Quantcast
Channel: Tips Urus Wang Anda
Viewing all 205 articles
Browse latest View live

STROKE - PEMBUNUH NO. 3 DI MALAYSIA, APA PERSEDIAAN KEWANGAN YANG PATUT KITA SEDIAKAN?

$
0
0


[ STROKE - PEMBUNUH NO. 3 DI MALAYSIA, APA PERSEDIAAN KEWANGAN YANG PATUT KITA SEDIAKAN? ]

Disebalik pandemik Covid19 yang masih belum reda, sebenarnya ada beberapa jenis penyakit yang menjadi pembunuh senyap.

Menurut kajian, stroke merupakan 3 penyebab utama kematian di Malaysia selepas serangan jantung dan juga pneumonia. Ini statistik sebelum pandemik berlaku. Kalau sekarang, punca kematian paling tinggi harian adalah disebabkan oleh covid19 dan sehingga semalam masih berada pada paras 300 lebih lagi.

Cumanya kali ni saya nak share sikit pasal stroke nie. Berdasarkan pengalaman saya, ada yang saya jumpa kena stroke dan survive tapi tak fully recovered. Ada yang jenis kena terus meninggal dunia, ada yang kena recover dalam masa yang singkat, ada yang kena recover dalam tempoh masa yang lama. So, ada pelbagai keadaan.

Apa yang saya nak kongsikan sedikit kat sini adalah, risiko stroke nie bukan hanya berlaku kepada orang yang berumur. Tapi ada juga yang terjadi kepada orang yang masih active bekerja dan masih productive menjana pendapatan.

Menurut sumber The Star, 25 Oct 2020, 40% pesakit stroke adalah berumur bawah 60 tahun. Maksudnya, kalau umur pencen wajib kerajaan pada 60 tahun, 40% dari pesakit kebanyakkan kena stroke semasa mereka masih berkerja.

Persoalan yang kita patut fikirkan. Kalaulah ia berlaku kepada seseorang yang masih active bekerja, bagaimana agaknya keadaan setelah terkena stroke?..adakah beliau mampu melakukan kerja seperti masih sihat?

Yang saya nak tekankan adalah beberapa keperluan persediaan dari segi perlindungan kewangan. Saya share dulu kali ini mengenai,

"KENAPA PERLUNYA BACKUP KEWANGAN sekiranya berlaku risiko stroke nie?."

Saya kongsikan ini berdasarkan beberapa kejadian sebenar yang saya pernah handle dan beri advice. Sekiranya ia bermanfaat untuk anda, anda boleh kongsikan kepada orang lain. Kalau tidak, anda just ignore sahaja sebab antara tugas saya adalah untuk sampaikan apa yang saya patut sampaikan.

KEPERLUAN BACKUP KEWANGAN SEKIRANYA STROKE.

1) KOS RAWATAN PERUBATAN

Kalau ikutkan pengalaman yang pernah saya handle. Kebanyakkan case STROKE adalah jenis datang mengejut. Jadi, kalau datang mengejut nie, biasanya memang dari segi persediaan la yang biasanya menjadi cabaran.

Dari segi rawatan kecemasan rasanya takde issue sangat sama ada nak masuk hospital goverment atau private, sebab case-case kecemasan biasanya akan diletakkan sebagai top priority.

Cuma, apa yang pernah saya lalui adalah, rawatan susulan atau sokongan.

Saya share satu kisah benar terjadi, seorang kawan saya kena heat stroke, tetiba lumpuh sebelah badan dan terpaksa masuk ICU 2 bulan. Oleh kerana beliau staff kerajaan, semua rawatan dibuat di hospital kerajaan. Tapi, rupanya, walau pun staff kerajaan, ada ubat-ubat yang dia kena beli sendiri dekat luar.

Itu baru bab ubat, belum lagi, kesan sampingan lain. Bila terbaring 2 bulan kat ICU, agak2 apa jadi dengan kulit belakang badan?...Lama sangat terbaring, menyebabkan melecet atau dipanggil sebagai "bed sore". Selain dari treatment stroke tu, nak kena rawat pulak luka disebabkan oleh bed sore tadi.

Jadi, secara ringkasnya, sama ada kakitangan kerajaan atau orang awam atau sesiapa sahaja, bagus kalau ada medical takaful atau insurance sebagai backup. Bukan satu kemestian, tapi kalau dah kena macam nie, baru la kita nampak betapa bernilainya kalau ada apa-apa plan takaful yang boleh bantu tanggung kos rawatan.

So, dalam case yang saya cerita nie, beliau terpaksa la keluarkan duit simpanan sendiri. Mujur ada duit simpanan, kalau takde, terpaksa minta ehsan orang lain.

Kalau duit simpanan tu, perancangannya adalah untuk tujuan tertentu seperti pergi haji ke, atau nak settlekan hutang ke, atau nak beli rumah atau sebagainya, terpaksa digunakan dan mungkin guna sampai habis dan terpaksa la kena kumpul balik dari 0.

Kalau boleh bekerja lagi, maybe ok. Kalau terus tak boleh kerja, macam mana?...yang ni saya cerita dalam point nombor 2.




2) PENGGANTIAN PENDAPATAN

Risiko stroke, ada yang boleh recover dan ada yang terus tak boleh recover maksudnya terus lumpuh sama ada sebahagian atau keseluruhan dan berisiko hilang pekerjaan dan punca pendapatan.

Pendapatan terhenti, adakah perbelanjaan kehidupan terhenti?..Tidak ya tuan-tuan, living expenses terus berjalan. Silap-silap living expenses bertambah disebabkan oleh keperluan untuk ubat-ubatan yang berterusan, dan kalau jenis sampai tak boleh nak telan makanan solid food, terpaksa beli makanan khas atau susu khas. Itu saya tak cerita lagi bab nak menjaganya lagi.

Penjagaan orang sihat dan orang sakit lumpuh ni sangat berbeza. Bukan setakat perlukan ilmu dan kemahiran, tapi juga kesabaran. Saya pernah ada pengalaman bantu adik saya jaga Arwah mak saya, ada masa tu dia bedridden dan memang kena uruskan dia macam uruskan anak kecil.

Alhamdulillah, walau pun nampak susah, tapi sebab mak saya sendiri, dia dulu masa kecik pun jaga saya, saya tak rasa susah pun. Saya pun sangat berterima kasih kepada adik saya Aidin Riadi, sebab dia yang paling banyak spend masa dan tenaga jaga Arwah Mak saya..

Dari segi perbelanjaan pulak, banyak juga duit yang saya belanjakan untuk rawatan dan juga penjagaan untuk mak saya. Yang ni, maybe saya share di lain posting, ada banyak benda miracle yang saya nak kongsikan yang mungkin boleh berikan inspirasi kepada sahabat-sahabat saya semua.

Jadi, tersangat penting dan perlu untuk kita sediakan backup plan untuk gantikan pendapatan sekiranya lumpuh dan memerlukan belanja untuk penjagaan.

Saya amat sarankan untuk anda allocate sedikit pendapatan, untuk tujuan penggantian income sekiranya berlaku risiko yang dibincangkan ini.

Berkenaan dengan penjagaan lagi, kalau takde waris untuk take care kita, siapa agak2 orang yang boleh bantu jaga kita. Kalau boeh bantu sekali pun, takkan la hanya nak harapkan pertolongan mereka secara percuma. Maybe ada yang cukup baik dan ikhlas untuk membantu. Tapi berapa siapa? dan berapa lama?...

Sekurang2nya kalau ada backup income, maybe boleh bayar upah orang untuk bantu jaga sementara nak pulih atau pun di saat kritikal yang memang memerlukan bantuan orang lain untuk uruskan kehidupan.

Maybe ada diantara anda yang tidak arif berkenaan backup plan takaful atau insurance yang melibatkan lumpuh kekal keseluruhan ni. In sha Alllah saya akan sharekan formula 016-1661-6170 untuk anda ada sedikit idea berkenaan maklumat Total Permanent Disable (TPD) ni. Tunggu next posting ya. Sebab ia topik yang agak teknikal dan khusus.

3) CARE TAKER

Macam yang saya share dalam point no. 2. Orang yang menjaga sekiranya tak mampu nak uruskan diri sendiri.

Kalau nak makan kena sediakan makanan, kena suapkan makanan, itu belum lagi nak bantu uruskan makan ubat. Belum lagi kalau bab ada luka-luka macam bedsore yang saya share di point no. 1. Belum lagi kalau ada risiko jangkitan kuman pada luka akibat bed sore dan boleh menyebabkan kuman attack organ lain...dan risiko masalah organ fail pulak.....

Kenapa saya cerita perkara ni?..Sebab saya sendiri pernah mengalami situasi menjaga arwah mak saya yang ada jangkitan kuman akibat luka di kaki dan akhirnya kuman tersebut mula attack organ2 lain. Ini semua diberitahu oleh Doktor Pakar yang merawat Arwah Mak saya, jadi, sebagai waris, Doktor brief saya keadaan arwah mak saya sebelum apa2 procedure rawatan dibuat.

Jadi, saya sangat faham mengenai care taker nie....

4) FISIOTERAPI

Bila stroke, ada anggota yang menjadi lemah sebab saluran darah ke saraf tertentu terganggu. Jadi, process pemulihan memang akan ambil masa lama dan berterusan. Selain dari kos untuk buat fisioterapi, ada juga kos lain seperti kos logistic (transport dan juga orang yang nak hantar dan ambil balik)...

Semua nie, akan kita nampak bila kita dah lalui. Kalau kita tak pernah lalui, memang kita tak pernah terfikir semua benda nie.

Kalau ada orang cerita pun kekadang akal kita tak tercapai untuk bayangkan kalau kita tak bebetul hayati.

Macam yang saya pernah cerita di perenggan atas. Saya ada pengalaman jaga Arwah Mak saya yang sakit kritikal (dialysis) dan ada ketika memang tak mampu nak berjalan, kena pakai kerusi roda. Nak jalan pun tak boleh, kena angkat naik atas kerusi roda dan turunkan dan macam tu la process berterusan selagi hayat dikandung badan.

Semua nie memang memerlukan kos tambahan.

5) BARANG KELENGKAPAN SOKONGAN (SUPPORT STUFF)

Alat-alat sokongan tambahan, seperti pampers, kalau dah tak boleh nak kawal buang air, susu khas, makanan supplement, peralatan pakai buang yang lain macam wet tissue dan macam-macam lagi. Sudah tentu ini akan memerlukan kos tambahan kepada pesakit.

Ok lah, rasanya itu sahaja dulu sharing saya hari nie, malam ni baru sempat menulis, sebab siang hari sibuk sikit dengan urusan meeting dan juga uruskan pelbagai khidmat kepada client-client.

Harap, sharing saya ni dapat memberi sedikit ruang minda ramai orang untuk cakna berkenaan keperluan menyediakan backup kewangan.

Kepada anda yang mungkin nak tahu lebih lanjut mengenai pelbagai jenis perlindungan kewangan dan bagaimana untuk menyediakan plan yang sesuai, boleh click link berikut http://infoplantakaful.wasap.my.

In sha Allah saya akan berikan khidmat nasihat secara percuma dan berikan penerangan dengan terperinci berkenaan keperluan perlindungan kewangan anda.

Aziz Riadi
ShRFP
Sen Agency Manager
Muqmeen Group
www.azizriadi.com

#takaful#stroke#medicalcard#hibahtakaful#muqmeengroup#financialprotection#financialplanning#estateplanning



BETUL KE TAKAFUL ATAU INSURANS NI SUSAH NAK CLAIM? #caranakclaimtakaful #claim #medicalcard #azizriadi

$
0
0


Gambar #1 


Gambar #2 

Soalan nie memang dari dulu tak pernah habis. Saya pernah tulis kenapa tak boleh nak claim pada tahun 2008. Ya, 13 tahun yang lepas. Dan rasanya maybe ada yang bertanya soalan nie, masa 13 tahun yang lepas, tak tahu apa2 langsung pasal insurans atau takaful pun...:D.
Jadi, bila terlalu banyak persoalan yang ditanyakan kepada saya, dan juga team saya. Rasanya sudah sampai masa saya berkongsi kepada ramai orang bagi memberi kesedaran mengenai apa sebab yang biasa terjadi hingga menyebabkan takaful atau insurans tak boleh claim. https://www.azizriadi.com/2008/12/kenapa-tak-boleh-nak-claim.html Gambar #1. Screen shot dari comment youtube channel saya. Boleh tengok kat sini https://youtu.be/TMTWVZmWG7U

Saya terima comment dari salah seorang penonton yang tengok video saya. Tapi, saya tak pernah salahkan sesiapa dalam hal ni. Dan saya sendiri sebagai pengamal takaful (takaful practitioner) ambil tanggungjawab untuk menjelaskan dengan penih hikmah. Artikel yang saya tulis pada tahun 2008 tu, maybe ada sebahagian nya dah tak terpakai, sebab mungkin business rules berubah. Maklum la, business takaful ni sangat dinamik. Dengan products structure dan regulation, dengan Akta berkenaan kewangan pun berubah. Sekarang ikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan juga Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (FSA dan juga IFSA)... Tapi, secara conceptual, rasanya artikel tersebut masih relevan. Boleh baca kalau rajin. Sebab agak panjang. Kalau anda baca, dapat la ilmu pasal kenapa tak boleh claim. Jadi, boleh la belajar sesuatu...:D.
Memang tidak dinafikan, ada segelintir agent yang tidak bertanggungjawab mana kekadang sampai menyebabkan ada masalah bila nak claim. Ada juga, kekadang punca datang dari client, masa ambil proposal mungkin tak declare kepada agent. Atau agent pun kekadang silap disebabkan tak tanya prospect bebetul sebelum sign up masa isi proposal form. Ada juga disebabkan oleh mis communication antara client dengan Doktor. Sebagai contoh, Doktor tanya, "Bila you start rasa ada gejala (symptom) nie?..." Client jawab "Lama dah doktor"...client tak jawab specific date atau pun paling kurang sebut jangka masa. Sebagai contoh..."Dah seminggu Dr"...atau "Dah dekat sebulan Dr"...atau cakap "Baru 2-3 hari nie Dr, sebelum ni saya ok je"... .
. So, kalau takde jangka masa yang specific, ada Doktor yang nak cepat, dia tulis "Long time ago"....then, bila check2 sijil takaful baru je berkuatkuasa maybe 1 atau 2 tahun. .
. Then, bila report Dr sampai ke bahagian Hospital Alliance Services (yang uruskan Pre-Authorisation Letter) atau dulu orang panggil GL (guarantee letter)...pihak takaful nampak macam ada suspicious info (info yang meragukan)...jadi, GL mungkin pending dan masuk dalam process INVESTIGATION...sedangkan sepatutnya boleh claim takde masalah. .
. Itu yang nampak takaful nak macam-macam tu...nak itu la, nak ini lah...Sudah semestinya process nak claim perlu melalui process yang telah ditetapkan oleh syarikat takaful. Kalau semua claim main approve je, takut2 nanti claim yang tak sepatutnya lepas pun lepas....contoh, claim untuk client yang ada pre-existing illness tapi tak declare masa sign dan purposely ambil takaful untuk claim selepas policy berkuatkuasa....Kalau keadaan begini berlaku...apa jadi?....Koyak la tabung tabaru' yang orang guna untuk claim. Sepatutnya tabung tu digunakan untuk orang2 yang bebetul memerlukan dan cukup syarat. .
.
Ada banyak keadaan lagi, yang maybe boleh berlaku Sepanjang hampir 20 tahun saya handle claim, macam2 pengalaman saya pernah lalui. Ada yang boleh saya kongsikan secara umum, ada yang tak boleh sebab ia melibatkan process yang agak complicated dan unik atau pun melibatkan compliance dan code on ethic. .
.
Saya jangkakan, orang yang comment di channel youtube saya ni mungkin ada bad experienced. Sebab tu dia cakap macam tu. Atau pun biasanya dia pun main dengar2 je orang cakap payah nak claim dari orang lain, dan orang yang bagitau pun berdasarkan hearsay sahaja....dan kalau betul tak boleh claim pun, mereka hanya cerita salah takaful atau insurance. Mereka tak terangkan pun apa sebenarnya berlaku. Maybe sebab salah faham sikit, dan benda boleh claim, tapi sebab masa tu maybe dah marah, terus black list takaful. .
.
Saya nak share Gambar #2 pulak. .
. Ini saya buatkan claim untuk client saya. Diagnosis dari Dr yang merawat adalah disebabkan UTI (Urinary Tract Infections)...dan agak complicated seikit sebab beliau baru je habis pantang bersalin. Jadi saya suspect sebab complication selepas bersalin. Tapi, bila semak2 bukan disebabkan oleh bersalin. .
. Nampak macam simple je UTI ni...tapi, kuman yang attack client saya ni sangat kuat, demam hampir 40'C dan dah bagi makan ubat pun tak turun demam. Akhirnya Dr masukkan dalam ICU sebab tengok dari result darah, kuman dah start masuk dalam salur darah. Takut nanti kuman tersebut attack bahagian lain atau organ utama. .
. Alhamdulillah, setelah Dr sahkan ia bukan disebabkan oleh komplikasi selepas bersalin, jadi saya tolong buatkan claim beliau, dan akhirnya approved dan duit dan masuk dah pun. .
. So, akhir sekali, pada saya, bukan masalah boleh claim atau tidak. Sebab dalam contract atau sijil memang jelas, apa yang tak cover dan apa yang cover. Dan document tersebut adalah legal binding contract boleh jadikan sebagai bukti sekiranya jadi case mahkamah. .
. Apa yang penting adalah, dari segi process serta terma dan syarat. Kalau claim tersebut memang termasuk dalam terma dan syarat boleh claim, sure boleh claim. Tapi, kalau process atau tak memenuhi terma dan syarat, takkan nak expect pihak takaful main bayar sahaja... .
.
Akhir sekali, ia bergantung kepada tahap kesedaran masing2. Kalau kita tak faham details, lepas tu kita buat judgement ikut emosi dan bukan fakta dan contract, memang tak boleh nak buat apa la. Itu hak masing2. . .
Alhamdulillah, saya dah hampir 20 tahun dalam bidang nie, kalau memang ada intention nak menipu, rasanya memang tak lama mana dalam bidang nie. . . Dan ramai yang beranggapan agent makan duit hasil dari tidak amanah, rasanya itu bergantung kepada setiap individu. Tidak boleh main tabur semacam je. Sebab, kepada yang faham mengenai kerjaya sebagai agent takaful ini sebagai amanah...In sha Allah, dia takkan buat-benda yang melanggar syarak. Oklah, itu sahaja saya nak kongsikan. Maybe boleh share dan tag sahabat-sahabat, agar sama-sama dapat ilmu simple tapi practical. In sha Allah. In sha Allah, saya akan buat video untuk mengulas persoalan saudara yang comment di youtube channel saya. Kepada yang nak tengok banyak video perkongsian saya. Boleh subscribe channel youtube saya di https://www.youtube.com/user/azizr3130 Saya buat posting ini, bukan nak menuding jari siapa salah siapa betul. Tapi lebih kepada nak share apa yang betul dan apa yang tak berapa betul dan apa yang totally salah. Untuk client-client takaful, sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat, carilah agent yang committed dengan anda. Yang mungkin dah takde agent disebabkan oleh agent terminated atau pun MIA. Boleh DM saya atau tulis di ruangan comment untuk sebarang pertanyaan.

Untuk yang nak jadi agent takaful, kami ada package menarik untuk nda sekiranya anda bebetul ingin ubah nasib hidup anda...In sha Allah.
.
.
Kepada sesiapa yang nak belajar macam mana urus kewangan peribadi dan juga untuk yang baru start business nak belajar urus bisiness, boleh join group FB di link berikut :


Kalau nak tahu pasal products takaful, boleh click ni http://infoplantakaful.wasap.my



Kalau nak tahu pasal cara macam mana nak tambah income sebagai agent takaful boleh click link ni http://jomextraincome.wasap.my

Sekian.

Aziz Riadi
ShRFP
Sen. Agency Manager
Muqmeen Group

#financialplanning#tambahincome#buatbisnes#takaful#fianncialprotection#hibahtakaful#hibah#medicalcard

FUNGSI HIBAH TAKAFUL SEBAGAI BACKUP INCOME KEPADA SESEBUAH KELUARGA

$
0
0



Ramai yang dah aware peranan dan kepentingan hibah takaful di kalangan masyarakat. Bila semakin ramai sedar dan faham bahawa risiko hilang pendapatan bukan hanya memberi kesan langsung pendapatan terhenti, tapi yang lebih penting adalah sekiranya ada waris ditinggalkan.
.
.
Adakah memilih untuk biarjan mereka struggle untuk bina kehidupan semula? Atau bagus kalau kita sediakan sedikit bantuan dari segi backup pendapatan untuk meneruskan kehidupan yang lebih mencabar.
.
.
So, kat sini, saya share video pendek berkenaan fungsi hibah takaful kepada sesebuah keluarga sebagai backup income. Ia tidak wajib disediakan oleh setiap keluarga, tapi setiap keluarga yang ingin mempunyai banyak pilihan sekiranya ditimpa ujian musibah disebabkan kehilangan ketua keluarga yang menjana income, hibah takaful wajib ada untuk mereka.
.


.
Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat berkenaan dengan hibah takaful, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana ia dapat bantu anda menyediakan backup income kepada keluarga yang anda sayang..boleh click link ini http://infoplantakaful.wasap.my
.
.
Terima kasih.
.
.
Kepada sesiapa yang nak belajar macam mana urus kewangan peribadi dan juga untuk yang baru start business nak belajar urus bisiness, boleh join group FB di link berikut :
Kalau nak tahu pasal cara macam mana nak tambah income sebagai agent takaful boleh click link ni http://jomextraincome.wasap.my
.
.
Sekian.
.
.
Aziz Riadi
ShRFP
Sen. Agency Manager
Muqmeen Group

TAK PANDAI NAK BUAT CLOSING SALES? BACA TIPS NI.

$
0
0

 


Masa saya memula belajar buat sales, bila masuk bab closing, mentor saya lukis gambar ombak. Memula takde sorang pun faham apa kaitan gambar ombak dengan closing dalam sales cycle. Bila dia mula terangkan, baru saya boleh connect apa yang dia kongsikan.

Bila kita buat presentation, biasanya kita mulakan dengan build up rapport terlebih dahulu...ice breaking (kekadang orang panggil sessi ni)....atau suai kenal, kalau baru nak kenal atau kalau dah lama kenal, sembang benda2 lain dulu sebelum masuk topik yang kita bebetul nak share.

Ada beberapa fasa dalam closing nie, dan biasanya kalau orang2 sales nie tak closed deal, mereka selalu lihat closing skill dihujung presentation. Tapi sebenarnya apa yang saya belajar dan practice adalah....process nak closing ni perlu disertakan disetiap cycle kita present.

Kalau nak faham lebih mudah, cuba tengok gambar ombak tu. Masa memula kat bawah, tenaga ombak tu masih rendah. Kemudian, bila air tu menolak ke hadapan, lama-lama ombak tu akan menjadi tinggi. Jadi, kalau dalam presentation, masa ombak tu di puncak tertinggi...ia umpama presentation kita di tahap yang paling peak dari segi content dan delivery. Dari segi energy pun sama, sepatutnya masa tu kita bebetul berikan penuh perasaan dan emosi masa presentation dan bila dah peak, jangan tunggu ombak tu jatuh atau energy tu drop baru nak buat closing attempt, tapi sebaliknya, masa tengah peak tu kita terus buat closing attempt.

Memang agak sukar nak bayangkan apa yang saya cuba sampaikan. Sebab, biasanya saya ajar benda nie dalam sessi face to face atau pun kalau ada rezeki saya bawa agent2 saya join field work dan mereka nampak macam mana saya buat. Tapi, takpe lah, saya share sikit secara penulisan ni untuk berikan sedikit gambaran.

So, saya share sikit flow dia.


Fasa 1 (Rapport) - Suaikenal dan masa nie biasanya saya akan gunakan untuk dapatkan sedikit info dari prospect secara tak langsung. Nampak macam sembang2 biasa tapi sebenarnya adalah saya sedang buat fact finding..

Sebagai contoh, saya tanya pasal hidup dia sekarang, kerja mana, duduk mana, kawasan mana, kejiranan mana, kerja kat mana, berapa jauh pergi kerja, tanya pasang kerja atau tidak, dah berkahwin atau tidak, anak berapa orang, anak hantar sekolah kat mana (kalau dah bersekolah)...dah berapa lama kerja, dan beberapa soalan2 yang saya tanya untuk dapatkan background profile prospect tu.


Fasa 2 (Open) - Masa ni, saya akan mula masukkan cerita untuk apa yang saya nak share dengan dia. Biasanya, saya gunakan kaedah plot twist. Maksudnya, tengah sembang2 santai pasal rapport tadi, kalau ada peluang untuk open, masa tu la saya twist perbualan saya untuk start open. Atau mula cerita pasal subject matter sama ada berkenaan dengan perancangan kewangan atau memang terus kepada plan takaful.

Masa nie, kita kena alert dan bersedia untuk masukkan cerita berkenaan apa yang tujuan asal kita nak share dengan dia. Banyak script yang saya biasa guna, bergantung kepada beberapa jenis prospect. 

Sebagai contoh, lelaki  bujang, atau dah berkahwin, cara saya biasa guanakan adalah script "Pergi kerja balik kerja". Kalau perempuan pulak maybe script pasal "Kerisauan Isteri pada Suami"...kalau untuk anak2 pulak, saya suka open guna script "Hantar anak ke sekolah"...

Dan biasanya fasa 2 nie, saya akan gunakan dengan soalan. Skill menggunakan teknik Selling By Asking memang sangat diperlukan pada fasa 2 ni.


Fasa 3 (Main Presentation - Content and delivery) - Fasa 3 ini la biasanya saya akan share concept presentation kepada prospect setelah dia ok dan comfortable untuk mendengar perkongsian saya. Concept presentation pulak saya banyak gunakan apa yang Dr Sanjay Tolani gunakan, dan ada juga yang saya gunakan concept presentation yang saya reka sendiri.

Setiap cycle concept presentation dalam fasa 3 nie, perlu follow cycle ombak tu. Dan kena tahu concept presentation mana yang nak digunakan. Ada banyak jenis concept presentation seperti 2 line presentation atau saya panggil "Teknik Curi". Atau pun teknik 3H untuk hibah takaful. Ada juga saya share gunakan concept presentation "L.A.C.I" atau life after critically ill dan banyak lagi.

Kebanyakkan agent, mereka focus kepada presentation products features, yang mana, product features tersebut tidak dikaitkan dengan problem dan solutions yang kita present dalam concept presentation....dan akhirnya kekadang prospect tak nampak kepentingan untuk mereka sign up segera. 

Sebab tu, kekadang apa yang saya nampak, agent kata susah nak closed sebabkan tak pandai nak closing sales. Tapi, pada saya, closing ni patutnya masa presentation stage lagi dah start kena attempt to close.


Fasa 4 (Closing Attempt) - So, masa fasa nie, kita kena confident yang mereka nak apa yang kita tawarkan. Jadi, kita kena berani tanya, keputusan prospect selepas kita present. Sebab tu, fasa presentation tu yang paling penting. Kalau masa present kantoi, nak closed sales memang agak mencabar. Sebab ramai agent focus nak closed deal, tapi presentation berterabur. 

Sebab tu, sesiapa yang pernah tahu, saya pakai sales kit masa presentation. Sebab apa?..Sebab bila pakai sales kit, client mudah faham dan mudah buat keputusan. 

Antara tugas utama kita dalam fasa 3 adalah membantu client untuk buat keputusan. Kalau kita present pun berterabur, prospect  pun tak berapa faham, macam mana mereka nak buat keputusan? Kena ingat, prospect perlu buat commitment jangka panjang dengan  menbayar caruman sepanjang tempoh coverage. So, kalau client tak bebetul faham dan rasa ia berbaloi untuk mereka sign up, mereka akan cari jalan untuk delay...dan biasa akan yang di gunakan adalah.."Nantilah  saya fikir dulu"..atau "Nanti saya bincang dengan wife saya atau suami saya"....dan sebagainya.

Dan saya selalu ingatkan agent2 saya atau sales team saya. Ada 3 factor utama kita mudah nak closed case. Iaitu

RIGHT PEOPLE
RIGHT TIME
RIGHT PLACE


Yang ni saya akan huraikan kemudian. So setakat ini dulu saya share. Ingat, masa ombak tu di puncak, kena cecepat buat closing attempt. Kalau tak, bila ombak tu dah jatuh, kita kena naikkan lagi, amik masa lagi dan perlukan tenaga lagi.

Semoga perkongsian saya ni dapat meningkatkan closing ratio anda. Happy selling.

Ada ramai yang bertanya, adakah saya ada bukak kelas untuk mengajar teknik-teknik ni. Jawapan saya, ya, saya ada bukak kelas dulu, nama dia "1 Minute Sales Technique -1MST". Tapi, selepas beberapa siri, saya pun sibuk bina team saya, saya hanya ajarkan untuk team saya sahaja. Saya belum bercadang untuk open kepada agent2 luar buat masa nie. Tengok la nanti, bila keadaan mengizinkan, maybe saya open semula.

Kepada sesiapa yang maybe ingin join training program tu, boleh follow FB saya di www.fb.com/azizriadi atau page saya di www.fb.com/abdazizriadi atau IG saya @azizriadi

Saya akan inform di FB dan juga IG sekiranya saya start  open kelas. 

Semoga bermanfaat.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Sen. Agency Manager
Muqmeen Group
Representing PruBSN Takaful Berhad.






CASH VALUE DALAM PELAN TAKAFUL

$
0
0


Kali ni saya nak share sikit, sebagai pengetahuan umum pasal cash value dalam mana-mana pelan takaful. Khususnya pelan yang berasasnkan pelaburan.
.
.
Ada sorang agent tanya saya, salah seorang prospect dia tanya, kenapa cash value sikit sangat?..Kalau tak sakit, rugi la dia sebab cash value sikit.
.
.
Saya beritahu, kalau prospect atau client tanya macam nie, ini maksudnya mereka masih bebetul faham mengenai konsep takaful dengan jelas.
.
.
1. TAK BOLEH COMPARE MACAM SIMPAN DALAM BANK.

Kita tak boleh compare baki simpanan duit kita kat bank dengan jumlah baki cash value dalam pelan takaful.
.
Sebab apa?..
.
Sebab pelan takaful ada bahagian caruman tu digunakan untuk tabung tabaru' (derma) untuk tujuan claim. Maksudnya, tabung yang mana kalau mana-mana peserta takaful ditimpa musibah dan buat tuntutan, pampasan dibayar meggunakan duit dari dana tersebut.
Saya bagi CONTOH mudah.
Kalau simpan dalam bank, katakan RM 200 sebulan. So, selepas 12 bulan baki dalam account bank ada RM 2,400.
Jadi, kalau orang tu sihat, ada duit RM 2,400...tapi kalau ditakdirkan sakit dan perlukan rawatan segera, katakan RM 24,000. Agak-agak boleh tak kita minta bank bagi kita RM 24,000 untuk kita bayar bill hospital? Baki dalam account ada RM 2,400 je ni.
Kalau mencarum dalam takaful pulak, sebulan RM 200, setahun mencarum RM 2,400...tapi dalam account cash value maybe ada RM 200 - RM 300 sahaja. Kalau nak keluarkan kena surrender dan dapat la duit tu RM 200 - RM 300.
Tapi, kalau ditakdirkan Allah nak uji dengan masalah kesihatan. Perlukan kos rawatan RM 24,000...walau pun baki dalam cash value ada RM 200 - RM 300....pihak takaful boleh tanggung RM 24,000 dengan bayar bill hospital ke hospital. Sedangkan caruman baru je RM 2,400.
Jadi, kat sini, nampak tak FUNGSI BERBEZA untuk TUJUAN YANG BERBEZA. Bahasa mudah nak faham, tak boleh nak compare buat Durian dengan buah rambutan. Walau pun kedua-duanya buah-buahan, tapi ciri3 sangat jauh beza.

2. FAHAMKAN CIRI-CIRI dan FUNGSI
Takaful ni lebih kurang macam lain-lain financial tools. So, kalau macam unit trust, digunakan untuk tujuan pelaburan, takaful pulak adalah untuk tujuan perlindungan. Kat sini kita kena tahu ciri-ciri pun dah berbeza. Dah tentu fungsi pun berbeza.

3. SIKAP TAK NAK AMBIL TAHU AKAN MENIMBULKAN SALAH FAHAM DAN TANGGAPAN NEGATIVE PASAL TAKAFUL.
Ada dikalangan orang ramai, yang kekadang jenis tak nak ambil tahu , tapi buat-buat tahu. Akhirnya, bila salah faham, terus kata takaful menipu. Jadi, adalah amat disarankan, bila ada agent cuba terangkan tu, berikan sedikit perhatian. Sebab, apa yang perlu ditakutkan?..keputusan di tangan anda. Agent tak boleh paksa pun anda untuk sign up Apa yang lebih penting adalah ilmu tu.

Ok lah, itu sahaja...

Kepada anda yang maybe yang ada persoalan berkenaan takaful dan ingin mendapatkan khidmat nasihat. Boleh click link di bawah nie.
Kepada agent yang nak tahu pelbagai sales idea, boleh join private group FB yang saya buat khas untuk agent2 belajar.
Thank you.
ShRFP
Sen Agency Manager
PruBSN Takaful

 

Viewing all 205 articles
Browse latest View live