Quantcast
Channel: Tips Urus Wang Anda
Viewing all articles
Browse latest Browse all 205

Panduan MUDAH untuk SURVEY PLAN INSURAN atau TAKAFUL

$
0
0
Guidelines.001

Saya pasti ramai orang yang mula sedar kepentingan perlindungan takaful atau insurance bila melihat orang disekeliling mereka diuji dengan pelbagai ujian seperti kematian, sakit kritikal, kemalangan, masuk hospital sebagainya...

Lepas tu, ramai jugak yang mula survey, apa plan yang bagus atau yang sesuai dengan mereka...

Apa yang merisaukan saya adalah, biasanya mereka akhirnya akan mula confuse sebab terlalu banyak plan yang ada dan terlalu banyak cadangan atau pendapat mengenai insurance dan takaful nie. Sama ada dari agent, financial planner, financial consultant atau individu yang mungkin ada pengalaman dengan insurance.


Jadi, saya terfikir...bukankah bagus kalau ada artikel atau sumber yang boleh dijadikan rujukan mudah, sebagai panduan untuk sesiapa sahaja yang sedang survey plan takaful.

Sebagai permulaan cerita, sebenarnya apa plan yang anda nak tu tidak la penting sangat, tapi apa yang ANDA PERLU mengikut keadaan semasa dan mungkin dalam tempoh 5-10 tahun akan datang...itu lebih penting. Tidak perlu fikir terlalu jauh sampai umur 100 dan sebagainya, sebab kita perlu review plan insurance atau takaful kita setiap 4-5 tahun. Kenapa?...Sebabnya adalah, keadaan ekonomi dan kewangan kita berubah dan sudah tentu keperluan perlindungan kewangan kita juga berubah.

LANGKAH #1

Apa yang anda kena kenal pasti adalah....fahami risiko dahulu...

Apa risiko biasa yang kita hadapi setiap masa? dan kebanyakkan orang ada risiko ini jugak. Ada 5 Risiko Utama


1. Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan

Kenapa bila kematian atau lumpuh kekal kita perlukan takaful atau insurance?...

Kepada anda yang ada tanggungan hutang (hartanah, belajar, personal loan, kereta, credit card) atau ada tanggungan keluarga (jaga ibu, jaga ayah, ada isteri, ada anak)....dan anda adalah orang yang mencari nafkah atau pendapatan untuk tanggung diorang. Kalau anda tiada, macam mana anda ingin pastikan keperluan kehidupan mereka terjaga kalau tidak sama seperti masa anda ada sekali pun, paling tidak...cukup untuk mereka meneruskan kehidupan tanpa mereka meminta-minta.

Saya buat satu senario contoh situasi.

Senario #1

Seorang individu lelaki, ada isteri dan 2 orang anak...katakan lah pendapatan Suami RM 3,000 sebulan, pendapatan Isteri RM 2,500 sebulan. Combined income suami dan isteri RM 5,500...dan perbelanjaan bulanan RM 4,500...lebihan perbelanjaan sebulan RM 1,000.

Dan katakan bahagian dari gaji suami adalah RM 2,500 sebulan dan bahagian isteri RM 2,000 sebulan....

Jadi, sekiranya suami meninggal dunia, keluarga tersebut akan mengalami kekurangan kewangan bahagian suami iaitu RM 2,500 sebulan. Jadi, bagaimanakah agaknya si isteri ingin menguruskan keluarga dalam keadaan kewangan yang berkurang?..

Ya mungkin isteri boleh adjust perbelanjaan, ikut kemampuan semasa isteri..tapi, bagaimana kalau semasa hidup suami ada hutang dan sebagainya?...

Bukankankah lebih bagus kalau ada backup plan yang mana sekiranya suami meninggal dunia, income siuami tiada, ada pampasan takaful yang boleh dijadikan backup income suami.

Saya tunjukkan contoh secara practical.

  • Perbelanjaan suami RM 2,500 sebulan, jadi setahun RM 30,000.
  • Untuk dapatkan gantian pendapatan suami semula, anda perlukan sejumlah wang 15 kali ganda dari perbelanjaan tahunan suami....iaitu RM30,000 x 15 = RM 450,000.
  • Kenapa 15 kali?....ada sebab disebalik 15 kali tu. Antaranya adalah...apabila si isteri ada RM 450,000, beliau boleh gunakan untuk gantikan income suami RM 2,500 setiap bulan tu. Jadi, kalau RM 450,000 dibahagiankan dengan RM 2,500...boleh tahan selama 180 bulan atau pun 15 tahun. Jadi, dalam masa 15 tahun tu, biasanya anak2 pun dah membesar dan beban kewangan pun mungkin sudah berubah sebab mungkin ada hutang2 yang sudah selesai dibayar penuh. Jadi, ini kaedah pertama.
  • Atau pun, gunakan kaedah kedua...Kenapa 15 kali?...si isteri dalam RM 500,000...boleh masukkan dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera)...sebab modal dijamin oleh kerajaan dan ASB memberi pulangan dividen yang agak consistent..dalam 6-7% setahun. Sekiranya kita amik 7% setahun dividen dari RM 450,000...isteri dapat pulangan RM 31,500 yang mana kalau dibahagikan kepada 12 bulan...sebulan akan dapat RM 2,625. Jadi, cukup untuk cover income suami. Kaedah kedua, income suami boleh digantikan dalam tempoh masa yang lebih lama...selagi duit pokok dalam ASB tidak dikeluarkan. *method ini mungkin hanya applicable utk orang yang boleh simpan dalam ASB.
  • Seterusnya, berapa caruman bulanan atau sumbangan sumbangan yang diperlukan untuk dapatkan jumlah sum covered atau jumlah pampasan perlindungan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan RM 450,000?...Ia bergantung kepada beberapa faktor..iaitu umur, jantina, kelas pekerjaan, status merokok atau tidak, dan juga sejarah penyakit...untuk case standard..katakan dengan contoh senario di atas tadi...income suami RM 3,000...umur suami adalah dalam 27-29 tahun. Untuk sum covered RM 450,000...caruman bulanan hanya antara RM 180.00 ke RM 185.00 sebulan. 
  • Jadi, dengan sumbangan RM 180.00 hingga RM 185.00 sebulan untuk perlindungan takaful, keluarga anda dah dapat perlindungan penggantian pendapatan suami. Jadi, sekiranya berlaku kematian atau lumpuh kekal keseluruhan, walau pun suami dah tiada dan tiada pendapatan, tapi sekurang2nya duit belanja untuk keluarga tetap ada. Jadi, begitulah antara contoh bagaimana kita merancang kewangan kita. Selebihnya kita serah pada Allah SWT..sesungguhnya apa yang ada disisi Allah itu lebih baik.
Senario #2

Kalau senario #1 saya focus kepada suami yang ada keluarga dan anak2..bagaimana kalau individu tersebut masih single...atau bujang. Sebab mereka tidak mempunya keluarga lagi.

Untuk senario #2 nie, memang benar, sekiranya anda single, anda tiada keluarga lagi, tapi sudah tentu sekiranya anda ada ibu dan ayah, anda ingin berbakti kepada mereka bukan?...Kena pulak mereka dah berkorban tenaga, masa dan wang ringgit membesarkan anda dan berikan pendidikan yang tinggi...sudah tentu antara harapan mereka adalah dapat menjaga mereka apa mereka sudah tua.

Cuma, kesnya agak berbeza, sekiranya dalam tempoh anda jaga mereka, beri sedikit sumbangan bulanan kepada ibu dan bapa, katakan gaji anda RM 3,000 sebulan, dan anda bagi mak ayah anda dalam RM 300-400 sebulan....sekiranya anda tiada...disebabkan oleh meninggal dunia, sudah tentu sumbangan tersebut akan terhenti. Tapi, mungkin tidak memberi kesan sangat kalau sumbangan anda pada ibu dan ayah tak banyak...sebab mungkin mereka boleh ikhtiarkan cara lain untuk menuruskan kehidupan.

Cuma....anda bayangkan, kalau anda diuji dengan LUMPUH KEKAL KESELURUHAN...sampaikan nak makan pun kena bersuap, nak mandi pun kena mandikan, nak buang air pun kena ada orang lain bawakan ke toliet dan basuhkan najis, itu tak termasuk lagi kalau perlukan ubat-ubatan khas atau makanan yang khas.

Saya pernah handle satu case, LUMPUH KEKAL, individu tersebut tak boleh makan solid food....kena makan susu. Kos nak beli Susu sahaja seminggu dekat 200. Sebulan RM 800.....So, siapa yang akan tanggung kos susu beliau?...

Fikirkan perkara ini....

Berapa lama ibu dah ayah anda jaga anda?...

Dari lahir, sampai la anda mula kerja..

Tapi, kalau Allah nak uji, anda dengan lumpuh kekal, agak2 antara adik beradik dan ibu dan ayah, siapa yang akan jaga anda?...

Kalau ibu dah ayah yang jaga...siapa yang akan tanggung kos nak jaga anda?..

Jadi, kesimpulannya....kalau ada SATU PILIHAN...sama ada ibu dan ayah anda jaga anda dengan pakai duit mereka atau mereka jaga anda pakai duit pampasan takaful yang anda rancang masa anda muda dan sihat....mana satu pilihan anda?..

Fikirkan dan ambil tindakan....


2. Penyakit Kritikal




3. Kemalangan
4. Tabung Perubatan (medical fund)
5. Simpanan Hari Tua / Pendidikan Anak2

LANGKAH #2

Anda dah faham berkenaan risiko dan option yang perlu anda buat untuk backup kewangan anda....seterusnya anda perlu dapatkan plan yang sesuai dengan anda....

1- KOMPREHENSIF

2- FOCUS KEPADA RISIKO UTAMA

3- AMBIL BASIC PLAN IKUT KEMAMPUAN SEMASA







Viewing all articles
Browse latest Browse all 205