....canggih dan perlukan kos yang lebih tinggi. 

Maksudnya, lagi agressif seseorang itu bina aset, lagi tinggi dia perlukan perlindungan kewangan untuk protect asset dia.

Boleh faham ke?..mudah-mudahan posting ini boleh bagi manfaat kepada anda semua.

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai financial protection, boleh click 

http://infotakafulplan.wasap.my
http://infotakafulplan.wasap.my
http://infotakafulplan.wasap.my

FREE CONSULTATION, NOT OBLIGATION.

Aziz Riadi
Shariah RFP
www.azizriadi.com
Senior Agency Manager

Muqmeen Group.


NON-DISCLOSURE DAN UNCONTESTABLE PERIOD..WAJIB TAHU.

$
0
0
Screen Shot 2020-06-25 at 9.29.19 AM

Bila sebut pasal 2 benda nie, ramai yang terlepas pandang. Khususnya agent-agent baru. 

Secara umumnya memang Uncontestable Period nie adalah policy selepas 2 tahun. Tapi, kena ingat….BUKAN CONFIRM lepas 2 tahun memang SURE tak kena investigate. Kalau ada potential NON-DISCLOSURE, tetap kena investigate.

Contoh. yang biasa GL declined then kena investigate.

Policy selepas 2 tahun or tak kisah la lepas berapa tahun sekali pun, kalau ada potential non-disclosure, tetap akan kena investigate. Potential non-disclosure nie ada banyak sebab.


  • Mungkin symptom tu sendiri menunjukkan memang dah berlaku lama (tapi untuk case yang nie biasanya policy yang bawah 2 tahun)


  • Mungkin symptom tersebut adalah congenital case (semenjak dari lahir) Doktor yang akan mengesahkan benda nie. Yang ni tak kira sama ada bawah 2 tahun atau lebih dari 2 tahun. Saya pernah handle satu case, declined claim disebabkan oleh congenital case (heart valve) policy dah lebih 5 tahun.


  • Yang nie yang biasa terjadi, dan biasanya kalau benda nie berlaku, agent yang akan dipersalahkan dan kalau diviralkan pun, benda ni tidak diceritakan. Iaitu “pengakuan client” mengenai penyakit yang ada sebelum dia ambil takaful.


Contoh….masa nak sign up, agent tanya pasal medical history, client kata semua takde masalah kesihatan. So, semua tanya NO. Then lepas beberapa tahun, tak kisah berapa tahun pun, contoh dah 5 tahun…kalau ikutkan dah lepas contestable period kan?…masa tu perlukan rawatan yang melibatkan OPERATION.

So, SOP sebelum nak buat operation, Doktor akan tanya details pasal history sakit.

Then, masa tu laa client bagi tahu semua…Sebab apa? Sebab takut kalau tak bagitau nanti Doktor salah bagi treatment. 

Sebagai contoh, nak operation, kalau ada darah tinggi, atau sakit jantung, atau high kolestrol, semua kena declare. Makan ubat jenis apa, especially kalau ada makan ubah darah tinggi sebab boleh menyebabkan komplikasi jantung semasa pembedahan, atau makan ubat cari darah, yang mana boleh menyebabkan darah tak berhenti mengalir kalau ada luka…

So, bila Doktor tanya macam tu, keluar la semua kisah-kisah lama, sakit-sakit lama……Masa tu, kalau korang punya policy. dah 10 tahun pun, SURE….SURE…..SURE…GL declined dan kena investigate. KECUALI claim assessor tu over look atau tak perasan.

Tapi, jarang sangat tak perasan, sebab soalan part health history nie, akan jadi satu soalan yang pasti claim assessor akan check, dan apatah lagi kalau dalam record proposal takde history declaration.

Memang kena investigate dan kalau didapati betul berkaitan dengan penyakit sedia ada, tak dapat claim langsung, dan sesilap POLICY VOID. 

So, sahabat2 agent dan clients dan juga prospect2 yang nak sign up tu. Just declare semua you health history.

Prinsip saya jadi agent selama 17 tahun. 

BIAR SUSAH NAK APPLY, JANGAN SUSAH NAK CLAIM.

Kalau ada seiapa yang ingin dapatkan khidmat nasihat kewangan, boleh click sini http://financialcoach.wasap.my

Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Prudential BSN Takaful

#financialplanning #rumahsewa #pelaburanhartanah #financialprotection #medicalcard #prubsn #prubsntakaful #parttimeincome #ejentakaful #familytakaful #medicalcardfamily #retirementplan #hibah #estateplanning #businessprotection #kitajagamalaysia #asb #asbfinancing #financialplanner #saynotoscammer #bijakwang #bijakuruswang

BOLEH HIDUP KE JADI AGENT INSURANCE? MACAM TAKDE MASA DEPAN JE

$
0
0
Screen Shot 2020-06-25 at 10.36.11 PM

Tahun 2003, saya mulakan kerjaya baru sebagai agent insurance di Prudential.

Masa tu memula buat part time. Sebab fikir nak tambah income. Kerja di TM Berhad ketika itu, income sebagai assistant manager RM 2,300 gross. Take home selepas deduct EPF dan Socso dalam RM 2,060.

Hidup di KL, lepas tu jadi harapan mak ayah untuk bantu family, dengan gaji RM 2K, memang pening nak adjust duit.

Jadi, kebetulan, ada peluang bila Pakcik saya, Hj Sahrom Salikin tumpang rumah sewa saya nak pergi kelas insurance di Taman Sea PJ, dia dari JB, belajar nak buat insurance kat Lembah Klang. Introducer Hj Sahrom Salikin, adalah Hj Othman Bin Shaharum. Hj Othman pulak dibawa oleh Hj Mohd Fazli Mohd Noor. Masa tu under agency LTH, iaitu under Hj Firdaus Lau Ting Hee.

Hj Sahrom ni, attend kelas dari JB ke PJ waktu weekend. So, dia naik bas dari JB Jumaat petang dan turun stesen bas Pudu Raya. Then saya akan pickup dia jumaat malam sabtu, dia tumpang tidur rumah saya di Kampung Baru. Sebab kebetulan kat situ ada Putra LRT sampai ke Taman Bahagia, then training office Prudential Taman Sea.

Almost 3-4 weekend dia berulang alik JB-KL. Bila dia habis kelas, malam minggu lepak dengan saya, then dia mula terangkan kat saya pasal insurance. Masa tu memang focus kepada medical card dan disebabkan saya pun memang positive dengan medical card ni. Antara saya pilih kerja dengan HeiTech Padu Berhad dan TM Berhad adalah benefit medical dia. Jadi, bila Hj Sahrom cerita pasal medical card dan rawatan di hospital swasta, saya agree untuk sign up.

Tapi, lepas je sign up, saya tanya dia.

"Yom, berapa kou dapat commission untuk satu client ni?"

Masa tu saya bayar RM 150 sebulan.

"RM 30.00", jawab dia ringkas sambil isi application form saya. Masa tu dekat kedai makan kat Kampung Baru.

Saya tanya lagi, "Kalau dapat 10 clients? RM 300, betul?"

"Ha ah", dia balas pendek.

Saya tanya soalan panjang sikit dengan bagi dia senario.

"Ok Yom, kalau katakan bukan ni aku dapat 10 orang, then bulan depan, aku dpt lagi 10 orang, berapa aku dapat commission bulan ke dua?"

"RM 600", jawab dia lagi. Memang pendek2 je dia jawab. Sebab sambil2 dia isi form.

Saya mula tertanya-tanya. " Ehh kenapa RM 600 pulak?"

Kali ni dia jawab panjang sikit.

"Biasa orang ambil insurance ni bayar lama ke sekejap?". Dia tanya saya pulak. Now saya jawab pendek2 pulak.

"Lama".

"Agent dapat payment selama 6 tahun." Dia sambung.

Saya agak terkejut bila dengar commission 6 tahun. Terus saya congak...

"Eh bang, kalau 10 bulan aku consistent buat 10 orang sebulan, commission aku RM 3,000 sebulan?"
Saya tanya penuh excited.

"Ya laa.." dia pun jawab dengan penuh excited.

Kat situ saya trigger something. 10 bulan boleh naik RM 3,000. Kerja dari mula grad sampai 4 tahun, baru income 2,300. Itu pun kena lompat company...

"Yom, kou ajar aku macam mana nak buat benda alah ni". Saya minta dia ajak saya buat insurance.

Then dia pun bawak saya jumpa dgn Hj Othman Shaharum, tapi masa tu saya dikenalkan dengan Hj Fazli, ada event BOP kat Bukit Kiara.

Bermula la kerjaya saya sebagai agent lepas tu.

Cabaran? Banyakkkk. Reward? Lagi banyakkk.

Cuma ada kata2 yang buatkan saya lagi nak buat sungguh2 dalam bidang ni.

Kata2 dari beberapa kenalan yang sceptical dengan insurance.

"Boleh hidup ke jadi agent insurance ni?"

Sebab apa dia cakap macam tu, sebab dia nampak ada kawan2 dia jadi agent half way, last2 stop. Dan saya nak buktikan bahawa saya adalah saya..

Alhamdulillah, 17 tahun dalam industri dengan syarikat yang sama. Dah bertukar-tukar CEO, CAO,COO,CMO, CTO, CFO, saya tetap di syarikat yang sama. Alhamdillah, rezeki saya dan keluarga di sini...

Terbukti, bukan setakat saya cukup makan, malah, saya mampu gajikan staff seramai 10 orang di branch saya sahaja. Dengan total 300 agent active. Belum lagi partner2 saya yang lain dari branch yang lain dalam Muqmeen Group. Belum lagi yang under Al Isra', under LTH Group lagi...

Kalau dikirakan dari segi total Production under Hj Firdaus Lau Ting Hee dan team dia since saya join rasanya lebih 300 Million ke 350 Million annual contribution setahun.

Saya sangat bersyukur pada Allah, terima kasih kepada Arwah mak ayah, adik beradik, isteri Noorazilla Nordin dan tak lupa semua client2 saya yang saya sayangi.

Tak lupa, terima kasih kepada orang yang kata "Business Insurance ni takde masa depan". Sebab kata2 itu yang buat saya terus bersemangat..sampai ke saat ini.

Oklah...terpanjang pulak.

Ada banyak lagi nak share kisah perjalanan 17 tahun saya. Tapi saya rasa saya bukan hanya nak share kisah saya, tapi jugak kisah2 legend industri insurance dan takaful Bumiputera...saya harap posting saya ini dapat jadi sebagai salah satu sumber catatan sejarah bagaimana industri insurance bumiputera berkembang...

Ada ke yang nak baca kisah sambungan posting ni...?

Ini saya tak cerita lagi kisah Hj Solehan Salikin, Kisah Hj Rosli Mamat, Adie Mudzaffar, Shukor Idris yang sama2 dalam medan perjuangan blue ocean strategy tahun semenjak 2005 sampai skrg...

Ok, stop dulu...nanti ada masa saya sambung lagi.

Kalau ada sesiapa pembaca blog saya ni yang berminat nak join sebagai agent untuk tambah income. Boleh click link ni..

http://jomextraincome.wasap.my
http://jomextraincome.wasap.my
http://jomextraincome.wasap.my

Tiada pengalaman tidak menjadi masalah sebab kami akan train anda sampai anda pandai.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
www.muqmeen.com.my
www.azizriadi.com

[ RESIDUAL vs PASSIVE INCOME PART 1

$
0
0


Saya mula faham pasal istilah ni bila saya baca buku Robert T. Kiyosaki - Rich Dad, Poor Dad.

Semenjak dari saat tu, minda dan pemahaman saya pasal passive income atau residual income ni semakin berkembang. (Tengok gambar, saya share sikit, antara transaksi duit sewa masuk hasil dari passive income)


Bila dah tahu ilmu secara teori, saya pun mula praktikkan.


Sebelum saya nak share, saya nak anda faham dulu apa itu Residual Income atau Passive Income. Kalau tengok dari segi makna kalau kita cari kat google, basically maksud residual dan passive income nie lebih kurang sama je..


Bahasa mudah, kita dapat income yang berterusan hasil dari pelaburan jangka panjang kita macam dividen dalam saham, sewa dari pelaburan hartanah, royalti dan yang berkaitan. Jadi, kita tak perlu nak kerja kuat untuk dapatkan income dari sumber2 pelaburan kita tersebut.

Tapi....haaa....ada tapi dia....tak de le tetiba terus kita dapat residual atau passive income tu. Kena la buat sesuatu dulu.


Jadi, kat sini, saya nak kongsikan apa yang saya buat untuk dapatkan passive income beberapa belas tahun yang lalu.


Ia bermula dari pemahaman saya bahawa satu hari nanti saya akan bersara....bersara maksudnya dah tak bekerja....Tapi ,masa tu, adakah kita tak perlukan duit untuk kita bayar duit belanja harian?...sudah tentu ada dan sudah tentu perlukan duit.

Bermula dari situ lah kesedaran saya mengenai idea passive income nie...sampai la sekarang nie.


Apa yang saya buat.


Saya mula cari ilmu, apa sumber2 yang saya boleh gunakan untuk dapatkan passive income pada masa akan datang..Masa tu tahun 2000, saya banyak belajar melalui BLOG dan juga forum2.


Selepas saya dah belajar dan saya faham apa platform yang ada, saya pun ambil keputusan untuk buat pilihan platform iaitu saya pilih ASB dan juga property. Tapi, bila dilihat, cabaran saya masa tu adalah LEBIHAN INCOME....jadi saya dapat kumpul sikit kat ASB sahaja.


Saya tak lemah semangat. Sebaliknya saya, cari lagi jalan untuk tambah income. Memula nak kerja part time kat restoran fast food, tapi tak jadi sebab kerja full time saya masa tu memerlukan saya untuk standby bila lepas waktu bekerja. Jadi, kekadang ada problem kalau kat office, saya kena settlekan. Tak boleh la nak kerja part time jenis yang memang fixed masa..


Akhirnya saya jumpa satu peluang tambah income, dalam bidang insurance, then saya terus buat, dan Alhamdulillah...lepas beberapa bulan saya join, ada hasil tambahan income. Kat situ, saya mula nampak sinar harapan...saya teruskan sampai la saya full time sebagai agent insurance dengan income bulanan permulaan RM 1,200.


Aikkk....RM 1,200 boleh berhenti full time?..


Ya, betul, RM 1,200 saya berhenti dari kerja Syarikat TM Berhad dan join Prudential pada tahun 2004 secara full time.


Kenapa saya pilih untuk buat FULL TIME?..sebab simple calculation..


Saya mula kerja pada tahun 2000 (selepas graduate dalam bidang IT dari UTM Skudai) dengan gaji RM 1,800 sebagai fresh graduate. Lepas 3 tahun, saya jump ke company TM Berhad dengan gaji RM 2,300 sebulan. 2003, saya kenal business insurance, dan dalam masa 4 bulan saya mula dapat agent code, income saya RM 1,200 sebulan...maksudnya sebulan dalam RM 300 increment saya. Setahun saya ada chance dapat income RM 3,600...lebih banyak dari kerja makan gaji.


Saya nie, percaya dengan kiraan yang saya buat...bila saya kira 4 bulan RM 1,200 sebagai part time, kalau full time saya kira2 boleh dapat naik RM 500 sebulan. Sebab tu saya join full time.

Ok, baik...kita sambung balik kisah Passive Income tadi...


1 tahun pertama saya jadi agent insurance full time, Saya mulakan projek Passive Income saya dengan simpan duit kat ASB. Masuk tahun kedua, saya belajar macam mana kembangkan duit dalam ASB dengan lebih cepat gunakan teknik OD-ASBF. Teknik dah dah tak boleh dah sekarang nie...


Apa yang saya buat masa tu, duit saya dalam account ASB saya pindahkan ke account ASW. So, account ASB '0'. Duit dalam ASW tu saya jadikan sijil dan saya pledge kan dengan account Over Draft. Lepas tu, saya apply ASB Financing sebanyak RM 200,000....duit bulan2 bayar ASB Financing tu, saya gunakan duit OD...rolling....dan dividen dalam ASB yang RM 200K tu saya tak keluarkan langsung. Saya buat teknik compounding...


Pada masa yang sama, saya terus buat business insurance dan takaful, dan tambah income...Saya tambah lagi simpanan dalam account ASW dan saya pun ajar wife saya buat benda yang sama macam saya.


Dalam masa 3-4 tahun, duit dividen ASB tu dah cecah 30K lebih, saya keluarkan duit dividen untuk buat downpayment rumah untuk investment. Bermula dengan 1 biji, saya tambah setiap tahun 1-2 biji. Alhamdulilah, sedikit demi sedikit, hartanah untuk pelaburan saya bertambah...dan saya mula sewakan.

Bila saya start sewakan, duit sewa saya rolling sebagai income, saya declare income tax semua, dan saya beli lagi unit hartanah, dan ulang-ulang dengan duit dividen ASB tadi.


Sebagai kesimpulan untuk part 1....

1- Saya usaha tambah income
2- Saya mula simpan dalam ASB guna ASB Financing
3- Rolling dividen ASB untuk beli property dan sewakan.
3- Rolling lagi duit dividen ASB dan simpan duit sewa rumah sebagai proof of income dan declare tax, untuk tambah property lagi. Sebab bank nak tengok income statement kita ok, baru senang nak dapat. loan.


Ok, itu sahaja dulu saya nak share, ada sambungan lagi...

Saya nak share,

- Bagaimana nak buat bank suka untuk bagi loan kat kita.

- Bagaimana nak prepare document untuk bank senang approvekan loan kita.

- Bagaimana nak disiplinkan diri untuk consistent simpan dengan latih minda kita untuk amalkan DELAY GRATITUDE.


Kepada anda yang nak belajar lebih details macam mana uruskan kewangan, boleh join private group FB di link berikut :

https://www.facebook.com/groups/AARFreeCoaching/


Stay tune untuk part 2.


Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
www.azizriadi.com


BOLEH KE KITA DAPAT APA YANG KITA NAK?

$
0
0




Saya selalu ditanya dengan soalan macam nie...

Jawapan saya :

Boleh dan tak boleh.

Boleh, kalau Allah Izin, tak boleh kalau Allah tak Izin.

Cuma rahsianya salah....kita tahu ke Allah izin ke tidak sedangkan kita belum berusaha?

Apa2 pun back to basic, apa purpose kita nak buat atau nak dapatkan sesuatu.

Adakah kita nak buat sesuatu sebab kita ikut2 orang? Atau kita buat sesuatu untuk dapat sesuatu tu ada reason kita sendiri?

Semua bergantung kepada diri sendiri. Mungkin...


1- Ada yang buat sebab dia terpaksa buat, sebab itu je pilihan yang ada setakat tu, maybe untuk. survive.


2-Ada yang buat sebab dia terinspirasi nak buat selepas melihat orang sekeliling dia buat dan dia tahu kenapa dia buat.


3- Ada yang buat sebab trend. Semua orang buat, dia pun nak buat jugak sebab FOMO (fear of missing out)...takut ketinggalan sebab ramai yang buat dan merasakan orang yang dah buat tu rasa lebih best dan seronok...


4- Ada yang buat sebab memenuhi impian orang lain...especially orang yang sangat disayangi.


5- Ada yang buat sebab dia nak tunjukkan kepada orang yang dulu maybe rendah-rendahkan dia....so, kira nak balas dendam bagi puas hati sebab dulu kena kutuk dan sekarang dan berjaya nak tunjuk balik pada orang yang kutuk tu.


5- Ada yang buat sebab ada yang influence (sesungguhnya RACUN itu BENAR)....lebih kurang kena racun. Memula tak nak buat, tapi sebab hari2 kena basuh...lama2 terpengaruh.


Tak kisah la anda buat sesuatu untuk capai sesuatu tu sebab apa. Kalau nak buat, buat sungguh2 sampai jadi. Jangan biasakan buat sesuatu separuh jalan. Takut ia jadi habit atau tabiat. Jenis, kalau buat sesuatu je memang jenis tak habis. Halfway terus dah takde spark...then stop, buat benda lain pulak...then masih sama lagi macam tu jugak....

Antara ciri-ciri orang berjaya dalam hidup, apa yang saya belajar dan saya amalkan selepas saya belajar...


"KALAU BUAT SESUATU, BUAT SAMPAI SELESAI, BUKAN HANYA SEPARUH JALAN".


Ok...itu je perkongsian saya pagi nie. Semoga dapat beri sedikit input pada semua. Kalau sudi, share kepada rakan2 yang anda nak lihat mereka berjaya.


Kepada anda yang ingin belajar manage business dan juga kewangan, boleh join FB Group Private saya di


https://www.facebook.com/groups/AARFreeCoaching/


Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
www.azizriadi.com

NASIHAT USTAZ PAKAR PENGURUSAN HARTA PUSAKA BERKENAAN KES ARWAH ABAM

$
0
0

Semenjak dua menjak nie, banyak posting di social media berkenaan dengan kisah waris-wars Arwah Abam Bocey. 

Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bulan Feb 2020, dan pada tarikh artikel ini ditulis, masih banyak lagi posting berkenaan kisah waris Arwah.

Tapi, apa yang menjadi tambahan daripada kisah mereka, netizen memberikan pelbagai komen dan feedback. Tak kurang yang kecam, yang puji, yang comment benda2 yang negative dan juga positive. 

Ada yang dah macam orang alim dalam bidang pengurusan harta pusaka, sedangkan apa yang dikomen tu terang2 memang bukan berdasarkan sumber ilmu yang benar. Kebanyakkannya ikut apa yang dilalui oleh orang2 yang komen tu.

Saya nak kongsikan sikit, posting  dari salah sorang Pendakwah yang sangat active memberikan khidmat nasihat berkenaan harta pusaka. Iaitu Ustaz 
MOHD KHUSAIRI BIN SALEH, yang menggelarkan diri beliau sebagai Dai'e Ilmu Faraidh.

Baca sampai habis perkongsian beliau. Semoga kita semua mendapat ilmu dan ibrah dari apa yang dikongsikan.



𝙉𝘼𝙎𝙄𝙃𝘼𝙏 𝘼𝙈𝘽𝙀 𝘽𝙐𝘼𝙏 𝙒𝘼𝙍𝙄𝙎-𝙒𝘼𝙍𝙄𝙎 𝘼𝘽𝘼𝙈...

Ambe takdok sebarang kepentingan apa2 dlm isu pusaka arwah Abam. Apatah lagi untuk ambe menghasilkan income dengan menangguk di air keruh.

Cuma atas rasa tanggungjawab, kerana ramai sangat yang bertanyakan ambe ustaz kampung koman spanar ini. Apatah lagi bila ramai yang share kpd ambe komen2 netizen yang sebahagian besarnya berlagak seperti alim dan tau segala2nya. Ulasan2 yang mengundang berbagai dosa berlapis dan berganda.

Allah Taala berfirman di akhir Surah Al Nisa' ayat 11:

اٰبَآؤُكُمۡ وَاَبۡنَآؤُكُمۡ ۚ لَا تَدۡرُوۡنَ اَيُّهُمۡ اَقۡرَبُ لَـكُمۡ نَفۡعًا​ ؕ فَرِيۡضَةً مِّنَ اللّٰهِ ​ؕ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ عَلِيۡمًا حَكِيۡمًا‏ ﴿4:11﴾

Maksudnya: lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu) ialah ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Berdasarkan kepada pengalaman ambe mengendalikan ratusan kes pusaka, boleh dikatakan kebanyakan waris tidak memahami konsep agihan yang sebenarnya. Mereka boleh mengakui bahawa mereka tau hak faraidh mereka, tapi bila sampai kepada agihan harta, ianya tidak menatijahkan (pinjam kalimah menteri agama) hasil yang terbaik.

Harta peninggalan simati ada macam2 bentuk. Tidak semua harta itu boleh dibahagi dengan mudah mengikut pecahan faraidh. Apatah lagi jika itu terlibat dengan hutang. Arwah menanggung hutang2 tu, sedangkan waris2 sibuk nak memiliki harta.

Hukum Faraidh terbina atas dasar kasih sayang bukannya kekejaman dan penzaliman. Allah turunkan hukum tersebut demi membela hak2 waris yang dizalimi sekian lama zaman jahiliyyah. Janganlah kita kembali semula ke zaman itu. Maka permudahkan lah. Sebab itu dalam Faraidh adanya konsep Takharuj. Pahala pengorbanan ini sangat besar.

Yang berhak atas setiap harta peninggalan adalah waris. Waris Abam sangat simple iaitu ibu, isteri dan anak lelaki. Cuma ambe juga dimaklumkan bahawa ayah juga masih ada. Merekalah yang berhak duduk bersama berbincang. Pihak ketiga?

Jika kehadiranmu hanya mengeruhkan keadaan, menambah kekusutan, mencipta krisis demi krisis, maka kamu menjadi penyebab utama musibah menimpa waris simati. Ambe kata, "celaka kamu". Maaf, jika ambe kasar.

Pihak ketiga boleh wujud, jika dengan niat sebagai orang tengah, mendamaikan atas dasar ilmu, bukan menyebelahi mana2 pihak. Pihak ketiga yang membantu, meletakkan kepentingan atas nama agama, bukan atas nama upah dan wang ringgit. Wallahi, pengalaman ambe berurusan dengan waris sampai 3 jam, 4 jam, memerah otak memberi idea dengan upah minima dan kadang2 tanpa bayaran. Sapa sanggup buat kerja begini? Yang kita dengar ialah saman menyaman. Sapa yang untung sebenarnya?

Ambe taknak panjangkan, nantikan jadi membebel pulok.

Ambe nak nasihatkan isteri, ibu, ayah (jika berkenaan) termasuk Ali sebagai pihak yg berkepentingan bagi ibu dan ayah supaya kembali ke meja rundingan. Dapatkan khidmat pihak ketiga yang betul2 ikhlas. Buang sifat ego dan rasa lebih pada orang lain. Faraidh adalah hukum mutlak, tapi melaksanakan hukum itu memerlukan pemuafakatan yang sebaiknya. Nasihat buat pihak ketiga yang menangguk di air keruh jika ada, bertaubatlah. Ingatlah umur kita tak panjang mana, berbuat baiklah sesama saudara, jangan esok kita mati, malapetaka pusaka menimpa pula.

Akhir sekali, jika kamu sayang kepada arwah Abam, bantulah dia dengan selesaikan urusan pusaka dia. Dia orang baik, dia orang baik, maka kenapa waris2 tak boleh jadi orang baik membantu dia.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

USTAZ MOHD KHUSAIRI BIN SALEH, DIF

Daie Ilmu Faraidh

5 MANFAAT ASAS DALAM PELAN TAKAFUL

$
0
0

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sepanjang 17 tahun saya dalam bidang insurance dan takaful nie, bermula dari tahun 2003 hingga tahun 2020, masih ramai lagi yang saya jumpa, tak faham asas rider dalam plan takaful.

Jadi, saya nak kongsikan 5 manfaat (1 manfaat asas dan 4 manfaat tambahan atau dinamakan rider). In sha Allah saya akan gunakan bahasa yang sangat mudah untuk orang ramai faham.

1. MANFAAT ASAS

Manfaat asas ini akan merujuk kepada bayaran pampasan kepada waris atas kematian peserta  takaful atau bayaran pampasan kepada peserta  takaful sekiranya disahkan mengalami LUMPUH KEKAL KESELURUHAN (atau TPD - Total Permanent Disable).

Pampasan ini dibayar sekaligus berserta nilai tunai (cash value) atau pun simpanan yang ada pada tahun semasa kematian. 

Untuk pampasan Lumpuh Kekal Keseluruhan, cash value akan kekal dalam akaun takaful sehinggalah peserta takaful tersebut meninggal dunia.

Bila saya sebut pampasan. Maksudnya penerima manfaat sama ada peserta atau waris akan dapat bayaran dalam bentuk TUNAI atau WANG.


2. PAMPASAN SAKIT KRITIKAL

Pampasan sakit kritikal ini adalah satu bentuk bayaran tunai kepada peserta takaful sekiranya beliau disahkan mengidap salah satu dari senarai sakit kritikal.

Berdasarkan pengalaman saya, setiap syarikat takaful atau insurance ada pelbagai senarai yang berbeza. Pada permulaan saya join dulu pada tahun 2003, kebanyakkan syarikat menyenaraikan sebanyak 36 jenis penyakit kritikal. Ada juga yang menyenaraikan 42 jenis dan sekarang, ada yang menyenaraikan 43 jenis penyakit kritikal.

Sila rujuk quotation atau sijil takaful anda untuk menyemak berapa banyak jenis penyakit kritikal yang  dilindungi dalam sijil takaful anda.

Sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu dari penyakit kritikal yang disebutkan di atas. Syarikat akan bayar claim dalam bentuk tunai (atau bank in terus ke account peserta.)

Bayaran hanya dibuat untuk penyakit kali pertama sahaja. Iaitu, sebagai contoh peserta disahkan mengidap sakit jantung. Setelah dapat rawatan, tiba-tiba peserta disahkan mengidap cancer pulak. So, untuk sakit kanser tidak akan mendapat apa2 bayaran pampasan.

Bagaimana dengan kos rawatan untuk sakit kritikal tersebut?...Untuk kos rawatan, semuanya menggunakan manfaat  kad perubatan.

Ada juga plan tambahan seperti ini yang menawarkan pelbagai sakit kritikal, iaitu sekiranya client mengidap sakit kritikal lebih dari sekali, setiap kali kena penyakit tersebut akan dapat pampasan. Akan tetapi penyakit kritikal tersebut  perlulah berbeza dengan penyakit kritikal yang pertama. Manfaat ini dinamakan MULTIPLE CRISIS COVER. Namun, ramai yang prefer ambil untuk 1 penyakit sahaja. Antara sebabnya adalah kos sumbangan takaful tu lebih tinggi sedikit. 

Tidak semua pelan takaful ada manfaat yang cover untuk pelbagai (multiple) sakit kritikal nie. Dan biasanya pihak syarikat  takaful akan mengenakan bayaran tambahan sekiranya ada yang ingin mendapatkan manfaat pelbagai sakit kritikal.

Jadi secara kesimpulannya, pampasan sakit kritikal adalah satu manfaat tambahan yang membayar sejumlah wang pampasan sekiranya seseorang itu mengidap salah satu dari penyakit kritikal yang ditetapkan dan disenaraikan.

3. PAMPASAN KEMALANGAN  (MENINGGAL DUNIA, LUMPUH KEKAL, HILANG ANGGOTA, HILANG UPAYA ANGGOTA)

Pampasan kemalangan ini adalah, pihak syarikat akan membayar sejumlah wang kepada peserta yang meninggal dunia atau lumpuh disebabkan kemalangan.

Ada juga manfaat ini yang membayar pampasan disebabkan oleh kehilangan anggota atau kecacatan anggota disebabkan oleh kemalangan.

Bila sebut sahaja pasal kemalangan, tak semestinya jalan raya, asalkan ada unsur2 tak sengaja, nampak ada kesan kecederaan, ia dinamakan sebagai kemalangan.

Bagaimana dengan kos rawatan?..Kos rawatan akan dibayar melalui manfaat perubatan.


4. MANFAAT PERUBATAN (KAD PERUBATAN ATAU MEDICAL CARD)

Manfaat ini hanya akan membayar kos rawatan akibat penyakit atau  kecederaan sehingga masuk wad. Untuk rawatan pesakit luar, biasanya rawatan disebabkan kemalangan boleh dituntut (claim) walau pun tidak masuk wad.

Untuk manfaat ini, peserta tidak akan dapat pampasan wang daripada manfaat ini sekiranya beliau mendapatkan rawatan dan warded di hospital panel syarikat takaful. Sekiranya peserta mendapatkan rawatan di hospital 
 bukan  panel, jadi peserta yang mendapatkan rawatan mungkin kena bayar dulu. Kemudian baru claim semula ke syarikat takaful dan syarikat akan membayar balik jumlah yang dituntut mengikut terma dah syarat.

Biasanya komponen2 yang dalam manfaat ini yang  anda perlu tahu adalah..

1- Bilik Ward (berapa kadar bilik sehari)
2- ICU (berapa lama cover)
3- Berapa had Tahunan
4- Berapa had Seumur hidup
5- Ada elaun2 tambahan atau tidak.

Sila rujuk brochure atau maklumat mengenai medical card dalam jadual. 

 
5. NILAI TUNAI / PELABURAN

Nilai tunai atau pelaburan adalah sejumlah duit yang terkumpul dalam account takaful setelah ditolak semua caj Tabarru' dan juga wakalah fee.

Ada option yang mana cash value boleh dikeluarkan setelah cukup jumlah pengeluaran dan perlu memenuhi syarat-syarat pengeluaran.

Sekiranya anda ingin mendapatkan info mengenai coverage takaful boleh click link di http://infoplantakaful.wasap.my

Sekian.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group


Bagaimana nak register untuk CARUMAN SUKARELA KWSP?

$
0
0


Tahun 2019, ada pindaan dalam pengecualian cukai untuk Life Insurance dan juga Caruman KWSP. Kalau sebelum nie, pengecualian cukai untuk 2perkara di atas adalah seperti berikut.

- Insurans Hayat + KWSP : RM 6,000 setahun.
- Insurans Perubatan + Plan Pendidikan : RM 3,000 setahun.

Bila pindaan di buat, Jumlah pengecualian cukai untuk LIFE INSURANCE + CARUMAN KWSP = RM 7,000 TAPI....ia dipecahkan kepada 2 bahagian berasingan seperti berikut.


1- Insurans Hayat : RM 3,000 setahun
2- Caruman KWSP : RM 4,000 setahun
3- Insurans Hayat : RM 7,000 setahun untuk kakitangan kerajaan yang ambil skim pencen dan bukan mencarum ke KWSP.

Jadi, secara kesimpulannya, kalau dulu, sesiapa yang tidak mencarum dalam KWSP, beliau boleh maximumkan pengecualian cukai sebanyak RM 6,000 dengan mencarum dalam plan insurans hayat. Untuk sekarang nie, tak boleh lagi dah. Maximum untuk insurans hayat hanya RM 3,000 sahaja.

Untuk yang tak mencarum dalam KWSP macam mana nak dapatkan pengeculian cukai RM 4,000 tu?

Caranya mudah sahaja. Kita boleh mencarum sendiri secara sukarela.

Saya kongsikan pengalaman salah seorang agent saya iaitu Puan Nurul Hasanah (https://www.facebook.com/hasanah.nordin) membuat pendaftaran skim caruman sukarela di KWSP iaitu i-Saraan.

Boleh baca perkongsian beliau.


[ i-Saraan (Caruman Sukarela Insentif Persaraan KWSP) ]


Kalau korang bekerja sendiri , korang boleh mencarum secara sukarela dengan KWSP. 

Ada 2 jenis caruman sukarela.

1. Caruman Pilihan Sendiri. Boleh direct transfer daripada maybank2u atau beberapa online banking lain ke KWSP gunakan nombor ahli KWSP. Tak perlu daftar apa-apa. Tiada caruman minimum. Maximum setahun RM60,000. 

2. i-Saraan. Perlu mendaftar terlebih dahulu dengan KWSP. Tiada caruman minimum. Maximum setahun RM60,000. 

Kelebihan i-Saraan adalah, kerajaan akan bayar insentif 15% sehingga maksimum RM250 setahun. (Sehingga tahun 2022)
Hari ni saya buat pendaftaran untuk i-Saraan. 

Dalam tempoh PKPP ni, kita perlu buat appointment untuk sebarang urusan di kaunter KWSP. Appointment boleh dibuat secara online dilaman web KWSP: 
https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu

Kenapa saya buat caruman sukarela i-Saraan?
1. Mempelbagaikan sumber dana untuk hari persaraan saya. 
2. Boleh dapat pelepasan income tax sehingga RM4000 setahun
3. Dapat insentif kerajaan sebanyak 15% atau maximum RM250 

Kalau kita buat caruman melalui internet banking, pastikan kita pilih i-Saraan pada EPF Account Type. Kalau kita pilih Self Contribution, amount tersebut tak dikira untuk dapat insentif 15%. Rugilah kan? 

*Sila scroll page untuk lihat semua gambar yang berkaitan.

Maklumat lanjut tentang i-Saraan boleh baca disini 
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan

Urusan sangat pantas. Appointment pukul 930am. Saya datang sedikit awal. Masuk pukul 921am, pukul 929am selesai urusan. 


Semoga bermanfaat.


Nurul Hasanah
Agent Takaful layak buka i-Saraan

WORLDWIDE COVERAGE UNTUK MEDICAL CARD PRUBSN

$
0
0




Antara soalan yang biasa ditanya oleh client atau pun bakal client mengenai medical card PruBSN ini adalah berkenaan dengan coverage luar negara.

Soalan yang favourite.

1. Saya nak pindah ke luar negara dan menetap di sana selama setahun, adakah ia di cover di tempat yang saya pindah nanti?

2. Saya ada kerja outstation di luar negara selama 4 bulan, kalau saya sakit di luar negara, adakah saya akan boleh gunakan medical card PRUBSN nie?

3. Anak saya akan sambung belajar di luar negara. Macam mana dengan coverage medical card PruBSN yang dia ada sekarang  nie?

Ok...baik..

Saya akan kongsikan syarat-syarat untuk worldwide coverage medical card PRUBSN. Tidak kisah medical card version yang mana satu sekali pun.

1. WILAYAH GEOGRAFI (GEOGRAPHICAL TERRITORY)

Semua manfaat yang dilindungi seperti yang tertera dalam jadual coverage medical card adalah layak untuk mendapatkan coverage seluruh dunia 24 jam sehari berdasarkan bayaran balik (reimbursement basis). Iaitu client kena bayar dulu kos rawatan dan kemudian claim semula dengan PruBSN.

2. MENETAP DI LUAR NEGARA (OVERSEAS RESIDENCE)

Untuk client yang bercadang menetap diluar negara untuk tempoh masa yang lama, medical card PruBSN ini tidak akan cover atau bayar sebarang manfaat rawatan perubatan yang diterima oleh client di luar Malaysia sekiranya client tinggal atau travel lebih dari 90 hari berturut-turut. Ada juga medical card PruBSN yang menawarkan coverage sehingga 180 hari berturut-turut.

Perbezaan jumlah hari adalah berbeza mengikut version dan jenis medical card.

Sebagai contoh, untuk plan medical card MEDIC PROTECTOR, untuk Plan 300 dan Plan 400, had hari menetap atau travel ke luar negara adakah 180 hari berturut-turut. Untuk medical card Plan 150 dan Plan 200, had hari menetap atau  travel ke luar negara adalah 90 hari berturut-turut. 

Untuk Plan MMC (Major Medical Cover), MMC2 (Major Medical Cover 2), Takaful Health, Takaful Health 2, Health Enrich, Health Enrich+, sila semak dilampiran manfaat medical card dalam sijil takaful anda.

3. RAWATAN LUAR NEGARA (OVERSEAS TREATEMENT)

Sekiranya client memilih untuk dirujuk atau membuat rawatan oleh doktor di luar Malaysia, manfaat medical card ni akan dihadkan mengikut caj yang munasabah atau yang bersamaan dengan rawatan di dalam negara. Semua kos perjalanan dan pengangkutan pergi dan balik ke tempat rawatan tidak akan ditanggung oleh medical card.

4. PEMBAYARAN NILAI TUKARAN WANG (CURRENCY OF PAYMENT)

 Semua bayaran tuntutan akan dibuat dengan menggunakan matawang Ringgit Malaysia. Sekiranya client ingin memohon bayaran tuntutan dibuat dengan matawang lain selain dari Ringgit Malaysia, proses tukaran wang tersebut perlu dibuat  di Malaysia berdasarkan pasaran matawang semasa pada tarikh tuntutan dibuat.

Sekiranya kemasukkan ke hospital adalah di luar Malaysia, semua bill dari matawang luar negara mestikan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia  terlebih dahulu berdasarkan kadar tukaran wang asing ketika client discaj (keluar) dari hospital. Sebarang keputusan claim bergantung kepada pihak syarikat untuk membuat penilaian terakhir.

Kepada anda yang mungkin ingin mendapatkan medical card atau nak tahu plan medical card dari PruBSN Takaful, boleh click link ini http://infoplantakaful.wasap.my. In sha Allah saya akan bantu anda dengan memberikan khidmat nasihat percuma.

Semoga bermanfaat dan terima kasih.


Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group

www.azizriadi.com


#financialplanning #rumahsewa #pelaburanhartanah #financialprotection #medicalcard #prubsn #prubsntakaful #parttimeincome #ejentakaful #familytakaful #medicalcardfamily #retirementplan #hibah #estateplanning #businessprotection #kitajagamalaysia #asb #asbfinancing #financialplanner #saynotoscammer #bijakwang #bijakuruswang


Viewing all 205 articles
Browse latest View live