Quantcast
Channel: Tips Urus Wang Anda
Viewing all 205 articles
Browse latest View live

Artikel Pengurusan Harta Pusaka Islam


Tanggungjawab Mencari Nafkah Anak-Anak selepas kematian BAPA

$
0
0
KISAH MASYARAKAT DI MALAYSIA....SEBAGAI PENGAJARAN.

Banyak kita baca artikel di surat khabar, dengar orang cakap, lihat di TV, internet dan sebagainya mengenai kanak2 kematian bapa. Dan tak lama lepas tu, akan timbul cerita, siapa yang akan tanggung anak sampai anak dewasa...

Saya berkongsi sedikit beberapa artikel yang saya baca dan mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan kepada anda juga.

Perkongsian kisah sebenar...

TANGGUNGJAWAB JATUH KEPADA WALI.
Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya…iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila – al Maraaya, tv alhijrah). Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas. Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki…bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..
Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
Saya bukanlah ustazah nk cakap psl agama,tapi sy nk ajak saudara saudari semua berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

SUAMI MENINGGAL, KELUARGA MINTA HARTA DIBAHAGIKAN...

1. Semasa hidup simati org susah,adik beradik tak pernah menjenguk,apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2. 
2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan dpt buat sebuah rumah teres diats tanah tersebut.tak lama kemudian,si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu) 
3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank.ada sebuah rumah.dan sebidang tanah. 
4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada,isteri dan anak2 tak lah susah mana,ada tempat bergantung,ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2 
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan. 
6. Sejurus selepas simati dikebumikan,adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin. 
7. Simati tiada anak lelaki,so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya. 
8. Tak sampai seminggu si mati meninggal,datanglah adik beradik bertandang kerumah,siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid,bahagian utk isteri,anak2,ibu simati dan adik beradik simati.

HUKUM FARAID, ISTERI DAPAT PALING SEDIKIT

9. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit(org terengganu ckp dpt bahagian kepala mayat).lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih,dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.
10. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran.kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu,atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual,dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
11.celah mana mahu cari 150k?nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut.rumah dijual,dapatlah bahagian sibalu dan anak2,dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat,mustahil dpt cari rumah baru.
12. Bermula lah episod merempat si anak2 yatim.berpindah randah,menyewa situ sini,jgnkan sibalu,si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri.duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris.harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.
13. Waris2,semua lesap lepas dpt bahagian masing2.nak tanya khabar jauh sekali.nak hulur duit jauh sekali.
14. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2.ada cikgu,ada pegawai kerajaan,ada golongan prefesional,malah kaki masjid pon ada.tp syg,bab tangggungjawab pada anak simati langsung tak dihiraukan.

KEWAJIPAN WALI UNTUK TANGGUNG NAFKAH ANAK2 SI MATI

15. Walaupon berhak pada harta simati,tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul.jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri.ya,tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum,tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum)
16 .kalu kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni,berubahlah,dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.
17.ambil pengajaran saudara saudari.sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar,bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh,wajib bg walinya(mengikut turutan wali sebelah simati) menyediakan nafkah utk anak simati.kalu tidak diambil peduli,menanggunglah diakhirat kelak.
18. Hukum faraid itu sgt adil dan indah.diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya,kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati?jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) ,dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
19. INGAT ye dapat pembahagian harta simati bukan terus beli rumah baru,shopping atau melancong dulu,tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim..

 SUMBER : Rahimah Rosli

Banner Fb Page Version 2.1

FREE QUOTATION

$
0
0

AGENCY UPDATES AND ANNOUNCEMENT

$
0
0


Agency Updates Poster.002

  1. PENUKARAN CARD DEBIT BANK
  • Sekarang nie semua bank menetapkan untuk menukar DEBIT CARD. Jadi, nombor akan berubah dan menyebabkan account tak boleh ditolak. Dan ini boleh menyebabkan policy lapsed kalau tiada bayaran yang dibuat.
  • Sila semak dalam takafulnet setiap sijil yang terlibat.
  • LAPSED LIST DAN DUE LIST 
  • Isteri bukan penjaga harta anak bawah umur bila suami meninggal dunia..

    $
    0
    0
    "Abang, lantiklah isteri abang sebagai penjaga harta anak abang siap-siap...nanti bila abang dah tiada, isteri abang ini jugalah yang akan jaga dan besarkan anak-anak abang"

    Kalau anda bukan peguam syarie...bukan hakim syarie...bukan pegawai bicara pusaka...bukan pekerja di Amanah Raya, anda mesti tidak pernah terpikir akan siapa yang akan menjaga dan mengurus harta anak-anak anda jika ditakdirkan anda meninggal dunia ketika usia anak-anak anda masih di bawah 18 tahun.

    Atau suami secara spontan mengatakan isterilah yang akan jaga harta anak-anak anda kerana mereka yang akan jaga anak-anak anda nanti jika anda pergi dahulu. Jaga anak-anak mungkin YA, tetapi menjadi penjaga harta bagi anak bawah umur mungkin TIDAK dari sudut undang-undang syarak.

    Sepintas perbualan dengan seorang ibu tunggal, Puan Imah, yang telah kematian suami kira-kira 10 tahun lepas. Suaminya seorang guru di sebuah sekolah di Pontian, Johor meninggal dunia kerana sakit ketika usia anak masih kecil. Tanpa sempat membuat apa-apa perancangan harta pusaka.

    Oleh kerana Puan Imah seorang yang berkerjaya, biasa dengan urusan-urusan pejabat, puan Imah telah menguruskan segala urusan harta pusaka arwah suaminya dari permohonan surat kuasa mentadbir, pembayaran hutang-piutang arwah termasuk hutang kereta, hutang kredit kad dan hutang rumah sehingga lah pertukaran milik rumah dan kereta arwah atas nama waris diselesaikannya. Lebih setahun jugalah urusan pusaka itu baru selesai.

    Namun puan Imah agak terkejut dengan perintah yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah yang mengarahkan harta pusaka yang berhak diterima oleh anak perempuan mereka yang merangkumi wang simpanan, KWSP, ASB, takaful dan sebagainya dari arwah suami diserahkan kepada Amanah Raya. Mahkamah tidak memberikan hak penjagaan harta anak tunggalnya yang ketika itu baru berusia 6 tahun, ke atasnya walaupun Puan Imah merupakan ibu kandung anak tersebut, yang melahirkan dan membesarkan, sihat akal dan tubuh badan, serta berkemampuan dari segi fizikal untuk menjaga anaknya tetapi kenapa mahkamah memutuskan dia tidak berhak menjaga harta pusaka yang sepatutnya diterima oleh anaknya?

    Disebabkan keputusan mahkamah tersebut, selama 10 tahun ini Puan Imah membesarkan anaknya dengan duit gajinya. Nasib baik dia bekerja dan duit gajinya cukup-cukup untuk menampung keperluan asas sara hidup mereka 2 beranak. Walaubagaimanapun ada masa-masa tertentu pendapatannya juga tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan persekolahan dan perubatan anaknya dan dia perlu juga mengeluarkan wang anaknya yang dibawah jagaan Amanah Raya.

    Jadi Puan Imah perlu pergi memohon di Amanah Raya yang berada di Johor Bahru untuk dikeluarkan sedikit dari wang anaknya yang disimpan dan dijaga di syarikat tersebut untuk menampung kos perbelanjaan anaknya. Dalam 2 minggu biasanya permohonan diluluskan dan Puan Imah perlu kembali ke Amanah Raya semula untuk mengambil perbelanjaan yang telah diluluskan tersebut yang mana jarak rumah dan syarikat tersebut terletak lebih kurang 80km. Nasib baik Puan Imah boleh memandu sendiri untuk ke Amanah Raya. Jika tidak, jenuh juga hendak menaiki pengangkutan awam ke Johor Bahru. Begitulah rutinnya saban tahun selama 10 tahun ini dan rutin ini terpaksa diteruskan sehingga anak itu cukup umur 18 tahun beberapa tahun lagi.

    "Ketahuilah para suami, bahawa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak-anak bawah umur secara automatik"

    Kenapa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak bawah umur secara terus? Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, 'Bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa (iaitu ayah kepada suami atau ayah mertua isteri). Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.'

    Jika bapa tidak meninggalkan wasiat pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur. Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan diserah kepada Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa.

    "Jangan letak anak bawah umur sebagai penama atau penerima hibah polisi takaful, KWSP, ASB dan Tabung Haji"

    Begitu juga halnya bagi wang hasil polisi takaful, KWSP, ASB dan sebagainya yang mengamalkan konsep penamaan. Ramai orang meletakkan penama anak yang masih di bawah umur dengan anggapan sekiranya berlaku kematian pada si ayah (pemegang polisi/pencarum/pemilik harta), wang dari sumber tersebut akan dapat kepada anak untuk merekasurvive  nanti. Namun berdasarkan undang-undang jika penama atau penerima hibah masih di bawah umur kompeten berkontrak (bawah 18 tahun), wang tersebut akan diserah kepada Amanah Raya bukannya diserah terus kepada anak yang masih bawah umur ataupun kepada isteri atau ibu anak tersebut. Boleh rujuk jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

    Jadi, bagaimana isteri hendak survive membesarkan anak-anak bila suami tiada nanti? semua sedia maklum, bahagian isteri dalam faraid suami adalah sebanyak 1/8 berbanding bahagian anak yang mengambil asobah (baki) faraid suami.

    Jadi sebagai isteri dan juga ibu kepada anak-anak, dengan 1/8 bahagian pusaka itulah ditambah dengan pendapatan isteri (jika ada) digunakan secara berjimat oleh si isteri untuk menampung perbelanjaan sara hidup anak-anak, perbelanjaan sekolah anak-anak, perbelanjaan hari raya anak-anak, menampung kos perubatan anak-anak dan sebagainya. Belum dikira lagi sara hidup isteri itu sendiri lagi. Tidakkah suami kasihan akan isteri anda yang terus setia mengorbankan diri demi anak-anak anda bersendirian tanpa suami di sisi? Meletak tepi keinginannya untuk berhias dan bermewah-mewah demi mengutamakan keperluan anak-anak. Sehinggakan isteri sendiri tidak merasa 1/8 haknya dari pusaka suaminya. 

    Oleh itu, suami jangan alpa, jangan leka dan jangan ambil mudah. Islam telah menggariskan keperluan berwasiat untuk melantik penjaga harta bagi anak yang masih bawah umur. Rujuk Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang jelas menyatakan bahawa 'Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka.'

    "Suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta anak-anak dalam wasiat"

    Kepada suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta bagi anak-anak anda agar isteri dan anak-anak anda tidak terbeban jika ditakdirkan anda pergi dahulu ketika usia anak-anak masih kecil. Bila suami melantik isteri sebagai penjaga harta anak-anak di dalam wasiatnya, selepas kematian suami, bahagian pusaka yang diterima oleh anak-anak akan diserah kepada isteri untuk diguna secara berhemah sebagai pemegang amanah atau penjaga harta bagi manfaat anak-anak tersebut sehingga cukup umur. Dengan itu, anak-anak anda membesar dengan hasil titik peluh yang telah anda usahakan selama hayat anda.

    Bukannya tidak percaya pada datuk tetapi jika datuk juga ditakdirkan pergi dahulu. Pakcik-makcik kepada anak-anak anda pula, walaupun menerima pusaka anda, tetapi tiada peruntukan undang-undang yang jelas mengatakan mereka wajib menanggung nafkah anak-anak anda sehingga mencapai umur dewasa. Bukannya Amanah Raya tidak bagus dalam menjaga harta anak-anak anda tetapi prosedur dan jarak tempat tinggal yang menjadi kekangan. Dan akhirnya isteri anda yang merupakan ibu kepada anak-anak anda juga yang akan berhempas pulas bekerja siang dan malam menampung nafkah membesarkan anak-anak anda sendirian.

    Suami, fahamlah dan buatlah perancangan terbaik untuk isteri dan anak-anak anda.


    SUMBER: 
    http://pakarpusakaislam.blogspot.my


    Dapatkan khidmat nasihat perancangan kewangan dan harta pusaka secara percuma...hubungi 019-323 2121 (Aziz Riadi)



    Banner Fb Page Version 2.1

    Kisah Kereta PUSAKA....

    $
    0
    0
    Kisah Kereta Pusaka

    CERITA KERETA PUSAKA..

    Kereta salah satu dari harta pusaka jika berlaku kematian.. Bagaimana pengurusan kereta si mati? Secara mudahnya, bila berlaku kematian senang cerita tukar nama... Tapi bukan itu hakikatnya.. Terutamanya kereta yang masih ada loan.. Tidak kiralah kereta mewah atau tidak mewah..

    Pihak yg terlibat perihal kereta ni..

    1. Amanah Raya / Pusaka kecil:
    Untuk surat kuasa (LA - letter of administration) dikeluarkan, kereta mestilah bebas hutang. Kalau blm habis hutang LA tak akan dikeluarkan.

    2. Bank:
    LA diperlukan untuk tukar nama. Kalau takde LA, solution lain ialah refinance, tapi masalahnya mungkin kena top up loan sebab value market rendah. Kadang2 waris x sanggup la nak tambah sejumlah duit pulak kalau semata2 nak tukar nama, tak berbaloi.. So ada setengah tu sambung bayar je..Untuk ni kalau si mati ada mengambil hibah takaful, duit pampasan takaful tu boleh digunakan untuk menebus hutang dari bang. Ia akan memudahkan process penukaran nama.

    3. Insurance:
    Masa nak renew insurance pulak, kadang2 syarikat insuran benarkan untuk renew atas nama si mati, tapi masalah akan muncul kalau berlaku claim. Sebab claim mesti atas penama insuran, kalau ada claim cheque sah2 la masuk nama si mati tapi acc bank semua dah tutup kan?..

    4. Roadtax
    Bila berlaku kematian, roadtax hanya dibenarkan untuk diperbaharui selama 6 bulan sahaja setiap kali urusniaga, dan hanya boleh renew selama 3 tahun.. Sementara urusan pentadbiran harta pusaka selesai. Lepas 3 tahun masalah la kalau nak gerakkan keta tu.. Silap2 tak bergerak..
    Jadi, di sinilah pentingnya untuk berwasiat.. Masukkan lah kereta sebagai salah satu harta yang akan diwariskan..

    Update:
    Apa2 aset pun, utk buat pertukaran hakmilik, memang kena selesaikan hutang (loan) dulu, baru bank boleh benarkan utk tukar nama..
    Jadi, di sini wasiat cuma dapat membantu dari segi menamakan siapakah waris yg akan menerima kereta tersebut, supaya nanti takde lah waris2 nak bertolak2 antara satu sama lain sapa yg nak uruskan hutang tu..
    Tapi kalau si mati ada aset2 lain (terutamanya yg berbentuk tunai), aset itu lah yg perlu digunakan untuk selesaikan hutang2 tu terlebih dahulu..

    "Why worry on uncertainties when u have an option to make it certain."

    SUMBER :www.facebook.com/pusakaharta | www.pusakaharta.blogspot.com



    Banner Fb Page Version 2.1

    AGENCY MONTHLY GATHERING

    $
    0
    0

    PENGUMUMAN

    AGENCY MONTHLY GATHERING (AMG) 

    MUQMEEN GROUP KLANG


    AMG 12 2016 Poster

    LOKASI :

    Ground Floor, 67, Jalan Plumbum P7/P,, Bangunan PKNS BizPoint, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

    SEMUA DIWAJIBKAN HADIR. CABUTAN BERTUAH ISTIMEWA DAN SPEAKER JEMPUTAN HEBAT SERTA PELBAGAI MAKLUMAT PENTING UNTUK ANDA.

    Harga Caruman Naik Harga Setiap Tahun

    $
    0
    0
    Assalamualaikum...kepada pelanggan dan pembaca sekalian...

    Saya ada terima beberapa message dari client saya mengenai kemungkinan harga takaful akan naik pada tahun hadapan (2017)...


    Screenshot_2016-12-13-21-35-42_resized_20161213_093604206

    Ok...baiklah...saya akan terangkan secara layman term..(utk memudahkan orang ramai faham)..

    1. Konsep Takaful

    Seperti yang anda sedia maklum, bahawa konsep takaful nie adalah "tolong menolong" antara pemegang sijil. Untuk memudahkan anda sekalian faham..macam skim khairat kematian masjid (so, setiap ahli keluarga qariah masjid) mencarum setiap tahun dalam tabung khairat tu. So, kalau ada ahli qariah yang meninggal dunia, duit tabung tersebut akan digunakan untuk membiayai kos pengurusan jenazah hingga selesai.


    So, sama jugak konsep takaful...cuma , duit caruman tersebut yang dinamakan "tabarru''" diuruskan oleh syarikat Pengendali takaful (Takaful Operator). Jadi mereka akan uruskan duit tersebut atas pengawasan BANK NEGARA MALAYSIA. Jadi pengendali Takaful tidak boleh menyalahkan dana tabarru tersebut sesuka hati. Hanya untuk kegunaan claim2 yang genuine (tiada sebarang penipuan) sahaja yang akan dibayar.


    2. Caj Tabarru'

    Caj Tabarru ini akan dikumpulkan dalam satu tabung dana yang dinamakan "DANA TABARRU'"...dan setiap bayaran claim akan menggunakan dana tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, caj ini bergantung kepada risiko peserta. Iaitu ia bergantung kepada jantina, merokok atau tidak, tahap kesihatan, jenis pekerjaan dan umur.

    Sebagai contoh, semakin meningkat umur, semakin tinggi caj tabarru' tersebut. Sila lihat gambar dibawah. Sebenarnya statement ini memang ada dalam setiap quotation atau sales illustration untuk semua syarikat pengendali takaful satu Malaysia. Sebabnya, ia adalah antara syarat yang perlu diterangkan kepada client atau bakal client sebelum mereka menjadi ahli atau sign up.



    Kalau anda boleh baca statement di atas...tabarru' caj akan meningkat ikut umur. Dan ada kemungkinan dana simpanan (cash value) yang terkumpul tak cukup untuk cover kenaikkan caj tabarru' tersebut disebabkan oleh pulangan pelaburan yang teruk dalam tempoh masa yang lama....dan boleh menyebabkan sijil mungkin lapsed (luput, iaitu tak cover)...Jadi, apa yang client kena buat sama ada, tambah caruman atau pun kurang kan manfaat, untuk pastikan dapat coverage.

    Jadi, secara ringkasnya...tiada jaminan harga tidak akan naik pada masa akan datang...Sekiranya ada agent yang berkata demikian, anda boleh semak dengan syarikat Pengendali Takaful tersebut..mungkin agent tersebut hanya ingin menjual tanpa mementingkan keperluan untuk client dapat maklumat dengan betul.

    4. Bila yang akan naik harga dan macam mana process naik harga. 

    So, bila pula akan naik harga?...dan macam mana process naik harga?..

    Sebagai pengetahuan asas kepada pembaca sekalian....dalam plan takaful yang anda ambil sebenarnya terdapat pelbagai manfaat tambahan yang dinama sebagai RIDER...dan setiap rider ini mempunyai caj2 yang tertentu.

    Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan teknikal saya....Caj Tabarru yang paling tidak boleh dijangka dan dikawal adalah yang melibatkan MEDICAL. Iaitu MEDICAL CARD. Sebab apa?...Sebab medical card ini sangat terkesan dengan faktor inflasi dan penyalahgunaan manfaat (fraud dan sebagainya)...jadi, yang biasa terkesan adalah caj medical card. 

    Bagaimana dengan caj2 lain?...adakah tak meningkat?...

    Caj manfaat lain pun meningkat, tapi biasanya boleh dikawal dan dijangka...sebegai contoh, caj untuk manfaat kematian...pihak actuarist (pegawai yang membuat kira2 risiko kematian untuk mengeluarkan harga yang patut dikenakan) boleh menggunakan data-data yang ada untuk mengeluarkan caj dan dari situ mereka boleh kira risiko. Dan jarang kita dengar, orang nak cuba2 claim mati atau lumpuh kekal keseluruhan....kalau MATI is MATI dan LUMPUH is LUMPUH....yang biasa orang manipulate adalah BIL HOSPITAL...dan bil hospital juga terbeban dengan faktor inflasi teknologi perubatan, ubat dan perkhidmatan yang berkaitan.

    So, berdasarkan pengalaman saya hampir 15 tahun dalam bidang ini...yang hanya akan naik harga sehingga client kena tambah caruman adalah untuk manfaat PERUBATAN (MEDICAL CARD)..yang lain2 setakat ini, tiada pertambahan caruman...cuma kenaikan caj tabarru untuk faedah selain medical card ini boleh ditampung dengan cash value (nilai tunai) sijil takaful tersebut.

    Dan biasanya, pihak pengendali takaful akan memberikan notis 90 hari sebelum kenaikkan dibuat. Clause ini memang ada dalam setiap sijil takaful yang dikeluarkan. Anda boleh semak sekiranya ingin mendapatkan kepastian.

    Berapa naik?...

    Bergantung kepada faktor umur...kalau ikutkan pengalaman saya antara 10% hingga 15% dari jumlah caj tabarru untuk manfaat medical card...tapi bergantung kepada sijil masing dan keputusan syarikat....

    Sebagai contoh....sekiranya caruman anda RM 200 sebulan termasuk medical card...dan caj medical card adalah RM 125. So, sekiranya ada kenaikkan 10%...bukan dikira RM 200 x 10%...tapi RM 125 x 10%...so, kenaikkan adalah RM 12.50 dan bukannya RM 20.00


    Berapa kali naik?..

    Tiada sebarang ketetapan khusus...sekiranya pihak Pengendali Takaful boleh bertahan dengan harga sedia ada, akan tiada kenaikkan. Tapi sebaliknya, kalau pihak pengendali takaful merasakan perlu ada kenaikkan, mereka kan naikkan atas kelulusan bank negara.

    Kalau ikutkan pengalaman saya...dalam 5-6 tahun akan ada sedikit perubahan harga. Bergantung kepada kadar inflasi dan beberapa faktor lain.

    Biasanya....kenaikkan harga akan bermula dengan product baru atau pencarum2 baru. Sebagai contoh...sekiranya anda sign pada tahun 2015...kemudian...ada kenaikkan harga caj tabarru untuk medical card...so, biasanya untuk client yang baru ambil sekarang nie, caj mereka lebih tinggi berbanding dengan client yang ambil pada tahun 2015. Dan inilah yang biasanya disebut2 oleh agent yang mengatakan "Tahun hadapan akan naik harga"....ada betulnya juga statement tersebut, tapi kebanyakkan agent salah guna statement tersebut seolah2 kalau sign up skrg harga tak naik lagi dan tak naik sampai bila2....

    "Tak naik lagi tu mungkin betul, tapi kalau tak naik sampai bila2 itu memang tak betul"..ini yang client patut kena alert.

    5. Kenapa ada agent kata harga takaful tak naik-naik ikut umur?

    Secara konsepnya dan dalam quotation yang ditunjukkan memang tak naik, tapi, seperti yang saya nyatakan di atas tadi...pihak pengendali takaful ada hak untuk naikkan jika perlu. Cuma, kalau pulangan pelaburan dana takaful tersebut dapat menampung kenaikan caj tabarru'...jadi, tiada la kenaikkan...tapi, kalau pulangan pelaburan setiap tahun teruk...mungkin akan dinaikkan. Selain itu, ada juga faktor2 lain seperti yang saya nyatakan di atas.

    Adakah ini terpakai hanya untuk PRUBSN Takaful sahaja?..

    Jawapan saya..tidak..sebab business konsep ini digunakan oleh kesemua syarikat pengendali takaful...sebab apa?...sebab risiko mereka sama sahaja...dan kalau mereka menjanjikan bulan bintang dan kata "CARUMAN DIJAMIN TIDAK NAIK SAMPAI BILA2"....dan sekiranya risiko yang saya sebutakn di atas berlaku...dari mana mereka nak cover tabung DANA TABARRU' tersebut...


    Sekian untuk pengetahuan anda....Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau ingin mendapatkan khidmat nasihat kewangan, boleh hubungi saya di 019-323 2121.

    Aziz Riadi
    Takaful Business Coach
    Prudential BSN Takaful

    www.azizriadi.com
    www.aarassociates.com


    Banner Fb Page Version 2.1

    Hibah - Pelbagai Jenis dan Perbezaan Pelaksanaan.

    $
    0
    0
    Assalamualaikum semua pembaca budiman....

    Kebelakangan ini, saya terima banyak pertanyaan mengenai hibah...dan ada yang tak faham apa itu hibah, tujuan dan pelaksanaannya....So, saya berikan beberapa contoh yang common dan banyak diamalkan dalam kehidupan dalam masyarakat kita. Penjelasan ini lebih kepada penjelasan umum bagi memudahkan orang ramai memahami konsep hibah dan fungsinya. Untuk takrifan khusus dan teknikal, anda boleh rujuk kepada Pegawai Pengurusan Harta Pusaka. Saya terangkan lebih kepada pratikalnya.


    Jenis2 Hibah.001

    KENAPA HIBAH?

    APA ITU HIBAH? - TAKRIFAN UMUM


    DALAM Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Ia berkait rapat dengan beberapa konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid. Namun, hukum dan ciri-ciri konsep tersebut berbeza antara satu sama lain. 

    Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat, manakala mengikut istilah syarak, hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad).


    JENIS-JENIS HIBAH.


    1- HIBAH SEMPURNA


    Hibah SEMPURNA maksudnya adalah, proses perpindahan harta tersebut telah sempurna semasa pemberi hibah hidup. Harta yang dimiliki oleh pemberi hibah juga perlu sempurna (sebagai contoh, kalau nak hibahkan kereta, kereta mestilah dah habis hutang)...jadi, bila harta tersebut dihibahkan kepada penerima hibah, dan process tukar hakmilik telah dibuat dengan sempurna, harta tersebut bukan lagi milik pemberi hibah...

    Jadi, sekiranya pemberi hibah meninggal dunia harta yang telah sempurna pindah milik tidak menjadi harta pusaka, dan tidak perlu melalui process pembahagian harta pusaka.


    Semua harta2 yang masih atas nama pemberi hibah dan apabila pemberi hibah meninggal dunia, wajib diuruskan mengikut undang2 harta pusaka Islam. Iaitu, kena settlekan hutang si mati dulu. Hutang dengan Allah (kalau belum dibuat haji, kena buat upah haji dan sebagainya)...kalau ada nazar, puasa (kena bayar fidiyah dan sebagainya)....selepas tu, settlekan hutang dengan manusia..then baru lah dibahagikan baki harta kepada waris2 yang layak dan masih hidup...

    2- HIBAH HASRAT

    Hibah HASRAT ni pula, hibah yang dibuat dalam wasiat (tapi tak belum pindah milik lagi)...Jadi, ia perlu melalui process pengesahan hibah iaitu..


    1. Kena lantik peguam syari'e untuk membuat permohonan di Mahkamah Syariah
    2. Permohonan akan diproses oleh Mahkamah Syariah
    3. Perbicaraan (perjumpaan antara pihak mahkamah, orang yang menuntut dan peguam syarie serta waris-waris yang terlibat)
    4. Selesai proses nombor 3, baru lah pihak Mahkamah akan memberi pengesahan Hibah kepada penerima hibah dan baru lah akan dimasukkan kembali dalam proses tuntutan untuk mendapatkan Surat Kuasa Tadbir (Letter of Administration (LA) atau Perintah Pembahagian (Distribution Order)).
    Nota : Apa jadi kalau dalam perbicaraan ada bantahan?...Mahkamah akan putuskan sama ada hibah yang dipohon sah atau tidak. Kalau tidak, harta yang dipohon utk hibah tersebut perlu dibahagikan ikut persetujuan semua waris dan kalau waris tidak mendapat kata putus, maka pembahagian akan diputuskan melalui pembahagian faraid. Hibah HASRAT ini juga tertakluk kepada hutang si mati. Maksudnya mana2 penghutang boleh menuntut kepada waris atau penerima hibah (hasrat) ini sebelum process pengesahan hibah dibuat.

    Comment Saya : Sebab tu, hibah perlulah dibuat sama ada secara sempurna. Dan antara cara yang paling mudah dan praktikal adalah dengan cara kita buat HIBAH BERSYARAT melalui plan takaful. Sila rujuk topik HIBAH BERSYARAT di bawah.


    3- HIBAH AMANAH

    Hibah AMANAH ini pula, setakat ni hanya ada pada Saham Amanah yang saya tahu adalah Saham Amanah yang di bawah PNB (Permodalan Nasional Berhad)....

    Berikut adalah konsep Hibah Amanah yang diamalkan oleh PNB.

    Ia adalah

    • Hibah Amanah Saham Amanah ASNB adalah pemberian baki pelaburan unit amanah di dalam tabung unit amanah oleh Pemegang Unit ASNB atas dasar kasih sayang sewaktu hayatnya secara sukarela. 
    • Pemberian tersebut adalah melalui ijab dan qabul (sighah) di dalam Suratikatan Hibah Amanah yang memperuntukkan terma-terma dan syarat-syarat yang dipersetujui.
    • Harta-harta Hibah akan ditadbir oleh Pemegang Amanah sebelum diserahkan kepada Penerima-penerima Hibah selepas kematian Pemegang Unit menurut terma-terma dan syarat-syarat Suratikatan Hibah Amanah yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat.
    • Pemegang Saham Amanah ASNB (Pemilik account) perlu membuat permohonan Hibah Amanah dengan PNB. Jadi, apabila pemegang account ASNB tersebut meninggal dunia, semua baki pelaburan akan dipindahkan kepada penerima hibah Amanah...dan ia adalah milik penuh penama Hibah dan tidak boleh dituntut oleh orang lain.
    • Syarat2 dalam amanah hibah ASNB ini perlu dipatui antaranya adalah, sekiranya pemegang account hendak tukar penama hibah, mereka perlu mendapatkan KEBENARAN daripada penama hibah. Dan ini, saya lihat mungkin akan berlaku masalah sekiranya ada masalah dalam perhubungan antara pemegang account dan penerima hibah tersebut.
    Boleh rujuk di sini untuk HIBAH AMANAH ASNB di bahagian INSTRUMEN PERWARISAN.


    4- HIBAH BERSYARAT (HIBAH TAKAFUL)
    • Kenapa ada syarat pulak?...ya, syarat yang dimaksudkan adalah "PEMBERI HIBAH PERLU MENINGGAL DUNIA" dan kemudian barulah harta hibah itu wujud dan diberikan kepada penerima hibah secara mutlak. Sekiranya belum meninggal dunia, harta hibah tersebut hanya wujud dalam bentuk jaminan kewangan dari syarikat takaful (dalam bentuk sijil takaful)
    • Hibah bersyarat adalah satu istilah yang digunakan merujuk kepada plan takaful yang mana manfaat kematian akan terus dibayar kepada penerima hibah (yang diletakkan dalam borang penamaan). Dan bayaran pampasan takaful tersebut tidak akan melalui process pembahagian harta pusaka sebab, pampasan hibah takaful tidak termasuk dalam harta pusaka. 
    • Ini berdasarkan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Jadual 10, Seksyen 142, Perenggan 3(2), mana akta tersebut menyatakan bahawa :
    Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya
    Sila rujuk dokumen Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.


    • Antara statement yang anda kena tahu dalam perenggan ini adalah, HIBAH TAKAFUL TIDAK MENJADI SEBAHAGIAN HARTA PUSAKA, jadi, ia tidak terakluk kepada hutang si mati (peminjam hutang tak boleh nak tuntut kecuali tujuan simati amik takaful adalah untuk pemalsuan (fraud) si peminjam). Sebab tu, HIBAH TAKAFUL lebih mudah disampaikan kepada pewaris sebab tidak perlu melalui proses pembahagian harta pusaka.



    BAGAIMANA HIBAH TAKAFUL BERFUNGSI?

    Hibah TAKAFUL ini boleh digunakan untuk pelbagai fungsi atau tujuan...antaranya adalah..

    1- REPLACEMENT OF INCOME (Penggantian Pendapatan)

    Anda ingat kisah Pegawai JPJ yang kena langgar dengan lori treler dan meninggal dunia di tempat kejadian semasa beliau bertugas?




    Ini antara risiko dalam kehidupan yang kita boleh IGNORE (tak amik kisah)...tapi kita tak boleh nak menafikan. Suami pergi balik kerja, cukup bulan bawak balik gaji untuk anak dan isteri. Tapi, tiba2, pergi kerja terus tak balik2....jadi bagaimana perbelanjaan kehidupan untuk keluarga?...Bukankah lebih baik kalau sebagai ketua keluarga kita sediakan duit belanja sekiranya ditakdirkan pergi dahulu selama-lamanya....Tapi sekiranya ada diantara kita tang tidak ambil kisah perkara ini, tidak menjadi masalah...sebab keluarga anda tanggungjawab anda. 

    Untuk isteri-isteri...anda harus PAKSAsuami anda untuk consider benda nie, sebab kalau suami puan-puan tiada, Puanlah yang akan menjadi ketua keluarga. Sebelum mereka gunakan duit lebihan kepada perkara2 lain yang kurang penting, lebih baik gunakan untuk sediakan hibah takaful kepada keluarga.

    Sebenarnya tak mahal pun untuk mencarum duit dalam hibah takaful nie, anda cuma perlu buat budget dan allocate 5%-7% dari income anda untuk dapatkan perlindungan takaful sebagai pengganti pendapatan anda. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi)

    2- SEBAGAI BACKUP KEPADA HUTANG

    Sekarang nie, banyak benda yang besar2 dibeli dengan berhutang. Rumah, kereta dan beberapa hutang lain seperti hutang belajar, dan sebagainya. Dan hutang ini merupakan satu perkara yang WAJIB dibayar dan sebagai orang Islam kita wajib tahu perkara ini. Sebab tu, kalau anda pernah solat jenazah, sebelum jenazah disolatkan, imam akan bertanya kepada hadirin yang hadir mengenai sesiapa yang ada memberi hutang kepada si mati, sila tuntut dengan waris. Barulah solat dimulakan.

    Jadi, HIBAH TAKAFUL nie boleh dijadikan sebagai cagaran hutang sekiranya meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan yang mana tak boleh nak kerja dan menyebabkan risiko hilang punca pendapatan. Jadi, kalau ada hibah takaful, ia mungkin akan memberi sedikit kelegaan dari segi kewangan.

    3- SEBAGAI HARTA UNTUK DIWARISI

    Sekiranya kita ada anak-anak yang sedang membesar, dan kita sayangkan mereka dan ingin mewariskan harta kepada mereka. Cuma, kalau kita ada rumah sebiji, sedangkan anak 5 orang, ada kereta mungkin 2 biji, sedangkan anak 5 orang....so, kita boleh gunakan hibah takaful sebagai harta untuk diwariskan dengan lebih mudah. 

    Contoh, kita nak berikan anak kita RM 100,000 setiap orang selepas ketiadaan kita...kalau kita nak simpan duit sendiri, kita kena ada RM 500,000 (merujuk kalau anak 5 orang)...tapi, kalau dengan hibah takaful, mungkin kita hanya perlu simpan RM 250 - RM 300 sebulan (bergantung kepada umur) untuk mendapatkan perlindungan RM 500,000. Jadi, kita keluarkan RM 1 untuk dapatkan RM 2,000 dengan hibah takaful, berbanding RM 1 untuk dapatkan RM 1 kalau simpan sendiri dalam bank.

    So, terpulang kepada anda untuk sediakan wang atau harta kepada waris anda...waris anda, tanggungjawab anda.

    Ada pelbagai jenis lagi fungsi hibah Takaful. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya di 019-323 2121 (whatsapp or call) - Aziz Riadi...saya akan kongsikan cara bagaimana kita boleh gunakan duit-duit bocor (maksudnya) setiap bulan tak tahu ke mana duit tu pergi (untuk beli apa), untuk mendapatkan perlindungan hibah takaful. FREE CONSULTATION. 

    Akhir sekali...KALAU TAK PAYAH HIBAH, TAK BOLEH KE?

    BOLEH, tapi kena lalui process pembahagian harta pusaka (sama ada melalui wasiat, kalau ada)...yang mana process akan jadi lebih panjang dan rumit sekiranya waris tidak setuju dengan pembahagian. Dan sekiranya itu berlaku, pembahagian mengikut Faraid akan digunakan. 

    "KELUARGA ANDA, TANGGUNGJAWAB ANDA"...

    Sekian

    Aziz Riadi
    Takaful Business Coach
    019-323 2121
    www.azizriadi.com
    www.aarassociates.com




    Banner Fb Page Version 2.1

    KEBOCORAN SUMBER

    $
    0
    0
    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang nie dah masuk tahun 2017. Kalau pada tahun 2016, kita ada banyak benda bocor...tahun 2017 kena tahu macam mana tampal dan tampal segera untuk manfaat kita semua...


    Kebocoran Sumber.001 


      [ KEBOCORAN SUMBER DAN MACAM MANA NAK TAMPAL KEBOCORAN ]

    Kita selalu menghadapi pelbagai masalah kekurangan sumber...sama ada dari segi duit, masa, tenaga dan sebagainya....tapi, berapa ramai yang bebetul faham dan kaji, macam mana perkara tersebut boleh terjadi dan macam mana nak rectify.

    Kebocoran sumber ini, kalau kita tak bendung dari awal, ia akan menjadi budaya (culture) dan apabila sudah menjadi budaya, ia sangat sukar untuk diubah dan yang paling bahaya adalah budaya ini akan mempengaruhi tindakan kita dan seterusnya tindakan kita akan mempengaruhi hasil yang kita akan dapat....
    .
    Setuju?...
    .
    Saya kongsikan beberapa masalah kebocororan dan bagaimana nak kurangkan keborocan.
    .
    .



    Kebocoran Sumber.002

    1) KEBOCORAN WANG

    Ini yang ramai orang hadapi. Tak kisah la sama ada mereka ni ada banyak duit atau sikit duit. Lagi banyak duit, lagi tinggi risiko dan bocor dan lagi besar lubang yang bocor tu.
    Sebagai contoh, orang yang income RM 30,000 sebulan, kalau setakat sekali belanja RM 500-600 sehari, masih tak berapa nak rasa lagi...sedangkan, bila dilihat dengan lebih dekat, kebocoran tersebut boleh digunakan untuk disalirkan kepada pelbagai portfolio pelaburan dan boleh mendatang keuntungan yang lebih tinggi. Tapi...kenapa jadi macam tu?..
    .
    Rata2 apa yang saya jumpa dalam sessi coaching saya, kebocoran ini disebabkan tahap kesedaran pasal perancangan kewangan yang sangat rendah. Jadi, kereka buat tak kisah dan keep on repeat the same habit or behavior.
    .
    Kalau income kecik pulak, mungkin jumlah nya lebih kecil, tapi impact nya juga besar. Sebagai contoh, income RM 3,000 sebulan, tapi, setiap hujung minggu keluar dan masa tu la kehendak kita tetiba akan mempengaruhi cara kita berbelanja...akhirnya, banyak duit yang kita spend bukan untuk keperluan, tapi lebih kepada lifestyle (cara hidup yang lebih trending dan sebagainya)...
    .
    So, apa yang harus kita buat?

    SOLUTIONS -

    Kena buat list of budget. Apa yang kita kena beli dan bayar berapa jumlahnya. Susun senarai ikut keperluan dan letakkan berapa budget maximum untuk setiap senarai tersebut. Dan bila kita nak beli atau keluarkan duit untuk dapatkan apa yang ada dalam senarai tu.
    .
    Memang kalau orang tak biasa akan jadi leceh...terutama orang yang ada low and middle income, anda lagi la patut buat budget list nie, baru la kita senang nak keep track ke mana duit kita pergi dan digunakan untuk beli atau bayar.
    .
    KENA IKUT BUDGET....tak guna kalau kita dah letakkan budget, tapi bila nak beli, kita tak follow budget yang kita tetapkan. Akibatnya, duit kita tetap tak cukup....lebih teruk, kalau tak ikut budget, tapi kita beli jugak, dan start SWIPE credit card. 
    .
    So, yang ni kena buat dan kena follow secara discipline. So, kalau anda tak boleh buat yang nie, itu tandanya, anda tiada masalah kewangan tapi ada masalah discipline dalam menguruskan kewangan.
    .
    .



    Kebocoran Sumber.003

    2) KEBOCORAN MASA
    .
    Ini yang paling bahaya dan paling ramai yang tak perasan. Sebabnya, ia tak nampak....kena pulak sekarang nie terlalu banyak distraction, dengan TV, internet, kengkawan dan sebagainya...
    .
    SOLUTIONS.
    .
    Saya share macam mana nak buat diri kita lebih effisien. Cara yang paling mudah...
    .
    A- BUAT TO DO LIST (MONTHLY DAN DAILY)....senaraikan..dan buat juga target time (berapa lama boleh settled)..contoh, kalau kerja tu kia boleh buat 1 jam, so, bila start task tu je, kena make sure dalam masa 2 jam mesti settled. Kalau tak settled, maybe drag sikit atau kalau tak boleh jugak, kena postponed dan buat tugasan lain pulak. So, masa tu, kena bebetul focus dan FIRST THING FIRST. Jangan tetiba tengah buat sesuatu, teringat nak buat benda lain, tinggalkan yang kita buat memula (tanpa reason kukuh) then buat benda lain...kalau macam tu, sampai bila pun kita tak siap kerja. 
    .
    B- PADA SETIAP PENGHUJUNG HARI...semak, mana2 yang dah siap, dan update to do list yang baru....dan ulang semula step no. 1...
    .
    NOTE : Banyak masa kita hilang atau bocor bila kita layan benda2 yang kurang penting dalam menyelesaikan tugasan kita.
    .
    .



    Kebocoran Sumber.004

    3) KEBOCORAN TENAGA

    Tenaga ada banyak jenis tenaga, sama ada tenaga elektrik, tenaga dalaman atau tenaga kita sendiri...
    Saya lebih nak focus kepada tenaga kita sendiri...
    So, cadangan saya, focus kepada apa2 yang boleh mendatang manfaat...tak semestinya manfaat dunia...yang lebih penting sebenarnya manfaat untuk kita ke akhirat. Yang ini anda kena identify sendiri mengikut keutamaan...

    Focus kepada...

    HVFDA - HIGH VALUE FIX DAILY ACTIVITY
    jangan focus kepada

    LVFDA - LOW VALUE FIX DAILY ACTIVITY
    Sekian...semoga bermanfaat..


    Sekian

    Aziz Riadi
    Takaful Business Coach
    019-323 2121
    www.azizriadi.com
    www.aarassociates.com


    Banner Fb Page Version 2.1

    MD2 BOP ONLINE REGISTRATION FORM

    CONTEST SUMMARY 2017

    $
    0
    0
    Refreshing Challenge
    2017 Prudential Challenge : 🔥🔥🔥 From Oven
    ------------------------------


    Cash Reward for NQA 2017
    ( Mobility Submi ssion )
    Captured 1 case 
    Within 2 months of contracted : RM350 ( Ez ownership)

    Captured 2 cases per month :
    (Start from contracted month)
    1st Month : RM300
    2nd Month : RM300
    3rd Month : RM300
    Total : RM1250

    Captured 3 cases per month :
    4th Month : RM450
    5th Month : RM450
    6th Month : RM450
    Total : RM1350

    Rookie Camp Challenge :
    RM30K tpc within 3 months from contracted date
    Reward : 
    Rookie camp + Cash RM300

    FitBit Charge 2 (PWP below 2016)
    Jan+Feb : 15K tpc
    March : 12K tpc
    Cash reward : RM288

    OPEN TO ALL
    GuangZhao Trip :
    Jan+Feb : RM45K tpc
    March : RM30K tpc
    Cash reward : RM588

    FitBit + Guangzhao
    Jan+Feb : RM60K tpc
    March : RM42K tpc
    Cash reward : RM588

    Starclub Hokkaido
    RM220K tpc - 1 ticket
    RM440K tpc - 2 tickets
    Rookie :
    Q4 2016-Dec :RM188k tpc

    Starclub Summit New York
    RM380K tpc - 1 ticket
    RM760K tpc - 2 tickets

    AGA Starclub credit :
    Requirement: NQA contracted in Q1
    Jan-Dec productions :
    Max credit per NQA : RM30K tpc 
    Max credit total NQAs : RM60K tpc

    #1family1wasiat

    PRUDENTIAL CONTEST UPDATES

    Pru BSN Warisan

    $
    0
    0

    • PRUBSN WARISAN merupakan satu plan yang unik khas untuk individu yang ingin mewariskan sejumlah harta atau wang kepada insan tersayang sekiranya beliau sudah tiada di dunia ini lagi.
    • Selain itu, plan ini juga direka khas untuk memberikankan perlindungan kewangan kepada komitmen kewangan individu sebagai contoh pelaburan, hutang dan pelbagai bentuk komitmen kewangan termasuk kepada keluarga
    • Plan ini lebih focus kepada perlindungan kewangan akibat kematian, lumpuh kekal keseluruhan, kemalangan (meninggal dunia atau kecacatan kekal) dan juga sakit kritikal. Terdapat satu benefit uniik iaitu Contributor (iaitu caruman akan menjadi percuma sekiranya pencarum disahkan mengidap sakit kritikal)
    • Plan ini sangat sesuai untuk jadikan sebagai salah satu financial tools dalam pengurusan harta pusaka. Kerana pampasan yang akan diterima oleh penerima adalah dalam bentuk HIBAH BERSYARAT dan menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Hibah Bersyarat (pampasan takaful) tidak termasuk dalam harta pusaka dan tidak tertakluk kepada hutang si mati. Jadi, ia boleh membantu dalam proses pembahagian harta pusaka. Khususnya kalau ada harta tak alih dan mempunyai waris faraid yang ramai.
    • Berikut adalah beberapa ciri-ciri products dalam plan PruBSN Warisan untuk rujukan anda. Saya akan kongsikan bagaimana plan ini boleh bantu anda memudahkan process pengurusan harta pusaka dalam bentuk video sedikit masa lagi.

    Maklumat ringkas Plan PruBSN Warisan

    Tempoh Sumbangan
    5, 10, atau 20 tahun, atau Tempoh Perlindungan Penuh.
    Sumbangan Minimum Bulanan
    Berbeza mengikut Tempoh Sumbangan yang dipilih.
    Kelayakan Umur
    Umur 19 hingga 70 tahun.
    Tamat Tempoh Perlindungan
    70 atau 80 tahun.
    Jumlah Perlindungan Minimum
    RM500,000
    Manfaat Matang
    Baki dari Akaun Unit Perlindungan (Protection Unit Account, PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (Investment Unit Account, IUA).
    Manfaat Kematian
    Mana-mana yang lebih tinggi:
    a) Jumlah Perlindungan Asas semasa; atau
    b) Nilai unit-unit di dalam PUA dan IUA.
    Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh
    Mana-mana yang lebih tinggi:
    a) Jumlah Perlindungan Asas semasa; atau
    b) Nilai unit-unit di dalam PUA dan IUA dan sehingga umur 70 tahun sahaja.
    Manfaat Penyakit Kritikal
    Tidak berkaitan.
    Pelepasan Cukai
    Sehingga RM6,000 di bawah Insurans Hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
    Ciri-ciri
    Bina Legasi Anda dalam Bentuk Hibah
    Lindungi masa depan mereka yang tersayang dengan menamakan mereka sebagai penama. Mereka akan menerima jumlah perlindungan tanpa prosedur pusaka yang rumit. Dengan warisan yang ditinggalkan, hutang
    anda juga boleh diselesaikan untuk meringankan beban yang mereka tanggung.
    Jumlah Perlindungan Minimum yang Tinggi
    Dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM500,000, kesejahteraan orang yang anda sayangi pastinya dilindungi sekiranya perkara yang tidakdiduga berlaku.
    Had Tanpa Pemeriksaan Perubatan yang Tinggi
    Dapatkan perlindungan setinggi RM1,500,000 dan nikmati proses aplikasi mudah tanpa pemeriksaan kesihatan*.
    *Bergantung kepada umur dan tahap kesihatan orang yang dilindungi.
    Lampiran Rider
    Crisis Protector, Accidental Protector, Contributor
    Nota: Rujuk kepada senarai Pelan Rider untuk maklumat lanjut.
    Nota Penting
    Ini adalah penerangan ringkas mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda.
    Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

    Sekiranya anda ingin mendapatkan penjelasan lanjut. Sila call atau whatsapp saya di 019-323 2121 (Aziz Riadi)

    Banner Fb Page Version 2.1

    BUILD YOUR BUSINESS

    $
    0
    0

    ANDA BERMINAT NAK BUAT BUSINESS TAPI TIADA SIAPA YANG BIMBING ANDA?...KAMI SEDIA BANTU ANDA...


    Terima Kasih...

    $
    0
    0
    Terima Kasih kerana berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk PruBSN Takaful dari kami.

    Kami akan membalas permintaan anda secepat yang mungkin. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari kami dalam masa 3 hari, anda boleh terus menghubungi saya di 019-323 2121 atau email : abdriadi@prupartner.com.my

    Sekian.


    Banner Fb Page Version 2.1

    FREE QUOTATION

    Apa itu Asset, Liability dan Real Estate?

    $
    0
    0

    ASSET : LIABILITY : REAL ESTATE : ESTATE

    Asset 


    Saya ingin berkongsi kepada anda beberapa perkataan yang digunakan dalam kewangan yang biasa kita dengar tapi masih ramai yang tak berapa pasti apakah maksud yang mudah untuk anda faham. Penjelasan saya dalam blog ini bukan untuk tujuan ilmiah aras tinggi, tapi lebih kepada ilmu praktikal, iaitu, untuk anda semua faham dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian.


    • ASSET
    Aset adalah sesuatu sumber yang kita ada yang boleh memberikan kita pendapatan. 

    Sebagai contoh. Kita ada simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera dan setiap tahun pihak ASN Berhad memberikan dividen berdasarkan berapa jumlah simpanan kita yang masih ada dalam account.

    Aset juga boleh ada dalam bentuk barangan. Sebagai contoh, kita ada peralatan dan peralatan tersebut disewakan dan kita mendapat duit sewa lebih daripada jumlah duit kita keluarkan untuk perbelanjaan barangan tersebut.

    Aset juga boleh ada dalam bentuk bangunan seperti rumah sewa, bangunan komersial, tanah dan sebagainya. Selain ia boleh disewakan, nilai nya juga meningkat dari semasa ke semasa...

    Aset juga boleh ada dalam bentuk logam berharga seperti emas, perak dan sebagainya.

    Ada juga aset yang bukan dalam bentuk barangan, seperti saham, harta intelek, lesen dan sebagainya.

    Secara umumnya, apa2 yang boleh mendapatkan pendapatan kepada kita, ia boleh dikatergorikan sebagai aset. 

    Terdapat pelbagai jenis asset...antaranya adalah yang mudah dicairkan seperti "TUNAI" dan juga emas, perak dan barang perhiasan. Dan ada juga yang lambat untuk dicarikan seperti Rumah, Tanah dan harta2 tak alih yang lain.

    • LIABILITY
    Liablity ini pulak adalah sesuatu yang kita kena tanggung dan kita kena keluar duit untuk uruskan. Contoh, kereta yang kita pakai untuk kegunaan sendiri..kita kena bayar maintenance, kena repair kalau rosak dan sebagainya. 

    Atau 

    Rumah yang kita duduk yang mungkin lebih dari keperluan. Sebagai contoh, kita mungkin boleh duduk rumah yang sederhana, tapi kita duduk rumah yang besar dan mewah. Memang bergaya, tapi kita perlu tanggung belanja nak uruskan atau baiki rumah tersebut. Bagaimana harga rumah tu yang meningkat, bukankah itu juga asset?..Ya, dari segi nilai memang naik, tapi kita tetap kena tanggung setiap bulan dan rumah tu tidak memberikan kita sebarang pendapatan.

    So, jangan ingat rumah yang kita duduk adalah aset. Rumah yang kita sewakan dan kita dapat +ve cash flow, baru lah dipanggil asset, kalau tak, tetap kita kena tanggung ia adalah liablity. Ramai yang tersalah faham...seronok beli rumah besar2....kemudian duduk sendiri, guna sendiri...sendiri kena tanggung semua. Macam tu jugak dengan kenderaan..beli kenderaan mahal2....kemudian, pakai sendiri dan tidak medapat pulangan atau pendapatan...

    • REAL ESTATE
    Real Estate adalah sesuatu yang merujuk kepada hartanah fizikal dan tidak boleh dialihkan (harta tak alih) seperti rumah, bangunan, tanah dan yang berkaitan. 


    • ESTATE
    ESTATE adalah semua harta seseorang setelah mereka meninggal dunia. Bahasa mudahnya adalah ESTATE adalah HARTA PUSAKA. Jadi, semasa seseorang itu hidup, semua harta beliau dinamakan ASET...tapi apabila sudah meninggal dunia, harta beliau akan jadi harta pusaka atau ESTATE.




    Apa kaitan ketiga-tiga perkara di atas dengan pengurusan harta pusaka dan hibah?...Ia sangat berkaitan, kerana sekiranya sesorang itu memiliki 3 perkara ini, ia perlu diuruskan dan dibahagikan kepada waris. Kalau tidak, ia akan menyusahkan dan merugikan banyak pihak dan yang paling bahaya adalah sekiranya masalah tersebut berlarutan dan tiada siapa yang selesaikan seperti pergaduhan antara waris, sumber tidak dapat dimanfaatkan dan membazir masa, tenaga dan wang ringgit.


    HOME MENU ALL

    WASIAT dan Apa yang anda perlu tahu...

    $
    0
    0
    WASIAT DAN APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA...


    WASIAT

    Wasiat ertinya iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayat ke atas hartanya untuk disempurnakan selepas kematiannya bagi maksud kebajikan yang dibenarkan menurut Hukum Syarak.

    Dalil Wasiat

    Firman Allah SWT yang bermaksud: “(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.”
    (Surah Al-Nisa’:11)

    Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, tidak sepatutnya tidur selama dua malam, melainkan dalam keadaan wasiat telah siap ditulis di sisinya.”
    (Riwayat Al-Bukhari)



    Wasiat - Phamplet MAIS.001





    Wasiat - Phamplet MAIS.003



    Hukum Wasiat


    Peringkat awal islam, hukum wasiat kesemua harta kepada ibu bapa dan sanak saudara adalah wajib sebagaimana dalil Al-Quran yang bermaksud:“Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia meninggalkan harta, hendaklah dia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertakwa.”
    (Surah-Al Baqarah: 180)

    Kewajipan ini telah dimansuhkan dengan ayat -ayat dan hadis-hadis yang berkaitan dengan pusaka. Namun, amalan berwasiat masih digalakkan dengan had maksima satu pertiga dan ditujukan kepada selain waris.
    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan hak masing-masing. Oleh itu, tidak harus lagi berwasiat untuk mana-mana waris.
    (Riwayat Abu Daud)

    Had Wasiat

    Pewasiat digalakkan tidak mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga. Berdasarkan hadis daripada Saad bin Abi Waqqas r.a. Katanya: Rasulullah SAW menziarahiku ketika aku sakit tenat pada Haji Wada’. Aku berkata: Ya Rasulullah, aku kini tenat, aku seorang yang berharta dan tiada yang mewarisiku melainkan anak perempuanku. Apakah boleh aku bersedekah dengan dua oertiga hartaku?” Jawab baginda: ”Tidak.” Aku bertanya: “Apakah boleh aku bersedekah dengan separuh hartaku?.” : Jawab Baginda: ”Tidak, satu pertiga sahaja. Satu pertiga pun sudah banyak. Sesungguhnya engkau meninggalkan waris-waris engkau dalam keadaan kaya adalah lebih baik dari engkau meninggalkan mereka miskin dan meminta-minta dari orang ramai.”
    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Satu pertiga adalah dikira setelah dijelaskan hutang yang berkaitan dengan harta atau tanggungan si mati. Sekiranya pewasiat menanggung hutang yang banyak hingga kehabisan segala hartanya, maka wasiatnya tidak perlu dilaksanakan.

    HIKMAH DISYARIATKAN WASIAT

    Allah SWT mengharuskan wasiat kerana ia membawa faedah kepada pewasiat, kaum keluarganya dan masyarakat amnya. Pewasiat menerima faedah apabila dia menerima ganjaran dan pahala kerana wasiatnya. Kebaikan ini juga in sha Allah akan menjaga nama baik Arwah yang meninggal dunia dan meninggalkan wasiat dengan sempurna.

    Kaum keluarga juga menerima faedah kerana biasanya wasiat ditujukan kepada kaum keluarga yang tidak menerima sebarang harta pusaka atau pun anak angkat. Jadi, mereka menerima sebahagian dari harta pusaka ini melalui wasiat. Mereka ini kadang-kadang terdiri daripada orang yang memerlukan bantuan.

    Wasiat merupakan salah satu cara untuk berinfaq atau bersedekah kepada kepentingan tertentu seperti pembinaan masjid, sekolah, perpustakaan, hospital, dan pelbagai perkara untuk kemudahan orang awam. Wasiat juga boleh dianggap sebagai suatu sistem takaful sosial dalam Islam kerana faedah dan kebaikkannya memberi manfaat kepada maslahah umum.



    Sekian...

    Aziz Riadi


    Viewing all 205 articles
    Browse latest View live